SENARAI PELEPASAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2023 UNTUK PENGURANGAN SEMASA MENGISI E-FILING LHDN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SENARAI PELEPASAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2023 UNTUK PENGURANGAN SEMASA MENGISI E-FILING LHDN

Rakyat Malaysia bertanggungjawab membayar cukai pendapatan setiap tahun jika memenuhi syarat cukai pendapatan tahunan. Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan 17 senarai pelepasan cukai pendapatan tahun 2023 untuk anda isi semasa mengisi borang e-Filing nanti.

Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda senarai pelepasan cukai tahun taksiran untuk tujuan rujukan anda semasa melakukan e-Filing.

SENARAI PELEPASAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN

Di bawah ini merupakan senarai pelepasan cukai tahun taksiran dan jika anda terlupa atau hilang no cukai pendapatan, anda boleh rujuk di cara mendapatkan no cukai pendapatan jika lupa atau hilang.

SENARAI PELEPASAN CUKAI YANG BOLEH DITUNTUT

INDIVIDU DAN SAUDARA TANGGUNGAN

Bagi kategori individu dan saudara kandungan, pelepasan cukai dalam kategori ini akan diberikan secara automatik.

Jumlah pelepasan yang diberikan adalah terhad sehingga RM9,000 sahaja.

INDIVIDU OKU

Bagi individu yang telah berdaftar dan telah disahkan oleh JKM sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), mereka layak menuntut pelepasan cukai tambahan sebanyak RM6,000.

PERUBATAN, KEPERLUAN KHAS DAN PENJAGAAN IBU BAPA ATAU PELEPASAN BAGI IBU BAPA

Bagi individu yang masih mempunyai ibu dan bapa, anda boleh memohon pelepasan cukai bagi kategori ini sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Syaratnya adalah :

  • Ibu bapa berumur 60 tahun keatas
  • Pendapatan tahunan kurang dari RM 24,000 (TT 2016 hingga TT 2020)
  • Pelepasan ibu RM 1,500 manakala pelepasan bapa RM 1,500

Perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa RM 5000 dan Pelepasan bagi ibu bapa RM 3000.

PERALATAN SOKONGAN ASAS

Individu juga boleh menuntut pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Pembelian peralatan sokongan asas ini terhad sama ada untuk kegunaan diri sendiri, pasangan, anak, dan ibu atau bapa sahaja. OKU tersebut mestilah telah berdaftar dan disahkan sebagai OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi kategori ini, individu terbabit boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM6,000.

YURAN PENGAJIAN

Bagi indvidu yang sedang mengikuti sama ada di universiti, kolej, institusi, atau sebagainya, anda juga layak menerima pelepasan cukai sehingga RM7,000 ke atas yuran pengajian tahunan.

Namun, pelepasan cukai dalam kategori ini hanya layak kepada :

  • Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah- bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi sahaja.
  • Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah- sebarang bidang atau kursus pengajian.
  • Institusi pengajian tinggi tersebut mestilah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

PERBELANJAAN PERUBATAN BAGI PENYAKIT YANG SUKAR DIUBATI

Dalam kategori ini, individu boleh menuntut pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan penyakit sukar diubati atau serius sama ada penyakit tersebut dihidapi oleh diri sendiri, pasangan, atau anak. Perbelenjaan kesuburan juga termasuk dalam kategori ini. Pelepasan bagi kategori ini adalah sehingga RM6,000.

PERBELANJAAN GAYA HIDUP

Individu juga boleh memohon pelepasan cukai untuk perbelanjaan gaya hidup bagi manfaat sendiri, suami, atau isteri serta anak-anak. Bagi kategori ini, pelepasan cukai yang layak dituntut adalah sehingga RM2,500. Perbelanjaan gaya hidup yang dibenarkan untuk menerima pelepasan cukai adalah seperti berikut :

  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar mahupun tablet.
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 namun tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor.
  • Bayaran bil bulanan bagi langganan jalur lebar atau internet yang dibuat atas nama sendiri.
  • Bayaran keahlian gimnasium.
  • Pembelian untuk buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya selain bahan bacaan terlarang.

