CARA NAK GUNA BANK ISLAM ONLINE : (SEMAK BAKI/TRANSFER DUIT/BAYAR BIL)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA NAK GUNA BANK ISLAM ONLINE : (SEMAK BAKI/TRANSFER DUIT/BAYAR BIL)

Bank Islam Malaysia Berhad, anak syarikat kepada BIMB Holdings Berhad ditubuhkan pada 1983 sebagai Bank Islam pertama di Malaysia. Sehingga kini, Bank Islam mempunyai 144 cawangan dan lebih daripada 900 terminal layan diri di seluruh negara.

Kini Bank Islam sudah menyediakan urusan perbankan Internet atas talian. Bagaimana cara daftar Bank Islam online untuk memudahkan urusan perbankan Internet atas talian? Usah bimbang, kami akan kongsikan panduan online banking ini seperti di bawah.

BACA JUGA : CARA DAFTAR DAN MENGGUNAKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING TERKINI 2021 (www.bankislam.biz)

CARA DAFTAR BANK ISLAM ONLINE

Untuk mendaftar secara online:

  1. Layari laman web Bank Islam IB https://www.bankislam.biz/.
  2. Kemudian, pada laman tersebut, klik butang FIRST TIME USER.
  3. Pada laman seterusnya, tertera terma dan syarat pada ruangan Terms & Conditions. Baca terma dan syarat tersebut. Kemudian, tick pada kenyataan di bawah tanda anda bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.
  4. Klik butang Continue.
  5. Pada paparan seterusnya, tekan butang Continue.
  6. Pada laman seterusnya, pada ruangan ATM Card / Debit Card No:, masukkan nombor kad 16 digit yang terdapat pada kad ATM/debit anda.
  7. Pada ruangan ATM PIN, masukkan nombor PIN kad ATM/debit anda.
  8. Klik butang Continue untuk meneruskan urusan daftar Bank Islam anda.
  9. Pada laman seterusnya, terdapat ruangan untuk mengisi maklumat.
  10. Pada ruangan Customer Name, masukkan nama penuh anda.
  11. Pada ruangan IC/ID, masukkan nombor kad pengenalan anda. (tiada tanda sempang “-“ ataupun jarak)
  12. Pada ruangan User ID, masukkan sebarang username yang anda ingin guna untuk akaun anda (mestilah alphanumeric – ada gabungan nombor, simbol dan abjad)
  13. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan (juga mestilah alphanumeric, minimum lapan aksara)
  14. Sekadar ingatan, dalam urusan Bank Islam secara online ini, sila pilih dan gunakan password yang kuat dan sukar untuk dicerobohi.
  15. Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan.
  16. Pada ruangan E-Mail, masukkan alamat emel anda.
  17. Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif. Masukkan 60 pada petak yang pertama dan baki nombor lain pada petak yang seterusnya.
  18. Pada ruangan Private Word, masukkan kata rahsia yang anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan untuk memastikan anda boleh detect akaun anda.
  19. Pada ruangan Select One Private Image, pilih mana-mana gambar yang anda ingin guna sebagai langkah keselamatan untuk detect akaun anda.
  20. Pada ruangan Secret Question serta Secret Answer, pilih 3 soalan secara rawak dan anda tetapkan jawapan untuk setiap soalan tersebut. Hanya anda sahaja yang boleh mengetahui jawapan untuk setiap soalan tersebut.
  21. Kemudian, klik butang Submit.
  22. Pada laman seterusnya, segala yang anda isi akan dipaparkan semula. Sahkan semula semua maklumat yang anda isi, kemudian tekan butang Confirm.
  23. Sila periksa telefon bimbit/pintar anda. Anda akan menerima SMS daripada pihak bank Islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit/pintar untuk IAC berjaya.
  24. Pendaftaran anda berjaya dan anda boleh login ke akaun baru Bank Islam IB anda.

CARA NAK GUNA BANK ISLAM ONLINE : (SEMAK BAKI/TRANSFER DUIT/BAYAR BIL)

CARA SEMAK BAKI BANK ISLAM ONLINE

Bagi melakukan semakan baki akaun anda secara online, sila ikuti langkah-langkah mudah yang berikut:

  1. Login Bank Islam Online di Portal Rasmi.
  2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan anda.
  3. Kemudian pilih menu akaun.
  4. Pilih submenu baki tabungan.
  5. Paparan baki akan ditunjukkan.

CARA TRANSFER DARI BANK ISLAM KE BANK LAIN 

  1. Buka Bank Islam IB bankislam.biz
  2. Masukkan User ID dan Password Anda.
  3. Pilih menu Funds Transfer > Interbank
  4. Pilih menu Normal Transfer (IBG)
  5. Pilih menu From Account Saving Account-i
  6. Pilih Transfer Fund Transfer to Savings/Current
  7. Masukkan jumlah duit yang mahu dikirim, maklumat kos (charge amount) akan terpapar di skrin
  8. Effective Date Today
  9. Recipient Type Open Recipient
  10. Recipient Bank pilih pada dropdown list
  11. Recipient Account masukkan no akaun penerima (klik Confirm)
  12. Recipient Name
  13. Recipient Reference masukkan rujukan
  14. Other Payment Details
  15. Recipient E-mail masukkan email penerima (optional)
  16. Sila baca Terms dan Conditions klik tandakan Checkbox
  17. Klik Transfer
  18. Check detail transfer kalau betul klik Request i-Access Code, masukkan kod OTP.
  19. Klik Confirm, sila print resit transaksi sebagai rujukan.

CARA BAYAR BIL (AIR/ELETRIK) GUNA BANK ISLAM ONLINE

  1. Log masuk Bankislam.biz.
  2. Pilih Pay & Transfer.
  3. Klik Pay.
  4. Pay From: Pilih akaun bank Anda.
  5. Pay To: Pilih JomPAY.
  6. Biller Code:Biller code ini boleh diperoleh daripada resit bil air Anda. Klik Enter.
  7. Ref-1:Masukkan nombor akaun air Anda.
  8. Pay Amount:Masukkan jumlah duit yang mesti di bayar.
  9. Tick pada I hereby agree to the Terms and Conditions. Klik PAY.
  10. Klik Requestuntuk dapatkan nombor TAC. Sila cek TAC melalui SMS di telefon bimbit Anda.
  11. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Bank Islam di pautan https://www.bankislam.biz

Hubungi Bank Islam di :

  • +60326900900

Rujuk media sosial Bank Islam di :

Leave a Comment