PANDUAN TUNTUTAN MYSALAM COVID RM50 SEHARI DAN CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN CLAIM DUIT

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PANDUAN TUNTUTAN MYSALAM COVID RM50 SEHARI DAN CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN CLAIM DUIT

Untuk makluman anda, jika anda merupakan individu yang berpendapatan rendah ataupun tergolong dalam kategori B40 dan telah menerima arahan kuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) akibat daripada jangkitan Covid19, anda boleh membuat tuntutan sebanyak RM50 sehari sebagai ganti pendapatan anda yang terjejas akibat di kuarantin di bawah pelan perlindungan MySalam Covid.

Di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkata, inisiatif ini akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI untuk membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin yang telah diwajibkan kepada pesakit.

Pihak kami akan kongsikan kepada anda cara membuat tuntutan MySalam Covid RM50 sehari dan akan berkongsi serba sedikit berkenaan MySalam dan Kelayakan serta cara semak status untuk kefahaman anda yang mencari maklumat yang berkenaan.

Baca juga : CARA DAFTAR DAN MENGGUNAKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING TERKINI 2021 (www.bankislam.biz)

MYSALAM COVID

MySalam Covid adalah duit yang akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan sebanyak RM50 sehari maksimum selama 14 hari akibat daripada kuarantin kategori pesakit PUI disebabkan jangkitan daripada Covid19. Anda boleh membuat tuntutan seperti panduan di bawah ini jika anda memenuhi kriteria kelayakan di bawah ini.

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM COVID RM50 SEHARI

Antara berikut adalah beberapa syarat kelayakan untuk anda tuntut duit MySalam Covid RM50 sehari :

Jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat Kategori B40 anda layak untuk tuntut MySalam Covid ini jika anda disahkan seperti syarat kelayakan tuntutan.

  • Mestilah berumur antara 18 sehingga 65 tahun.
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

[PERHATIAN] Mereka yang layak untuk skim duit MySalam Covid akan dimaklumkan menerusi SMS bermula daripada 1 Mac 2019.

Untuk makluman kepada penerima manfaat MySalam, tuntutan MySalam Covid19 boleh dibuat dalam 2 keadaan seperti di bawah :

  1. Pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19.
  2. Pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kategori (PUI) – (Takrifan PUI boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia).

[PERHATIAN] Untuk pengetahuan anda, sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada MySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID19 atau pengesahan diagnosis COVID19 yang dikeluarkan oleh KKM.

CARA SEMAKAN STATUS LAYAK CLAIM DUIT MYSALAM COVID

Di bawah ini anda boleh membuat semakan status sama ada anda merupakan penerima manfaat MySalam atau pun tidak.

  1. Sila layari laman web rasmi MySalam di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_BM.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama MySalam.
  3. Perhatikan di Semak Kelayakan.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di Semak Kelayakan.
  5. Tekan [Semak].
  6. Pada Halaman ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam ini.
  7. Jika anda LAYAK anda boleh membuat tuntutan seperti panduan di bawah ini.

PANDUAN TUNTUTAN MYSALAM COVID RM50 SEHARI

PANDUAN LENGKAP TUNTUTAN MYSALAM COVID RM50 SEHARI.

  1. Sila layari laman rasmi MySalam Covid di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/b40/public/.

  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda ataupun ahli yang mahu buat tuntutan.

  3. Masukkan Kata Laluan.

  4. Tekan [Log Masuk].

  5. Klik [Tuntutan] diikuti oleh pula [Penyerahan Tuntutan].

  6. Pilih [Tuntutan Hospitalisasi] mengikut kategori yang anda pilih.

  7. Terdapat 3 Pilihan.

    Pilihan 1 adalah Pesakit Positif Covid-19 dan pilihan 2 adalah yang disyaki menghadapi Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM serta pilihan 3 adalah disyaki menghadapi Covid-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri.

  8. Kemudian, isi maklumat Tarikh Masuk Wad dan Tarikh Mula Kuarantin.

  9. Isi maklumat Tarikh keluar Wad dan Tarikh Tamat Kuarantin.

  10. Isi maklumat Nama hospital atau premis bukan hospital (bagi kes kuarantin).

  11. Seterusnya, Muat Naik atau Upload Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan atau tuntutan MySalam Covid.

    Kategori Positif menghidap COVID-19 : Dokumen Yang Diperlukan untuk Penghantaran Tuntutan adalah Nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis dan Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.

    Kategori Disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Kuarantin : Dokumen Yang Diperlukan untuk Penghantaran Tuntutan adalah Surat perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.

    Kategori Disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di kediaman sendiri : Dokumen Yang Diperlukan untuk Penghantaran Tuntutan adalah Surat perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.

  12. Jika anda sudah Muat Naik atau Upload dokumen yang dinyatakan sila tekan [Lampirkan].

  13. Tekan [Hantar].

  14. Tekan [Saya Setuju] dan permohonan anda akan diproses.

  15. Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan oleh Pegawai Penilai MySalam.

  16. Selesai. Untuk Semakan Status Tuntutan boleh dilakukan dengan klik pada butang [STATUS TUNTUTAN].

RUJUKAN

Jika anda mempunyai sebarang soalan boleh ajukan soalan tersebut kepada pihak yang berkenaan di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi dan maklumat bagi memudahkan pihak anda membuat urusan berkaitan MySalam Covid dengan senang dan lebih jelas. Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda semua serta dapat memudahkan urusan anda semua.

TALIAN BANTUAN MYSALAM COVID

Telefon : 1-300-88-8938

Email : info@mysalam.com.my

Leave a Comment