PUBLICINFOBANJIR WATER GOV MY : SEMAK INFO BANJIR DAN JALAN DITUTUP
SEMAKAN INFO BANJIR TERKINI & KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Normanya di Malaysia pada permulaan hujung tahun adalah musim tengkujuh bagi negeri-negeri di bahagian Pantai Timur iaitu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dalam masa inilah mungkin akan berlakunya banjir di kawasan-kawasan rendah akibat daripada peningkatan paras air sungai.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda boleh semak paras air sungai dikawasan anda secara online sahaja. Dengan membuat semakan secara online anda dapat mengetahui sama ada ianya pada tahap normal, berjaga-jaga atau bahaya.
Bagaimana cara untuk membuat semakan paras air sungai secara online? Baca artikel ini untuk mengetahui cara semak paras air sungai secara online.
BACA JUGA : BANTUAN BANJIR RM1000 untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan sangat lebat peringkat bahaya dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.
“Hujan sangat lebat berterusan dijangka sehingga hari ini di kawasan-kawasan terbabit.
“Hujan lebat berterusan iaitu peringkat jingga juga dijangka berlaku di Perak (Hilir Perak dan Muallim), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran dan Kuantan), Selangor (Sepang), Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu),” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, beberapa negeri lain dikeluarkan amaran peringkat waspada atau kuning iaitu di Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut,Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang).
“Selain itu, kawasan lain yang merekodkan cuaca peringkat waspada ialah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu, Pahang (Raub, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin).
“Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Melaka (Alor Gajah). Semua kawasan ini dijangka berterusan sehingga esok,” katanya.
Beliau berkata, hujan lebat berterusan ini berlaku disebabkan oleh luruan monsun (cold surge) dan juga lekukan tropika (tropical depression).
“Namun amaran hujan lebat ini akan dikemas kini bergantung kepada keadaan. Ketika ini Monsun Timur Laut.
“Ia dijangka tamat hari ini dan keadaan cuaca dijangka beransur-ansur baik,”katanya.
PUBLICINFOBANJIR WATER GOV MY : SEMAK INFO BANJIR DAN JALAN DITUTUP
Untuk pengetahun anda Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menediakan ciri ini supaya pengguna boleh menyemak paras air sungai melalui infobanjir yang dikongsikan kepada umum dari semasa ke semasa untuk sungai di seluruh Malaysia. Berikut adalah merupakan cara semakan online:
- Layari laman Public InfoBanjir: https://publicinfobanjir.water.gov.my/
- Pada paran untama klik pada Aras Air.
- Seterusnya anda boleh pilih negeri tempat anda tinggal dan klik River Level
- Kemudian akan dipaparkan Nama Stesen disetiap daerah beserta nama sungai.
- Terdapat nilai dan warna pada kolum River Level yang bermaksud paras air iaitu menunjukkan:
- Warna Hijau – Paras air normal
- Warna Jingga – Paras air berjaga-jaga
- Warna Merah – Paras air bahaya
- Sekiranya ianya telah menunjukkan paras air berjaga-jaga (warna jingga), anda boleh membuat persiapan sebelum apa-apa berlaku seperti banjir, air naik dan sebagainya.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai paras air sungai, anda boleh layari website rasmi Public InfoBanjir di pautan https://publicinfobanjir.water.gov.my/?lang=en