SEMAK BAKI ASB ONLINE : CARA CHECK DIVIDEN (MYASNB & MAYBANK2U)
Pihak Amanah Saham Nasional Berhad telah mengumumkan dividen bagi tahun 2022 adalah 4.60 sen seunit untuk ASB dan 0.50 sen seunit Bonus Tambahan. Jumlah pembayaran agihan pendapatan RM8.9 bilion kepada 10.6 juta pemegang unit.
Bagaimanakah semak baki asb online? Sila rujuk maklumat lanjut di sini.
Baca juga : CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE GUNA APPS MYASNB TIDAK PERLU KE KAUNTER
CARA PENDAFTARAN PERTAMA KALI PENGGUNA APLIKASI MYASNB
Di bawah ini adalah panduan untuk semakan baki atau dividen ASB menggunakan aplikasi MYASNB. Sekiranya anda masih lagi tidak mendaftar di aplikasi ini, boleh ikuti panduan pendaftaran pengguna kali pertama aplikasi MYASNB di bawah ini :
- Untuk pendaftaran pertama kali MyASNB, anda dikehendaki muat turun atau donwload aplikasi myASNB di dalam telefon bimbit anda terlebih dahulu.
- Sila tekan pautan muat turun aplikasi myASNB di sini :
- Pengguna Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile
- Pengguna Ios : https://apps.apple.com/us/app/myasnb/id1456333347
- Pengguna Huawei : https://appgallery.huawei.com/#/app/C102464135
- Setelah selesai muat turun aplikasi tersebut, sila tekan pada butang [DAFTAR].
- Baca terma dan syarat.
- Tick pada kotak setuju sekiranya anda menerima notifikasi Terma dan Syarat yang ditetapkan.
- Seterusnya, isikan Maklumat dan Butiran dengan lengkap dan benar.
- Pilih jenis Kad Pengenalan anda dan isikan Nombor Kad Pengenalan di ruangan tersedia.
- Pilih salah satu produk ASNB yang anda miliki.
- Klik pada butang Seterusnya.
- Setelah semua Maklumat selesai diisikan, sila semak nombor telefon anda yang tertera.
- Klik pada Permintaan TAC.
- Pengesahan nombor TAC anda akan dihantarkan melalui SMS.
- Isikan 6 digit Nombor TAC yang dihantarkan di dalam ruangan tersedia.
- Seterusnya, isikan Maklumat Akaun seperti cipta ID Pengguna, Frasa Keselamatan dan sebagainya.
- Setelah Maklumat Akaun diisi dengan lengkap, klik pada butang Tamat.
- Anda akan diberikan Kata Laluan Sementara setelah proses pendaftaran tamat.
- Sila gunakan Kata Laluan Sementara untuk Log Masuk MyASNB kali pertama.
- Sila Kemaskini Kata Laluan Baharu anda setelah proses login berjaya dilakukan.
- Tahniah, kini anda boleh semak baki ASB anda secara online.
CARA SEMAK BAKI ASB ONLINE
CARA CHECK DIVIDEN ASB GUNA APLIKASI MYASNB
- Pengguna mestilah buka aplikasi myASNB terlebih dahulu di telefon bimbit anda.
- Masukkan ID Pengguna anda semasa pendaftaran di lakukan.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Laman Utama myASNB anda.
- Untuk semak baki ASB online sila tekan [Amanah Saham Bumiputera] di bahagian Dana Saya.
- Anda akan dibawa ke Laman Dana Saya.
- Baki ASB dan Jumlah Dividen akan dipaparkan di bahagian ini.
- Sila rujuk di bahagian [Urus Niaga Terkini] untuk lihat Jumlah Dividen yang dimasukkan ke dalam akaun anda.
- Selesai.
CARA SEMAK BAKI ASB GUNA MAYBANK2U
Untuk makluman anda, anda juga boleh membuat semakan baki dan check dividen ASB melalui Maybank2u. Rujuk panduan yang disediakan di sini :
- Untuk semak baki ASB guna Maybank2u anda perlu Log Masuk ke Maybank2u terlebih dahulu, klik pautan di sini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
- Masukkan Username anda di ruangan MY Username.
- Tekan [Login].
- Tekan [YES] jika frasa keselamatan anda betul seperti yang dipaparkan.
- Sila masukkan Nombor Password anda di ruangan My Password.
- Tekan [Login].
- Anda akan dibawa ke halaman utama Maybank2u.
- Sila perhatikan di sebelah ACCOUNTS & CARDS, anda akan lihat WEALTH.
- Tekan [WEALTH] untuk semak dividen ASB 2021 anda.
- Paparan akan menunjukkan Total Assets di sini iaitu Jumlah Terkini ASB anda.
- Untuk semak berapa jumlah dividen ASB 2022 yang anda dapat, sila lihat ke bawah sedikit sehingga nampak paparan My Wealth.
- Di My Wealth akan menunjukkan My Asset iaitu dana yang anda miliki. Jika anda mempunyai banyak dana ASNB maka kesemua dana yang anda ada akan dipaparkan di sini.
- Untuk semakan dividen ASB 2022 pula sila tekan [ASNB] di My Wealth.
- Paparan akan menunjukkan MEMBERSHIP NAME, FUND NAME, ACCOUNT NUMBER, AMOUNT (RM).
- Tekan [Nama Anda] dimana Fund Name “Amanah Saham Berhad” untuk melihat jumlah dividen ASB 2022 yang anda dapat.
- Paparan akan menunjukkan Jumlah dan Transaksi Dividen ASB 2022 anda di Description.
- Anda berjaya membuat semakan berapa jumlah dividen ASB 2022 yang anda dapat dan check baki ASB anda.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan dan persoalan anda boleh ajukan ke pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat dan panduan untuk semak jumlah Dividen ASB kepada mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam).
Emel : asnbcare@pnb.com.my.