CARA GUNA RFID TOUCH N GO

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA GUNA RFID TOUCH N GO

APA ITU RFID TOUCH N GO ?

TNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang. Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.

Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi. Dengan RFID juga, anda tidak perlu lagi membeli dan menukar bateri SmartTAG anda.

BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI KREDIT TOUCH N GO DI DALAM IC : SEMAK BAKI TNG KAD PENGENALAN ONLINE

CARA GUNA RFID TOUCH N GO
Untuk anda yang ingin tahu bagaimana cara penggunaannya boleh lihat di bawah ini.

  1. Pastikan balance di dalam RFID anda cukup.
  2. Semasa berada di Exit Tol pilih laluan Signboard bertanda (RFID) berwarna Putih.
  3. Perlahan kenderaan anda apabila berdekatan dengan Exit Tol.
  4. Dan sistem akan membaca dan palang Tol akan dinaikkan secara automatik.
  5. Dan jalan terus menuju ke destinasi impian anda.
  6. Selesai. Cepat dan Mudah.

CARA TAMBAH NILAI RFID TOUCH N GO 

Terdapat dua pilihan untuk menambah nilai eWallet anda :-

  1. Gunakan kad kredit atau debit, FPX online banking atau menggunakan TnG Reload Pin di kedai terpilih.
  2. Tambah nilai TnG eWallet anda secara automatik apabila baki kad mencapai jumlah tertentu. Ia bermula apabila baki yang tinggal adalah dalam jumlah minimum RM20 sehingga RM100. Buat masa ini penggunaan auto-reload hanya terpakai untuk individu yang menggunakan kad kredit.

KELEBIHAN RFID TOUCH N GO

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/main.

Leave a Comment