PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM 2022 UNTUK TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM 2022 UNTUK TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

Untuk pengetahuan pihak ibu bapa yang ingin membuat permohonan MRSM Tingkatan 1 2022 dan juga permohonan MRSM Tingkatan 4 2022 untuk tahun 2022 telah dibuka pada hari ini 29 Ogos 2021. Ibu bapa boleh mula memohon bermula pukul 10 pagi portal akan dibuka.

Baca juga : Untuk Rakyat Sarawak, Semakan Status BKSS RM1500

PANDUAN PERMOHONAN MRSM

Bagi sesi 2022 untuk mohon masuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), panduan permohonan MRSM sedikit berlainan dari tahun yang sebelumnya. Hal ini kerana, sesi persekolahan pada tahun 2021 ini hanya dijalankan menerusi PDPR. Dan ujian peperiksaan UPSR dan juga PT3 juga telah ditangguhkan.

Oleh sebab itu, untuk pengetahuan ibu bapa, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Dan untuk yang ingin membuat permohonan MRSM Ulul Albab, calon diwajibkan untuk menjalani ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Calon perlu lulus semua ujian UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Sebagai maklumat tambahan, untuk pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, pihak MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda cara buat permohonan mrsm tingkatan 1 2022 dan juga cara buat permohonan mrsm tingkatan 4 2022. Semoga perkongsian ini dapat membantu pihak ibu bapa merealisasikan impian anak mereka.

Baca juga : Cara Buat Temujanji JPJ

Jika ibu bapa ingin membuat permohonan untuk anak ke Sekolah Khusus sila masuk di sini : Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan 4

PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM 2022

Untuk makluman, di bawah ini adalah cara membuat permohonan kemasukan MRSM 2022 untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sesi 2022.

  1. Layari Laman Web Rasmi Permohonan MRSM 2022 : https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

  2. Daftar Pengguna.

    Klik daftar pengguna baru. Ibu bapa dikehendaki membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu sebelum memohon kemasukan MRSM. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran anda telah berjaya.

  3. Klik Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4.

  4. Isi Maklumat Pemohon.

    Maklumat anak anda.

  5. Lengkapkan Maklumat Ibu Bapa atau Penjaga.

  6. Isi Butiran Pendapatan Keluarga.

  7. Sila buat Pilihan Senarai Program MRSM yang dikehendaki.

  8. Kemudian, sila pilih tempat untuk Pusat Ujian anak anda.

  9. Sila tick semua di Bahagian Perakuan Pemohon dan Perakuan Ibu Bapa atau Penjaga.

  10. Sila Sahkan Maklumat dan Perakuan.

  11. Dan klik Hantar.

  12. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.

  13. Cetak Borang Permohonan tersebut untuk dihantar ke pihak MRSM jika diminta.

  14. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Jika ibu bapa atau penjaga ingin membuat pertanyaan berkaitan permohonan MRSM ini, boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.

Laman web rasmi MARA : https://www.mara.gov.my/

Email MARA : informasi@mara.gov.my

Talian Utama MARA : 03-26132000

Twitter MARA : https://twitter.com/maragov?lang=en

Leave a Comment