TABUNGAN BERSIH DALAM SKIM SSPN

Bagi kategori ini, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut oleh individu terbabit adalah sehingga RM8,000.

BAYARAN KEPADA PASANGAN ATAU BAYARAN ALIMONI TERHADAP BEKAS ISTERI

Jika suami atau isteri yang tidak bekerja atau mempunyai jumlah pendapatan yang tidak mencapai jumlah minimum dikenakan cukai, maka pasangan mereka boleh menuntut pelepasan cukai ke atas suami atau isteri terbabit sebanyak RM4,000.

Untuk makluman juga, bagi suami yang ada membuat bayaran alimoni atau nafkah kepada bekas isteri, maka mereka juga layak menuntut pelepasan cukai sehingga RM4,000.

SUAMI ATAU ISTERI KURANG UPAYA

Bagi pembayar cukai yang mempunyai suami atau isteri OKU, mereka boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM3,500. Namun, suami atau isteri OKU terbabit mestilah diiktiraf dan berdaftar dengan sah melalui JKM.

TANGGUNGAN ANAK

MEMPUNYAI ANAK 18 TAHUN KE BAWAH YANG BELUM BERKAHWIN

  • Bagi individu yang mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, mereka layak memohon pelepasan cukai dalam kategori ini.
  • Pelepasan cukai yang dibenarkan bagi individu terbabit adalah sebanyak RM2,000 seorang.

ANAK 18 TAHUN KE ATAS YANG BELUM BERKAHWIN DAN MENERIMA PENDIDIKAN SEPENUH MASA (PERINGKAT A-LEVEL, SIJIL KEMAHIRAN, PERSEDIAAN ATAU PRA IJAZAH)

  • Dalam kategori ini, ibu atau bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 18 tahun ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa layak pada tahun taksiran menerima pelepasan cukai.
  • Pendidikan sepenuh masa tersebut merangkumi mereka yang sedang mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, A-Level, sijil kemahiran, persediaan atau pra-ijazah.
  • Bagi kategori ini, ibu atau bapa terbabit layak menerima pelepasan cukai sebanyak RM2,000 bagi seorang anak.

MEMPUNYAI ANAK KURANG UPAYA

  • Bagi ibu atau bapa yang mempunyai anak OKU, maka ibu atau bapa terbabit layak menerima pelepasan cukai sebanyak RM6,000.
  • Selain itu, pelepasan cukai tambahan sebanyak RM8,000 seorang turut diberikan kepada ibu atau bapa yang mempunyai seorang anak OKU yang berumur 18 dan mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ke atas di insttusi pengajian tinggi di dalam negara atau @ mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar negara yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan.

ANAK 18 TAHUN KE ATAS YANG BELUM BERKAHWIN

Berbeza dengan kategori di atas, ibu bapa yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke atas yang belum berkahwin dan memenuhi syarat-syarat berikut layak menerima pengecualian cukai :

  • Mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa seperti diploma dan ke atas di universiti, kolej atau institut pengajian tinggi lain yang serupa dengannya di dalam negara atau
  • Mengikuti kursus sepenuh masa di luar negara di peringkat ijazah dan ke atas atau
  • Mengikuti kursus dan institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan.
  • Ibu atau bapa yang mempunyai anak di dalam kategori ini layak menerima pelepasan cukai sebanyak RM8,000 seorang.

PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN IBU

Bagi ibu yang membeli peralatan penyusuan, anda juga layak menerima pelepasan cukai dalam tetapi pembelian peralatan penyusuan hanya dibenarkan bagi kegunaan penyusuan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah sahaja.

Pelepasan cukai yang diberikan dalam kategori ini adalah sehingga RM1,000 dan tuntutan pembelian boleh digunakan menyusukan lebih daripada seorang anak.

YURAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK/TADIKA

Individu yang mempunyai anak berumur 6 tahun dan ke bawah layak mendapat pengecualian cukai bagi yuran penghantaran anak mereka ke taska dan taman asuhan kanak-kanak.

Bagi kategori ini, individu yang berkenaan layak menerima pelepasan cukai adalah sehingga RM2,000.

