CARA DAFTAR DAN MENGGUNAKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING TERKINI 2021 (www.bankislam.biz)
Untuk pengetahuan kepada pelanggan Bank Islam, anda tidak lagi perlu ke kaunter Bank Islam semata-mata membuat urusan yang boleh dilakukan secara online. Bank Islam juga menyediakan perkhidmatan online banking dimana anda boleh membuat urusan tanpa ke kaunter. Tambahan pula di musim pandemik Covid19 ini dimana anda tidak digalakkan untuk ke kaunter dan boleh mengakibatkan risiko jangkitan kepada anda mahupun pelanggan yang lain.
Oleh itu, jika anda masih lagi belum mempunyai Bank Islam Online Banking anda boleh membuat pendaftaran hanya secara online menerusi panduan yang kami akan kongsikan dibawah nanti. Selain itu juga, kami akan ajar bagaimana untuk anda gunakan fungsi-fungsi utama yang terdapat di dalam Bank Islam Online Banking.
Baca juga : SEMAK BAKI AKAUN BANK ISLAM MELALUI ONLINE
Baca juga : CARA BUAT TEMUJANJI BANK ISLAM ONLINE UNTUK PEMBUKAAN AKAUN PELAJAR 2021
WWW.BANKISLAM.BIZ
WWW.BANKISLAM.BIZ adalah pautan atau laman web rasmi untuk masuk ke Bank Islam Online Banking. Menerusi laman web atau pautan ini anda dapat melakukan pelbagai transaksi dan juga dapat membuat semakan sebarang urusan yang anda mahukan secara online ataupun atas talian. Semuanya boleh dilakukan secara online dan anda tidak perlu ke kaunter lagi bila sudah mahir menggunakan lamn web online banking ini.
JENIS PERKHIDMATAN YANG BOLEH DILAKUKAN GUNA BANK ISLAM ONLINE BANKING
Berikut adalah senarai beberapa jenis perkhidmatan yang anda boleh lakukan menggunakan Bank Islam Online Banking.
- Semak Baki Terkini.
- Transfer Duit ke akaun yang anda mahukan (Instant Transfer) terus masuk ke akaun yang anda mahukan.
- Semak Transaksi Wang Keluar Masuk (Sejarah Duit Masuk Dan Keluar).
- Bayar Bil atau Pinjaman.
- Dapatkan E-Statement.
- Dan Banyak lagi.
CARA DAFTAR DAN MENGGUNAKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING
PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR DAN MENGGUNAKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING.
- Untuk daftar Bank Islam Online Banking sila klik laman web rasmi ini : https://www.bankislam.biz/.
- Anda akan dibawa ke Paparan Bank Islam Online Banking.
- Tekan [FIRST TIME USER].
[PERHATIAN] First Time User ini adalah untuk mereka yang tidak pernah mendaftar online banking sebelum ini. Dan jika anda pernah membuat pendaftaran sila tekan [INTERNET BANKING LOGIN] untuk log masuk dan lihat panduan di bawah nanti untuk panduan penggunaan Bank Islam Online Banking.
- Selepas anda tekan [FIRST TIME USER], akan tertera terma dan syarat pada ruangan Terms & Conditions. Baca terma dan syarat tersebut.
- Tick pada kotak kecil tanda anda bersetuju dengan terma dan syarat yang telah dinyatakan.
- Tekan [CONTINUE].
- Anda akan dibawa ke “Please select your card type : Bank Islam ATM / Debit Card”.
- Tekan sahaja [CONTINUE].
- Masukkan Nombor Kad ATM/Debit anda di ruangan ATM Card / Debit Card No.
Sila ambil Kad ATM/Debit anda dan masukkan 16 Digit Nombor yang tertera di Kad ATM/Debit anda.
- Masukkan Pin ATM anda di ruangan ATM PIN.
Anda dikehendaki masukkan Nombor PIN ATM anda diruangan ini. Nombor PIN yang anda gunakan untuk keluarkan duit semasa di Mesin ATM.
