CARA KELUARKAN ASB ONLINE : MELALUI MYASNB DAN MAYBANK2U
Urusan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini menjadi lebih mudah dengan penambahbaikan perkhidmatan oleh unit amanah itu. Antaranya, semua urusan termasuklah menambah pelaburan, kemaskini atau keluar duit tidak lagi menggunakan buku pelaburan.
Ramai orang ingin tahu, bolehkah buat pengeluaran ASB online menggunakan portal MyASNB ataupun pindahan duit melalui bank lain seperti Maybank2u secara online?
BACA JUGA : SEMAK DIVIDEN ASB 2021 : CARA CHECK UNTUNG MELALUI ONLINE GUNA MYASNB DAN MAYBANK2U
CARA KELUARKAN ASB ONLINE : MELALUI MYASNB DAN MAYBANK2U
Pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online. Pengeluaran ASB ini boleh dilakukan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.
HAD PENGELUARAN
- Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, sahaja.
- Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
- Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.
Ikuti langkah di bawah untuk buat pengeluaran ASB secara online:
- Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
- Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
- Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
- Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
- Klik Teruskan
- Akan keluar satu frasa keselamatan
- Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak.
- Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda piliah, klik Ya.
- Masukkan Kata Laluan
- Klik menu Portfolio
- Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan
- Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi
- Klik butang Transaksi
- Pilih Jualan Balik
- Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
- Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
- Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
- Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
- Maklumat ini akan terpapar secara automatik:
- Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
- Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat
- Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
- Jika bersetuju, klik Teruskan
- Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
- Klik Permintaan TAC
- Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
- Klik Seterusnya
- Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
- Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk
INFO TAMBAHAN:
- Anda sebagai pemegang untui boleh keluarkan duit ASB secara percuma
- Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuiali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2
CARA KELUARKAN DUIT ASB MELALUI BANK (MAYBANK,CIMB,RHB,BSN)
Ikuti langkah di bawah untuk buat pengeluaran ASB melalui bank lain:
- Bawa IC sahaja (Buku akaun ASB tidak wajib dibawa)
- Pergi ke cawangan Maybank yang berdekatan
- Pergi ke kaunter pertanyaan
- Beritahu hajat anda untuk keluarkan duit ASNB
- Mereka akan berikan borang hijau
- Isi Borang Jualan Balik
- Masukkan Nama, IC, nombor akaun ASB dan jumlah yang ingin dikeluarkan
- Ambil nombor giliran
- Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil
- Buat urusan di kaunter
- Pengesahan cap jari diperlukan
- Duit ASB akan terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank
WAKTU PERNIAGAAN
Waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:
- Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang
- Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut pengeluaran ASB online atau cara keluarkan duit ASB di bank dan kaunter.
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau e-mel asnbcare@pnb.com.my.