CARA MENDAPATKAN NO CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN SYARIKAT SERTA DAFTAR DAN SEMAKAN INCOME TAX KALI PERTAMA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA MENDAPATKAN NO CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN SYARIKAT SERTA DAFTAR DAN SEMAKAN INCOME TAX KALI PERTAMA

Sebagai pembayar cukai sama ada individu atau syarikat yang telah berdaftar, semestinya anda mempunyai nombor cukai pendapatan Malaysia. Nombor Cukai Pendapatan yang boleh digunakan untuk melakukan semua urusan dengan LHDNM atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Jika anda terlupa nombor cukai anda dan ingin membuat semakan nombor cukai anda di sini pihak kami kongsikan caranya menggunakan e-Daftar.

MAKSUD NOMBOR CUKAI PENDAPATAN

Maksud Nombor cukai adalah nombor rujukan yang unik. Anda akan dapatkan setelah anda mendaftar sebagai pembayar cukai, maka LHDN akan memperuntukkan nombor cukai pendapatan kepada anda.

Untuk mendapatkan nombor cukai, anda harus menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan dengan pekerjaan anda :

IndividuSekiranya anda tidak mempunyai pendapatan dari perniagaan, anda hanya perlu menyiapkan slip gaji terkini dan juga kad pengenalan.
SyarikatSementara bagi mereka yang mempunyai pendapatan perniagaan, sediakan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Kad Pengenalan anda.

CARA MENDAPATKAN NO CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN SYARIKAT

Berikut merupakan cara mendapatkan no cukai pendapatan jika anda terlupa atau hilang :

  1. Masuk ke portal : https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php
  2. Pilih Jenis Pengenalan sama ada : Nombor Kad Pengenalan, Polis, Tentera, Passport
  3. Isikan Nombor Pengenalan anda
  4. Tuliskan Kod Keselamatan yang diberi
  5. Masukkan Email yang pernah berdaftar dengan LHDN
  6. Masukkan Nombor Telefon Bimbit yang pernah berdaftar dengan LHDN
  7. Tekan butang Hantar
  8. Paparan akan tertera seperti : “Nombor cukai pendapatan bagi no kad pengenalan xxxxxx-xx-xxxx telah didaftarkan di Lembaga Hasil Dalam Malaysia”

Sebelum anda membuat sebarang pembayaran cukai sila semak dan kenali dahulu senarai pelepasan cukai tahun taksiran untuk individu. Bila anda dah tahu senarai pelepasan mudah untuk anda isi dalam efiling nanti dan mendapat bayaran balik cukai anda lebih banyak lagi.

Andai kata anda belum lagi mendaftar sebagai pembayar income tax anda boleh lihat panduan di bawah di mana pihak kami ada sediakan langkah-langkah yang senang lagi mudah untuk pendaftaran income tax :

CARA DAFTAR CUKAI PENDAPATAN KALI PERTAMA GUNA E-DAFTAR

Berikut merupakan cara daftar cukai pendapatan kali pertama menggunakan e-daftar kepada individu dan syarikat yang tidak pernah lagi membuat pendaftaran :

CARA DAFTAR UNTUK INDIVIDU

  1. Klik masuk ke : https://edaftar.hasil.gov.my/individu/dafsgjpnvdprd.php
  2. Isikan maklumat pada borang yang tertera sehingga lengkap
  3. Tekan Hantar jika sudah isi semua maklumat tadi
  4. Akan tertera mesej “Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah”
  5. Semak dan Klik Setuju
  6. Cetak : No. Permohonan Pendaftaran pembayar cukai ia diperlukan untuk menyemak status permohonan anda dan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan
  7. Sebagai rujukan sila simpan nombor permohonan untuk rujukan anda

CARA DAFTAR UNTUK SYARIKAT

  1. Sila masuk ke : https://edaftar.hasil.gov.my/syarikat/dafc.php
  2. Isikan maklumat pada borang yang tertera sehingga lengkap dan sahih
  3. Tekan Hantar jika semua maklumat diisi dengan tepat
  4. Akan tertera mesej “Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah”
  5. Klik Setuju pastikan anda semak dahulu sebelum membuat penghantaran
  6. Sila membuat Cetakan : No. Permohonan Pendaftaran pembayar cukai ia diperlukan untuk menyemak status permohonan anda dan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan
  7. Simpan nombor permohonan anda untuk tujuan rekod

SOALAN LAZIM

Apa itu no cukai pendapatan?

Nombor cukai adalah nombor rujukan yang unik. Anda akan dapatkan setelah anda mendaftar. Masuk ke artikel ini untuk cara dapatkan no cukai pendapatan anda.

Bagaimana cara mendapatkan no cukai pendapatan jika lupa?

Ikuti panduan di dalam artikel ini. Pihak kami ada kongsikan cara mudah dan senang untuk dapatkannya.

Bagaimana nak daftar cukai pendapatan secara online?

Melalui e-Daftar LHDN. Anda boleh dapatkan panduan e-Daftar melalui artikel ini.

Bagaimana cara daftar cukai pendapatan kali pertama untuk individu dan syarikat?

Senang sahaja anda hanya ikuti panduan yang dikongsi melalui artikel yang kami sediakan ini.

1 thought on “CARA MENDAPATKAN NO CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN SYARIKAT SERTA DAFTAR DAN SEMAKAN INCOME TAX KALI PERTAMA”

Leave a Comment