INSURANS ATAU TAKAFUL NYAWA DAN KWSP TIDAK TERMASUK MELALUI POTONGAN GAJI

Individu yang membayar insurans atau takaful nyawa dan KWSP tidak termasuk melalui potongan gaji layak menerima pelepasan cukai.

Bagi pelepasan cukai dalam kategori ini, terdapat kategori-kategori pelepasan yang terlibat iaitu :

  • Kategori penjawat awam berpencen- pelepasan premium cukai insurans atau sumbangan takaful nyawa adalah sehingga RM7,000.
  • Kategori selain penjawat awam berpencen- pelepasan premium insurans nyawa adalah terhad sehingga RM3,000.
  • Pelepasan caruman KWSP atau skim yang diluluskan pula terhad kepada RM4,000.

INSURANS PERUBATAN DAN PENDIDIKAN

Dalam kategori ini, individu tersebut boleh mengemukakan tuntutan pelepasan cukai sehingga RM3,000 sama ada bayaran insurans tersebut untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak.

SKIM PERSARAAN SWASTA ATAU ANUITI TERTUNDA

Bagi individu yang membuat caruman ke dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) atau membuat bayaran premium ke dalam Skim Anuiti Tertunda, individu terbabit layak menerima pelepasan cukai. Pelepasan cukai pendapatan yang dibenarkan dalam kategori ini adalah sebanyak RM3,000.

CARUMAN KEPADA PERKESO

Bagi individu yang telah mencarum kepada PERKESO , individu terbabit layak menerima pelepasan cukai sebanyak RM250. Pelepasan cukai ini merangkumi caruman individu yang dibuat atau ditanggung oleh individu lain mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

SOALAN LAZIM

Maksud Senarai Pelepasan Cukai?

Senarai yang membolehkan individu yang membayar cukai pendapatan tahunan layak menerima pelepasan cukai menerusi senarai yang terdapat di dalam artikel ini.

Macam mana nak tahu Senarai Pelepasan Cukai atau Income Tax Tahun 2023?

Anda boleh dapatkan senarai tersebut di dalam artikel ini. Semoga memberi manfaat kepada anda.

Jika membuat pembelian komputer adakah termasuk dalam Senarai Pelepasan Income Tax?

Ya termasuk. Untuk lebih detail boleh rujuk artikel ini.

Apakah Senarai Pelepasan Cukai Gaya Hidup?

Perbelanjaan gaya hidup yang dibenarkan untuk menerima pelepasan cukai sebanyak RM2500 adalah seperti di dalam artikel ini.

9 thoughts on “SENARAI PELEPASAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2023 UNTUK PENGURANGAN SEMASA MENGISI E-FILING LHDN”

  1. Untuk tafsiran cukai tahunan pada tahun 2022, adakah perbelanjaan untuk telefon bimbit/tab/laptop dalam tahun 2021 terdapat potongan tambahan RM2500 atau termasuk dalam gaya hidup sebanyak RM2500 sahaja?
    Pembelian telefon bimbit/tab/laptop hanya terhad kepada 1 item atau boleh lebih dari 1. Misalan pembelian telefon bimbit dan tab bernilai RM2500?

    Terima kasih

    Reply
  2. Berdasarkan Belanjawan 2022 terbaru, selain gaya hidup 2500, Menteri kewangan umum ada tambahan utk pengecualian cukai (lanjutan dari tn 2020) sebanyak 2500 utk pembelian gajet sprt tablet, PC, hp semasa covid utk kemudahan pembelajaran secara online. Pengecualian ini juga lanjutan dari pengecualian cukai tambahan seperti tahun sebelum nya iaitu thn 2020.

    Reply
  3. Untuk tafsiran cukai tahunan pada tahun 2022, adakah perbelanjaan untuk telefon bimbit/tab/laptop dalam tahun 2021 terdapat potongan tambahan RM2500 atau termasuk dalam gaya hidup sebanyak RM2500 sahaja?
    Pembelian telefon bimbit/tab/laptop hanya terhad kepada 1 item atau boleh lebih dari 1. Misalan pembelian telefon bimbit dan tab bernilai RM2500?

    Terima kasih

    Reply

Leave a Comment