semak dividen asb 2021

SEMAK DIVIDEN ASB 2021 : CARA CHECK UNTUNG MELALUI ONLINE GUNA MYASNB DAN MAYBANK2U

SEMAK DIVIDEN ASB 2021 : CARA CHECK UNTUNG MELALUI ONLINE GUNA MYASNB DAN MAYBANK2U

Untuk makluman anda, pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah menghebahkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM650.73 juta untuk 3 dananya. Pengagihan tersebut adalah untuk dana unit amanah harga tetap Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3), dana harga berubah, ASN Equity 5 dan ASN Sara (Mixed Aset Conservative) 2 (ASN Sara 2) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 September 2021.

ASM 3, salah satu daripada enam dana harga tetap yang diuruskan ASNB, mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM593.04 juta yang memanfaatkan 525,038 pemegang unit dengan pegangan 14.83 bilion unit.

ASM 3 mencatatkan pendapatan direalisasikan bersih sebanyak RM653.27 juta bagi tahun kewangan semasa, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 17.87 peratus berbanding tahun lalu.

ASNB dalam kenyataannya berkata, pulangan sebanyak 4.00 sen seunit ini kekal kompetitif dan mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 bulan Maybank pada kadar 1.85 peratus sebanyak 215 mata asas bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021.

“ASN Equity 5 dan ASN Sara (Mixed Asset Conservative) 2 (ASN Sara 2) mencatatkan jumlah pulangan masing-masing sebanyak 11.46 peratus dan 4.04 peratus untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2021, yang mengatasi penanda aras masing-masing sebanyak 8.66 dan 1.73 peratus,” katanya.

Dengan pulangan ini, ASNB mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM9.80 juta kepada pemegang unit ASN Equity 5, yang bersamaan dengan 2.85 sen seunit kepada 11,202 pemegang unit dengan pegangan 343.80 juta unit.

Pemegang unit ASN Sara 2 akan menerima jumlah pembayaran agihan pendapatan sebanyak RM47.88 juta, bersamaan dengan 2.80 sen seunit kepada 42,860 pemegang unit dengan pegangan 1.71 bilion unit.

Pulangan ini adalah bersamaan dengan hasil dividen sebanyak 2.95 peratus untuk ASN Equity 5 dan 2.75 peratus untuk ASN Sara 2, berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pada 23 September 2021.

Pengagihan pendapatan ini diperoleh daripada dana keuntungan direalisasi, dividen dan pendapatan lain daripada pelaburan tempatan dan antarabangsa yang secara amnya didorong oleh pemulihan pasaran kewangan global dan domestik secara beransur-ansur.

Pengiraan Pengagihan Pendapatan dan Penangguhan Urus Niaga Dana Pengagihan pendapatan bagi ASM 3 dikira berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun kewangan, manakala untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2, pengiraan berdasarkan jumlah unit yang dimiliki pada hujung tahun kewangan dana tersebut.

Pengagihan pendapatan yang diumumkan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan dikreditkan secara automatik pada 1 Oktober 2021 untuk ASM 3, dan pada 2 Oktober 2021 untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Sementara itu, urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB seluruh negara sudah ditangguhkan buat sementara waktu dari 23 hingga 30 September 2021 untuk ASM 3 dan dari 29 September hingga 1 Oktober 2021 untuk ASN Equity 5 serta ASN Sara 2 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di www.myasnb.com.my, melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Oktober 2021 untuk ASM 3, dan 2 Oktober 2021 untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Sumber artikel : https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/09/761028/asnb-isytihar-agihan-pendapatan-tiga-dana.

CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2021 MELALUI ONLINE GUNA MYASNB

Berikut adalah cara semak dividen ASB 2021 melalui online guna MYASNB.

