BONUS PENJAWAT AWAM 2023 : TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN KEWANGAN (BANTUAN KHAS)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350.
Katanya, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.
Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.
Ia susulan Rang Undang-Undang Perbekalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan Parlimen sebelum 1 Jan 2023, maka peruntukan perlu dikeluarkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2023 bagi tempoh dari 1 Jan sehingga tarikh Rang Undang-Undang Perbekalan bagi 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.
Sebelum ini Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan mantan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktober lalu.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023 yang diumumkan melalui Mini Bajet 2023 hari ini.
BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM (BKK) 2023
BONUS PENJAWAT AWAM 2023
Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.
Juga diteruskan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).
JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) PENJAWAT AWAM & PESARA 2023
JUMLAH BONUS PENJAWAT AWAM 2023
Bantuan Khas_Kewangan (BKK) 2023
- RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah
- RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) PENJAWAT AWAM 2023
TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM 2023
PERKARA | TARIKH |
Bayaran BKK Penjawat Awam 2023 | 17 Januari 2023 |
Sumber rujukan : Facebook Berita RTM
Sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 untuk pesara.
Bayaran akan dibuat pada 17 Januari 2023.
Baca juga :