BIL AIR SELANGOR ONLINE : PANDUAN DAFTAR E-BIL BAYAR ONLINE & SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BIL AIR SELANGOR ONLINE : PANDUAN DAFTAR E-BIL BAYAR ONLINE & SEMAKAN

Untuk makluman kepada penduduk yang berada di Selangor, anda boleh membuat semakan bil air dan juga bayar bil air secara online menggunakan platform atau aplikasi baru yang telah di lancarkan yang dikenali sebagai crisportal.airselangor.

Jika sebelum ini anda membuat bayaran dan semakan di Pejabat Pos ataupun di Pejabat Air, kini anda hanya perlu download atau muat turun ataupun masuk ke portal crisportal ini untuk membuat pembayaran secara online dan juga untuk membuat semakan bil air. Anda tidak lagi perlu keluar rumah semata-mata untuk semak dan bayar bil air Selangor anda.

Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda serba sedikit tentang platform online Air Selangor ini dan cara membuat pendaftaran serta cara untuk anda membuat semakan.

Baca juga : CARA GUNA KIT UJIAN KENDIRI COVID19 JENIS AIR LIUR ATAU SALIVA

CRISPORTAL.AIRSELANGOR

Crisportal.airselangor adalah aplikasi dan laman web yang diperkenalkan kepada pelanggan di Selangor untuk membuat bayaran bil air Selangor serta membuat semakan bil air Selangor menerusi online. Pelanggan yang menggunakan air Selangor boleh muat turun atau download serta masuk ke laman web crisportal.airselangor ini untuk melakukan sebarang transaksi berkaitan air di Selangor.

AIR SELANGOR ONLINE

Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat pendaftaran Air Selangor melalui 2 kaedah. Kaedah pertama adalah menerusi aplikasi dan kaedah kedua anda boleh melakukan menerusi laman web rasmi crisportal.airselangor.

Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat pendaftaran bagi kedua-dua kaedah yang kami nyatakan di atas.

Jika anda ingin melakukan pendaftaran Air Selangor online menggunakan kaedah aplikasi atau apps sila muat turun atau download di link di bawah ini.

MUAT TURUN ATAU DOWNLOAD APLIKASI ATAU APPS AIR SELANGOR ONLINE

  1. Untuk muat turun atau download aplikasi atau apps Air Selangor online sila tekan pautan rasmi ini : https://crisportal.airselangor.com/download?lang=ms.
  2. Terdapat 3 jenis pilihan yang anda boleh download atau muat turun.
  3. Jika anda pengguna HP jenis android sila tekan [Muat Turun Untuk Android].
  4. Jika anda pengguna HP jenis IOS sila tekan [Muat Turun Untuk IOS].
  5. Jika anda pengguna HP jenis Huawei sila tekan [Muat Turun Untuk Huawei].
  6. Jika anda sudah selesai muat turun atau download aplikasi atau apps Air Selangor anda boleh terus membuat pendaftran baru sebagai pengguna kali pertama.
  7. Sila pilih Bahasa sebaiknya menggunakan Bahasa Melayu jika anda tidak faham English.
  8. Tekan Seterusnya.
  9. Pilih Wilayah yang anda ingin dapat maklumat atau ditempat kediaman anda.
  10. Tekan Seterusnya.
  11. On semua Notifikasi Maklumat Gangguan Bekalan dan Umum.
  12. Tekan Seterusnya.
  13. Anda dibawa ke Halaman Utama aplikasi atau apps.
  14. Sila tekan [Akaun] di Menu di bawah.
  15. Tekan [Pendaftaran] untuk daftar kali pertama.
  16. Masukkan Nama Penuh Anda.
  17. Masukkan Emel anda.
  18. Masukkan Nombor Telefon anda.
  19. Cipta Kata Laluan anda.
  20. Tekan [Daftar].
  21. Tekan butang [Agree] untuk meneruskan pendaftaran.
  22. Anda akan menerima SMS ke Nombor Telefon yang mengandungi kod 6 digit.
  23. Masukkan kod yang diterima tersebut dalam ruangan kotak Profile Verification yang tertera. Kemudian, tekan butang Confirm. Sekiranya tiada SMS yang diterima, tekan [Didn’t receive any SMS? Resend].
  24. Jika anda selesai memasukkan Kod tersebut pendaftaran anda telah berjaya dan selesai.
  25. Anda boleh teruskan transaksi yang anda mahu lakukan sama ada semak gangguan atau semak bil atau bayar bil air Selangor.