- Tekan [Continue].
- Masukkan Nama Penuh anda di ruangan Customer Name.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan IC/ID.
- Seterusnya, anda dikehendaki Cipta User ID untuk anda guna Online Banking. Sila Cipta User ID anda dan pastikan anda ingat dan simpan kerana untuk guna Online Banking ini mestilah menggunakan User ID.
Anda boleh cipta User ID anda mengikut kesukaan dan yang mudah untuk anda ingat. Contohnya seperti nama anda, $Tengku90. Gabungan simbol duit, nama dan tahun kelahiran. Yang mudah untuk anda ingat.
- Kemudian, anda dikehendaki Cipta Passsword atau Kata Laluan. Sila cipta Password anda dan pastikan anda juga ingat dan simpan untuk tujuan guna Online Banking nanti.
- Sila taip sekali lagi Password yang anda cipta di atas di ruangan Confirm Password untuk tujuan pengesahan.
- Masukkan Emel anda di ruangan Email.
- Masukkan Nombor Telefon anda yang aktif dan yang anda selalu gunakan.
- Seterusnya, anda dikehendaki Cipta Perkataan Rahsia di ruangan Private Word untuk tujuan keselamatan semasa menggunakan online banking.
Pastikan anda cipta Private Word yang mudah diingat dan yang selalu anda gunakan contohnya KEMAHBOSSKU.
- Sila pilih Salah 1 Gambar pada ruangan Select One Private Image yang anda mahukan untuk tujuan keselamatan semasa menggunakan online banking.
- Anda dikehendaki memilih 3 SOALAN dan 3 JAWAPAN pada ruangan Secret Question and Secret Answer. Langkah ini juga untuk tujuan keselamatan jika anda terlupa Password. Pastikan anda ingat dan simpan Jawapan yang anda jawab bagi setiap soalan yang anda pilih.
- Tekan [SUBMIT].
- Anda akan dipaparkan Kesemua Maklumat dan Butiran yang anda isi diatas untuk tujuan Semakan. Sila Semak semua butiran yang diisi adalah tepat dan benar.
- Tekan [CONFIRM] jika semua maklumat dan butiran yang anda isi betul dan berpuas hati.
- Anda akan menerima SMS daripada pihak Bank Islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit/pintar untuk IAC berjaya.
- Pendaftaran BANK ISLAM ONLINE BANKING anda telah berjaya dan anda boleh LOG MASUK ke akaun online banking anda seperti di panduan di bawah.
- Untuk Pendaftaran Bank Islam Online Banking SELESAI!.
CARA LOG MASUK ATAU LOGIN BANK ISLAM ONLINE BANKING
Jika anda baru sahaja selesai membuat pendaftaran mengikut panduan di atas, anda boleh ikuti panduan ini untuk log masuk atau login masuk ke Bank Islam Online Banking. Caranya adalah seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi Bank Islam Online Banking di pautan ini : https://www.bankislam.biz/.
- Tekan [INTERNET BANKING LOGIN].
- Masukkan USER ID yang anda cipta semasa pendaftaran di atas.
- Tekan [Login].
- Selepas itu, anda lihat sama ada Gambar dan Private Word yang anda pilih dan cipta tadi keluar di sini.
- Jika sama seperti yang anda pilih dan cipta sila TICK “I acknowledge this is my Private Image and Private Word.”
- Anda dikehendaki memasukkan Password yang anda cipta semasa pendaftaran tadi. Masukkan Password anda.
- Tekan [Login].
- Anda akan dibawa ke MENU UTAMA BANK ISLAM ONLINE BANKING.
- Proses Log Masuk atau Login ke Bank Islam Online Banking anda telah Berjaya.
- Seterusnya panduan di bawah kami akan kongsikan serba sedikit cara guna dan fungsi yang kebiasaanya orang gunakan di Bank Islam Online Banking.