CARA PASANG RFID TOUCH N GO

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA PASANG RFID TOUCH N GO

APA ITU RFID TOUCH N GO ?

TNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang. Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.

Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi. Dengan RFID juga, anda tidak perlu lagi membeli dan menukar bateri SmartTAG anda.

BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI KREDIT TOUCH N GO DI DALAM IC : SEMAK BAKI TNG KAD PENGENALAN ONLINE

CARA PASANG RFID TOUCH N GO

CARA PASANG RFID TOUCH N GO 

Pelanggan yang sudah aktifkan dan juga daftar boleh membuat pemasangan RFID di kereta berdasarkan panduan berikut :

  1. Bersihkan lampu dan cermin kiri kereta anda.
  2. Biarkan ia kering selama 2-3 minit.
  3. Buka pelekat Tag anda.
  4. Tampal Pelekat Tag anda (Jarak 5cm daripada permukaan besi)
  5. Tag anda akan diaktifkan dalam masa 2 jam.
  6. Selepas itu, anda sudah boleh menggunakannya.

VIDEO PANDUAN PEMASANGAN RFID TOUCH N GO

Anda boleh ikuti cara pasang berdasarkan video berikut :

KELEBIHAN RFID TOUCH N GO

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/main.

Leave a Comment