CARA GUNA KIT UJIAN KENDIRI COVID19 JENIS AIR LIUR ATAU SALIVA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA GUNA KIT UJIAN KENDIRI COVID19 JENIS AIR LIUR ATAU SALIVA

Sepertimana yang anda tahu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa bermula pada 11 Oktober 2021, rakyat Malaysia dibenarkan untuk rentas negeri. Oleh itu, sebagai seorang yang bertanggungjawab anda seharusnya membuat ujian kendiri terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung ataupun melancong ke tempat yang anda idamkan.

Baca juga : CARA GUNA COVID TEST KIT DAN SENARAI KIT UJIAN KENDIRI SALIVA DAN NASAL SWAB LULUS MDA

Untuk makluman anda, ujian kendiri ini boleh dilakukan secara sendirian dimana anda hanya perlu membeli kit tersebut di mana-mana farmasi yang berdaftar dengan KKM. Kit ini dikenali sebagai Kit Ujian Kendiri Covid19. Terdapat banyak jenis Kit yang dijual dan yang paling mudah dan tidak sakit adalah jenis saliva atau cecair mulut. Oleh itu, jika anda ingin membuat ujian kendiri menggunakan kit termasuk untuk anak-anak boleh cuba menggunakan jenis saliva atau cecair mulut.

Anda boleh rujuk di laman web rasmi Kerajaan tentang Kit Ujian Kendiri ini di pautan ini : https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/gp-umum-covid19/kit-ujian-kendiri-covid19-self-test-kit.

Di dalam artikel ini kami akan kongsikan kepada anda semua cara guna kit ujian kendiri Covid19 jenis saliva atau cecair mulut yang berjenama Covid19 Antigen Rapid Test. Anda boleh dapatkan jenis Kit seperti ini di farmasi yang sah.

TUJUAN COVID-19 ANTIGEN RAPID TEST (CECAIR MULUT ATAU SALIVA)

COVID-19 Antigen Rapid Test (Cecair Mulut) adalah kit ujian sekali guna yang bertujuan untuk mengesan coronavirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 dalam cecair mulut manusia. Ujian ini direka untuk kegunaan rumah dengan sampel ceciar mulut atau air liur yang dikumpulkan daripada individu yang disyaki dijangkiti COIVD-19.

CARA GUNA KIT UJIAN KENDIRI COVID19

PANDUAN LENGKAP CARA GUNA KIT UJIAN KENDIRI COVID19.

  1. Pastikan anda tidak meletakkan apa-apa di dalam mulut termasuk makanan, minuman, produk gusi atau tembakau sekurang-kurangnya 10 minit sebelum melakukan ujian.

  2. Basuh tangan anda dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat sebelum ujian. Jika sabun dan air tidak tersedia, gunakan pembersih tangan dengan alcohol sekurang-kurangnya 60%.

  3. Buka Kit Ujian Kendiri Covid19 Antigen Rapid Test anda.

  4. Tanggalkan corong dan tiub plastik.

  5. Pasangkan corong ke tiub.

  6. Kemudian, batuk mendalam 3 ke 5 kali.

  7. Ludah cecair mulut atau air liur anda ke mulut corong tadi.

  8. Pastikan air liur anda tidak berbuih dan capai ketinggian garisan skala yang telah ditetapkan.

  9. Letakkan tiub di pemegang tiub di pemegang plastik.

  10. Koyak untuk membuka buffer dan tambah keseluruhan buffer ke dalam tiub dengan cecair mulut.

  11. Pasangkan hujung tiub ke tiub. Picit tiub secara perlahan 10-15 kali sehingga sebati.

  12. Keluarkan alat uji dari kantung foil dan gunakan dalam masa 1 jam. Hasil terbaik akan diperolehi sekiranya ujian dilakukan sebaik sahaja membuka kantung foil.

  13. Letakkan kaset ujian dipermukaan rata.

  14. Balikkan tiub dan titiskan 2 titik cecair ke ruangan sampel alat uji dan kemudian mulakan pemasa.

  15. Jangan gerakkan kaset ujian semasa ujian dilaksanakan.

  16. Baca keputusan yang keluar selepas 15 minit.

  17. Untuk keputusan sama ada positif atau tidak boleh dilihat menerusi warna kaset yang keluar. Sila rujuk panduan di bawah.

CARA BACA KEPUTUSAN UJIAN KENDIRI COVID19

POSITIFDUA GARIS BERWARNA MUNCUL DI (C) DAN (T)
NEGATIFSATU GARIS BERWARNA SAHAJ YANG MUNCUL DI (C)
TIDAK SAHTIDAK MUNCUL GARIS ATAU MUNCUL DI SATU GARIS SAHAJA DI (T)

RUJUKAN

Pihak kami hanya kongsikan kepada anda Panduan Cara Buat atau Cara Guna Kit Ujian Kendiri Jenis Antigen Rapid Test ini supaya dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan panduan seperti ini. Semoga perkongsian kami dapat membantu dan memberi banyak manfaat kepada anda.

Leave a Comment