SEMAKAN STATUS BKSS RM1500 : CARA CHECK KELULUSAN DAN TARIKH BAYARAN BKSS BANTUAN PENIAGA
Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), telah mengumumkan 15 langkah BKSS 6.0 membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD dan PKPB.
Sebelum itu, jika anda masih lagi tidak tahu tentang apa itu BKSS ini, pihak kami kongsikan kepada anda supaya anda lebih tahu dan jelas tentang BKSS ini.
Baca juga : Cara Buat Temujanji JPJ Online
APA ITU BKSS
BKSS adalah singkatan bagi Bantuan Khas Sarawakku Sayang. Bantuan ini diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mngetuai Gabungan Parti Sarawak (GPS). BKSS ini telah disalurkan banyak peringkat dari BKSS 1.0 hinggalah sekarang BKSS 7.0. Setiap peringkat bantuan terdapat keistimewaan masing-masing mengikut keadaan terkini.
Matlamat utama pelancaran Bantuan BKSS ini adalah untuk membantu rakyat Sarawak yang memerlukan bantuan akibat daripada pelaksaan PKP di seluruh Negara serta meringakan bebanan rakyat Sarawak yang terkesan akibat pandemik Covid19 yang telah melanda negara Malaysia beberapa tahun ini.
Salah satu daripada Bantuan BKSS 6.0 kali ini adalah Geran Khas BKSS 6.0 RM1500 Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil.
GERAN KHAS BKSS 6.0 RM1500 UNTUK PENJAJA DAN PENIAGA KECIL
BKSS 6.0 RM1500 bantuan peniaga dan penjaja adalah salah satu inisiatif dari BKSS 6.0 dimana ia diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BKSS PENIAGA
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BKSS Peniaga Kecil :
- Merupakan rakyat Sarawak
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mestilah menjalankan perniagaan sebelum 1 Jun 2021
- Perniagaan online adalah tidak layak mohon
- Tarikh akhir permohonan permit adalah pada 30 Jun 2021
- Permit sah pada Jun hingga November 2021
- Mendaftar dengan SarawakPay
Jenis peniaga yang layak ialah :
- Gerai makan
- Kedai Kunci
- Pasar
- Kedai kampung atau kedai terpencil
- Barber atau salun rambut
- Kantin (pemilik individu)
TARIKH BAYARAN BKSS PENIAGA 2021
Kadar Bantuan yang diberikan adalah sebanyak Rm1500 secara berperingkat. Untuk pemohon yang telah mendapat status LULUS, tarikh bayaran BKSS Peniaga 2021 adalah :
- RM750 (Mulai Ogos 2021).
- RM750 (Mulai Disember 2021).
Cara pembayaran ialah bayaran BKSS Peniaga 2021 akan dimasukkan menerusi Sarawak Pay.
Di bawah ini adalah cara untuk semakan status BKSS RM1500.
Baca juga : DISKAUN SAMAN JPJ 2021 70% BERMULA 18 OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER (CHECK SAMAN & CARA BAYAR SAMAN ONLINE)
SEMAKAN STATUS BKSS RM1500
Cara check semakan bantuan peniaga kecil bkss atau semakan status kelulusan BKSS RM1500 adalah seperti di bawah :
- Layari ke Laman Web Rasmi Semakan Kelulusan BKSS 1500 di bawah.
Sila masuk ke laman web ini : https://community-service.sarawak.gov.my/community/loadLandingPageRegistration
- Tekan Semakan Status atau Check Status.
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- Tekan Cari atau Search.
- Paparan skrin di bahagian Keputusan Semakan Status.
- Lihat di Status.
Beberapa jenis status akan keluar seperti Recommeded, Lulus atau Submitted.
- Kepada pemohon yang lulus, anda akan menerima SMS.
Status Permohonan Permit BKSS 2021 Lulus.
- Sila pastikan data Sarawak Pay anda betul dan dikemaskini.
- Pembayaran untuk BKSS RM1500 akan disalurkan melalui SarawakPay.
- Selesai.
CARA DAFTAR SARAWAK PAY UNTUK TERIMA BAYARAN JIKA SEMAKAN STATUS BKSS RM1500 LULUS
Untuk pengetahuan anda, bayaran BKSS RM1500 yang lulus akan dikreditkan melalui Sarawak Pay. Jadi pastikan anda mendaftar supaya tiada masalah dikemudian hari. Berikut adalah cara daftar Sarawak Pay.
- Sila Muat Turun atau Download Aplikasi Sarawak Pay
- Sila pastikan anda daftar serta ingat username, password dan nombor telefon anda.
- Selesai daftar, anda sudah mempunyai username untuk Sarawak pay.
- Klik link ini : https://community-service.sarawak.gov.my/community/loadAddPageRegistration?fbclid=IwAR2fhBIn49flU1OivNGrD8BXflt6oCRAb8FpjOH6pfR8lgjemNqTAkxQ_jg.
- Di Dalam Borang BKSS berikut, anda boleh terus mengisi dan secara automatik anda terus mendaftar permit sementara.
- Jadi, di bahagian borang tersebut, anda boleh abaikan dan tak perlu isi.
- Pastikan anda isi semua di ruangan kosong yang bertanda bintang merah.
- Jika sudah selesai isi butiran semua, anda boleh tekan Done atau Submit.
- Selepas hantar, anda telah berjaya untuk memohon permit sementara yang sah.
- Selesai.
- Jika anda membuat semakan status bkss 2021 adalah lulus, maka hanya perlu tunggu sahaja pembayaran secara berfasa akan dikreditkan ke akaun Sarawak Pay anda.
- Semoga bermanfaat untuk anda.
Caranya adalah anda masuk ke portal rasmi semakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang. Tekan Semakan Status. Dan Paparan status permohonan anda di paparkan. Jika anda kurang jelas, masuk ke artikel ini pihak kami telah sediakan panduan lengkap untuk anda check status BKSS peniaga.
Terdapat 2 fasa pembayaran. Fasa pertama pada Ogos 2021 dan fasa kedua pada bulan Disember 2021.
Pembayaran akan di buat 2 fasa. RM750 untuk setiap fasa. Dan bayaran akan dikreditkan di dalam akaun Sarawak Pay anda. Jika anda masih lagi belum mendaftar Sarawak Pay, sila masuk ke artikel ini untuk panduan lengkap cara pendaftaran bagi urusan penerimaan wang masuk dari BKSS ini.
Wajib. Jika anda merupakan pemohon yang lulus untuk BKSS ini, bayaran akan dibuat secara kredit terus ke Sarawak Pay anda. Jadi pastikan anda berdaftar dengan Sarawak Pay.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini.
TaliKhidmat BKSS : 555999/082-555 999
Hubungi di : https://talikhidmat.sarawak.gov.my
pemohonan bkss bujang
Saya tk dapat bantuan Dari kerajaan srwk
Kenapa ? Bridal
Adakah kakitangan kerajaan secara automatik mendapat kelulusan dapat BKSS.
Bajain
Dulu masa buat semakan lulus. Menunggu process pengkreditan. Hari ini semak lagi tiada dalam rekod.
Permohonan msj lulus smpy sekarang tak masok2 duit.nak cek status pulak payah.
Bila bantuan serawak ku syg masok akaun kmk
Kalau tak daftar pergi pakeco xdapat bantuan rm10,000 ya kah..saya dah ada lesen…