Jika anda ingin membuat pendaftaran menggunakan laman web boleh ikuti panduan lengkap dibawah ini.

CARA DAFTAR BIL AIR SELANGOR ONLINE

PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR BIL AIR SELANGOR ONLINE.

  1. Sila layari laman web rasmi Air Selangor Online di pautan ini : https://crisportal.airselangor.com/?lang=ms.

  2. Untuk pendaftaran sila tekan [Daftar] di bawah sekali ruangan Log Masuk.

  3. Masukkan Nama Penuh anda.

  4. Masukkan Email anda.

  5. Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.

  6. Cipta Kata Laluan atau Password anda.

  7. Tekan Daftar.

  8. Tekan butang [Agree] untuk meneruskan pendaftaran.

  9. Anda akan menerima SMS ke Nombor Telefon yang mengandungi kod 6 digit.

  10. Masukkan kod yang diterima tersebut dalam ruangan kotak Profile Verification yang tertera. Kemudian, tekan butang Confirm. Sekiranya tiada SMS yang diterima, tekan [Didn’t receive any SMS? Resend].

  11. Jika anda selesai memasukkan Kod tersebut pendaftaran anda telah berjaya dan selesai.

  12. Anda boleh kembali ke pautan atau laman web di langkah 1 di atas untuk Log Masuk ke Air Selangor online.

CARA BAYAR BIL AIR SELANGOR ONLINE

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk anda membayar bil Air Selangor secara online menggunakan aplikasi atau apps Air Selangor.

GUNA APLIKASI ATAU APPS AIR SELANGOR

  1. Buka aplikasi atau apps Air Selangor.
  2. Pergi ke Menu Akaun di bahagian bawah.
  3. Tekan [Bayaran].
  4. Masukkan Nombor Akaun Bil Air anda.
  5. Tekan Seterusnya.
  6. Teruskan Buat Pembayaran berdasarkan jumlah yang perlu dibayar ataupun yang tertunggak. Jika tiada bayaran tidak perlu lakukan pembayaran.
  7. Selesai.

GUNA LAMAN WEB CRISPORTAL.AIRSELANGOR

  1. Layari laman web rasmi Air Selangor di pautan ini : https://crisportal.airselangor.com.
  2. Masukkan Emel.
  3. Masukkan Kata Laluan.
  4. Tekan butang Log Masuk.
  5. Anda sekarang berada di bahagian Dashboard.
  6. Klik Bil & Pembayaran di sebelah kiri.
  7. Jika ada dua lokasi atau lebih, pastikan anda memilih lokasi yang ingin di bayar.
  8. Contohnya, jika pilih untuk bayarkan bil air untuk ibu bapa di kampung, sila pilih alamat kampung.
  9. Tekan butang Bayar.
  10. Masukkan jumlah yang ingin dibayar di ruangan Jumlah Yang Dibayar.
  11. Masukkan email untuk terima resit di ruangan Resit Dihantar Kepada.
  12. Pilih bank.
  13. Tekan butang Teruskan.
  14. Sila ikuti arahan dari bank untuk meneruskan proses pembayaran.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan informasi berkenaan dengan Bil Air Selangor Online. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda membayar dan menyemak bil air Selangor dengan lebih mudah dan cepat.

Sebarang soalan dan pertanyaan boleh diadukan di Support Air Selangor di pautan ini : https://crisportal.airselangor.com/support?lang=en.

Leave a Comment