  1. Sila layari laman web rasmi MyASNB di pautan ini : https://www.myasnb.com.my/.
  2. Pastikan anda sudah membuat pendaftaran sebelum meneruskan panduan ini. Jika anda masih lagi belum membuat pendaftaran online boleh ikuti panduan di sini : CARA NAK DAFTAR ASB ONLINE MELALUI MYASNB 2021/2022.
  3. Jika anda sudah berdaftar, sila tekan LOG MASUK.
  4. Sila masukkan ID Pengguna anda semasa pendaftaran.
  5. Tekan [Teruskan].
  6. Tekan [YA] jika frasa keselamatan anda adalah betul di bahagian “Adakah ini frasa keselamatan anda?”.
  7. Sila masukkan Password anda.
  8. Tekan [Log Masuk].
  9. Anda akan dibawa ke Halaman Utama MYASNB iaitu Dana Saya.
  10. Jumlah pelaburan akan dipaparkan di Dana Saya.
  11. Untuk SEMAK JUMLAH DIVIDEN YANG ANDA DAPAT, sila tekan di bawah Dana Saya iaitu Nama Dana jika ASB sila tekan Nama Dana Amanah Saham Berhad.
  12. Paparan Dana Amanah Saham Berhad anda dipaparkan di sini.
  13. Tekan [Sejarah Transaksi] untuk melihat jumlah dividen yang anda dapat.
  14. Di sini segala transaksi berkenaan dana akan dipaparkan.
  15. Anda boleh lihat jumlah dividen ASB 2021 anda yang dimasukkan ke dalam akaun ASB anda disini.
  16. Dan jika anda ingin membuat pengeluaran dividen ASB 2021 yang anda dapat menerusi online guna MYASNB ini boleh ikuti panduan di sini mudah sahaja tidak perlu keluar ke cawangan atau pejabat pos. Lihat panduan di sini : Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online.
  17. Untuk semakan menggunakan MYASNB sudah selesai. Di bawah ini cara semak guna MAYBANK2U.

CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2021 MELALUI MAYBANK2U

Berikut adalah panduan bagaimana untuk semak diiden ASB 2021 melalui Maybank2u.

  1. Sila layari laman web Maybank2u di pautan ini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Masukkan Username anda di ruangan MY Username.
  3. Tekan [Login].
  4. Tekan [YES] jika frasa keselamatan anda betul seperti yang dipaparkan.
  5. Sila masukkan Nombor Password anda di ruangan My Password.
  6. Tekan [Login].
  7. Anda akan dibawa ke halaman utama Maybank2u.
  8. Sila perhatikan di sebelah ACCOUNTS & CARDS, anda akan lihat WEALTH.
  9. Tekan [WEALTH] untuk semak dividen ASB 2021 anda.
  10. Paparan akan menunjukkan Total Assets di sini iaitu Jumlah Terkini ASB anda.
  11. Untuk semak berapa jumlah dividen ASB 2021 yang anda dapat, sila lihat ke bawah sedikit sehingga nampak paparan My Wealth.
  12. Di My Wealth akan menunjukkan My Asset iaitu dana yang anda miliki. Jika anda mempunyai banyak dana ASNB maka kesemua dana yang anda ada akan dipaparkan di sini.
  13. Untuk semakan dividen ASB 2021 pula sila tekan [ASNB] di My Wealth.
  14. Paparan akan menunjukkan MEMBERSHIP NAME, FUND NAME, ACCOUNT NUMBER, AMOUNT (RM).
  15. Tekan [Nama Anda] dimana Fund Name “Amanah Saham Berhad” untuk melihat jumlah dividen ASB 2021 yang anda dapat.
  16. Paparan akan menunjukkan Jumlah dan Transaksi Dividen ASB 2021 anda di Description.
  17. Anda berjaya membuat semakan berapa jumlah dividen ASB 2021 yang anda dapat.
  18. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan dan persoalan anda boleh ajukan ke pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat dan panduan untuk semak jumlah Dividen ASB 2021 kepada mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam).

Emel : [email protected].

Leave a Reply