BANTUAN BANJIR RM1000 untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TERKINI : Kerajaan akan memperuntukkan Bantuan Banjir RM1000 kepada mangsa-mangsa banjir di Malaysia.

Peruntukan bantuan sebanyak RM100 juta tersebut telah diumumkan dalam sidang media Perdana Menteri Ismail Sabri pada 19 Disember lalu.

Dalam sidang media berkenaan, Perdana Menteri DS Ismail Sabri turut mengumumkan cuti kecemasan esok kepada kakitangan awam yang terkesan dengan insiden banjir susulan hujan lebat sejak kelmarin.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berharap tindakan sama dibuat pihak swasta kepada pekerja yang terlibat dalam bencana tersebut.

Dalam pada itu, difahamkan GLIC dan GLC juga akan bekerja sama dengan kerajaan dengan menyediakan geran padanan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam membuat bayaran balik, terutamanya di negeri terjejas teruk seperti Selangor, Perak, Kelantan dan Pahang.

BACA JUGA : CHECK PARAS AIR SUNGAI ONLINE : INFO BANJIR 2021

BANTUAN BANJIR

  • Setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima bantuan sumbangan RM1000.

CUTI KECEMASAN

  • Kerajaan bersetuju beri cuti kecemasan akibat bencana kepada penjawat awam terkesan banjir
  • Majikan swasta dicadangkan agar syarikat dapat memberi cuti berbayar atau paid leave kepada pekerja yang terjejas tanpa menolak peruntukan cuti tahunan & gaji mereka.

INFO TAMBAHAN

  • Jumlah mangsa banjir berlindung di 103 PPS di 8 daerah seluruh Selangor meningkat 15,000 hari ini
  • Kerajaan setuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain
  • Perlu ada pasukan Kementerian Kesihatan di setiap Pusat Pemindahan Sementera

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment