ZAKAT PENDAPATAN : CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE
Zakat ialah rukun Islam yang ketiga. Zakat bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan. Pengeluaran zakat telah ditentukan mengikut syarat-syarat yang disyariatkan bagi membantu golongan yang memerlukan. Namun, sebelum boleh buat pembayaran online, masih ramai yang keliru dengan cara pengiraan zakat.
BACA JUGA : TEMUJANJI TABUNG HAJI : BORANG TEMUJANJI DAN SEMAKAN STATUS
APAKAH SYARAT WAJIB ZAKAT ?
Beragama Islam
Pemilik harta mestilah beragama Islam
Merdeka
Bukan hamba sahaya.
Pemilikan sempurna
Harta dimiliki dengan jelas. Orang lain tiada hak ke atasnya melainkan individu itu sendiri.
Cukup nisab
Harta tersebut mestilah mencapai paras minima yang menentukan ia wajib dizakatkan atau tidak. Misalnya bagi zakat pendapatan, nisabnya ialah nilaian 20 mithqal (85 gram emas).
Cukup haul
Pengiraan zakat tertakluk samada cukup haul atau tidak. Maksudnya, cukup setahun harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun hijrah (354 hari) atau tahun Masihi (365 hari). Namun, Malaysia menggunakan perkiraan tahun Masihi.
Harta yang berkembang
Maksudnya harta tersebut ialah harta yang berkembang dan boleh beri pulangan kepada pemilik. Jika membayar zakat, tidak berlaku penyusutan nilai.
KADAR ZAKAT PENDAPATAN
Nisab zakat pendapatan bersifat tak kekal dan sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun. Ini kerana ia mengikut harga emas semasa. Oleh itu, anda perlu rujuk Majlis Agama Islam Negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.
Misalnya pada tahun 2019 kadar nisab ialah RM13,968.00 (http://www.zakat.com.my/info-zakat/arkib-nisab-tahunan/)
Oleh itu, jika dalam tempoh setahun masihi (365 hari), jumlah pendapatan yang diperolehi (sama ada sudah ditolak dengan pelepasan zakat yang dibenarkan atau pendapatan penuh) menyamai atau melebihi nisab semasa yang ditetapkan, maka anda perlu buat bayaran zakat.
Kadar zakat yang dikenakan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan yang wajib dizakat.
CARA KIRA ZAKAT PENDAPATAN
Ada 2 cara mengira zakat iaitu dengan kaedah tanpa tolakan dan dengan tolakan.
KAEDAH TANPA TOLAKAN
Cara ini lebih mudah dan ringkas. Kita hanya perlu mengira jumlah pendapatan yang diperoleh.
Situasi: Amer memperoleh pendapatan sebanyak RM1,700.00 setiap bulan.
CARA PENGIRAAN:
Gaji bulanan = RM1,700.00
Gaji tahunan = RM20,400.00 (RM1,700.00 x 12 bulan)
Jumlah zakat = 2.5% x RM20,400.00 (RM510.00 / tahun atau RM42.50 / bulan)
KAEDAH TOLAKAN
Melalui cara ini, pengiraan zakat adalah berdasarkan jumlah pendapatan bersih iaitu selepas ditolak jumlah pelepasan zakat.
Pelepasan zakat ini sama seperti pelepasan cukai pendapatan. Kadar pelepasan zakat adalah berbeza bagi setiap negeri. Antaranya ialah:
- Perbelanjaan asas diri sendiri
- Nafkah isteri
- Nafkah anak-anak
- Pemberian kepada ibu bapa
- Caruman KWSP
- Caruman kepada institusi kewangan, koperasi dan sebagainya (membayar zakat bagi pihak pencarum atau pendeposit seperti Tabung Haji)
Situasi: Ali berpendapatan RM3,500.00 sebulan. Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak. Setiap bulan, beliau akan memberikan RM300.00 kepada ibu bapanya. Beliau juga membuat caruman KWSP sebanyak 11% (RM385.00). Malahan, beliau juga membuat simpanan di Tabung Haji sebanyak RM250.00.
Cara pengiraan:
Kadar nisab semasa = RM13,968.00
Jumlah pendapatan tahunan = RM42,000.00 (RM3,500.00 x 12 bulan)
Jumlah pelepasan zakat = RM28,220.00
*Diri sendiri = RM 11,000.00
*Isteri = RM3,000.00
*Anak = RM3,000.00(3 orang x RM1,000.00)
*Ibu bapa = RM3,600.00 (RM300.00 x 12 bulan)
*KWSP = RM4,620.00 (RM385.00 x 12 bulan)
*Tabung Haji = RM3,000.00 (RM250.00 x 12 bulan)
Jumlah pendapatan layak zakat = RM42,000.00 – RM28,220.00 = RM13,780.00
Jumlah zakat = 2.5% x RM13,780.00 (RM344.50 / tahun atau RM28.71 / bulan)
Kesimpulannya, jika pendapatan layak zakat (RM13,780.00) kurang daripada nisab yang ditetapkan (RM13,968.00), maka Ali tidak layak mengeluarkan zakat.
CARA BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE GUNA MAYBANK2U
2.Pilih PAY dan tekan NEW PAYEE
3.Pilih Lembaga Zakat Selangor (ikut negeri masing-masing)
4.Isikan nombor telefon dan pilih jenis zakat yang ingin dibayar.