KELUAR DIVIDEN ASB : CARA WITHDRAW DUIT ASB ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

KELUAR DIVIDEN ASB : CARA WITHDRAW DUIT ASB ONLINE

Mungkin ramai di antara kita masih belum mengetahui bahawa bermula pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online.

Urusan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini menjadi lebih mudah dengan penambahbaikan perkhidmatan oleh unit amanah itu. Antaranya, semua urusan termasuklah menambah pelaburan, kemaskini atau keluar duit tidak lagi menggunakan buku pelaburan. Jadi, di sini kami akan kongsikan cara withdraw duit asb secara online.

BACA JUGA : SEMAK BAKI ASB ONLINE GUNA MYASNB ATAU MAYBANK2U

Pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online. Pengeluaran ASB ini boleh dilakukan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.

HAD PENGELUARAN

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM2,000.00 sebulan sahaja.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.

CARA KELUAR DIVIDEN ASB ONLINE

Berikut adalah cara keluar dividen ASB online melalui laman sesawang myASNB :

    1. Log Masuk laman sesawang myASNB di pautan ini : https://www.myasnb.com.my/
    2. Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English.
    3. Pilih BM iaitu Bahasa Melayu.
    4. Klik Log Masuk di bahagian kanan atas.
    5. Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna.
    6. Klik Teruskan.
    7. Akan keluar satu Frasa Keselamatan.
    8. Jika ia menunjukkan Frasa Keselamatan kepunyaan anda , klik Ya.
    9. Seterusnya, sila masukkan Kata Laluan anda.
    10. Klik Log Masuk.
    11. Anda akan dibawa ke Halaman Utama myASNB.
    12. Klik menu Portfolio.
    13. Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan.
    14. Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi.
    15. Klik butang Transaksi.
    16. Pilih Jualan Balik.
    17. Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan.
    18. Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
    19. Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
    20. Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
    21. Maklumat ini akan terpapar secara automatik:
    22. Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan dan jumlah Maksimum adalah RM2,000.
    23. Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat.
    24. Akan keluar satu popup yang menyatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
    25. Jika bersetuju, klik Teruskan.
    26. Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan.
    27. Klik Permintaan TAC.
    28. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan.
    29. Klik Seterusnya.
    30. Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya.
    31. Duit ASB anda akan dimasukkan dalam masa 1-3 hari bekerja ke akaun bank anda.
    32. Selesai.

    INFO TAMBAHAN:

    • Anda sebagai pemegang unit boleh keluarkan duit ASB secara percuma.
    • Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

    CARA KELUAR DIVIDEN ASB MELALUI BANK (MAYBANK,CIMB,RHB,BSN)

    Ikuti langkah di bawah untuk buat pengeluaran ASB melalui bank lain:

    • Bawa IC sahaja (Buku akaun ASB tidak wajib dibawa).
    • Pergi ke cawangan Bank yang berdekatan.
    • Pergi ke kaunter pertanyaan.
    • Beritahu hajat anda untuk keluarkan duit ASNB.
    • Mereka akan berikan borang hijau.
    • Isi Borang Jualan Balik.
    • Masukkan Nama, IC, Nombor Akaun ASB dan jumlah yang ingin dikeluarkan.
    • Ambil nombor giliran.
    • Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil.
    • Buat urusan di kaunter.
    • Pengesahan cap jari diperlukan.
    • Duit ASB akan terus dimasukkan ke dalam akaun Bank atau secara tunai.

    WAKTU PERNIAGAAN

    Waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

    • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang
    • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut pengeluaran ASB online atau cara keluarkan duit ASB di bank dan kaunter.

    Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau e-mel di : asnbcare@pnb.com.my.

 

Leave a Comment