CARA DAFTAR RFID TOUCH N GO
APA ITU RFID TOUCH N GO ?
TNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang. Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.
Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi. Dengan RFID juga, anda tidak perlu lagi membeli dan menukar bateri SmartTAG anda.
BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI KREDIT TOUCH N GO DI DALAM IC : SEMAK BAKI TNG KAD PENGENALAN ONLINE
CARA DAFTAR RFID TOUCH N GO
Berikut adalah antara langkah-langkah dan cara daftar RFID secara online:
- Pertama sekali anda perlu memuat turun aplikasi Touch’n Go eWallet di Google Play Store, Huawei App Gallery atau Apple App Store dan membuat pendaftaran akaun TnG eWallet.
- Masuk ke dalam portal pendaftaran TNG RFID dengan menggunakan TnG eWallet dan pin 6-digit untuk log-in.
- Berapa dokumen melibatkan kenderaan diperlukan seperti salinan sijil pemilikan kenderaan atau cover note insurans kenderaan yang masih sah. Tetapi dokumen tidak diperlukan jika maklumat mengenai kenderaan anda boleh didapati di Sureplify.
- Pastikan anda membawa kad pengenalan, lesen memandu atau pasport sekiranya bukan warganegara Malaysia ketika pemasangan.
- Sebagai alternatif, anda boleh menyediakan salinan dokumen berikut ketika ingin melakukan pemasangan tag RFID, seperti:
- Salinan geran atau insurans kenderaan
- Salinan kad pengenalan atau pasport
- Surat kebenaran oleh pemilik kenderaan jika pemilik TnG eWallet dan pemilik kenderaan adalah individu yang berbeza
- Langkah terakhir adalah memastikan anda membawa kenderaan yang didaftarkan serta dokumen yang diperlukan ke Pusat Pemasangan TnG RFID terpilih.
Buat masa ini pendaftaran RFID hanyalah untuk kenderaan persendirian sahaja, iaitu seperti kereta, van, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak pikap (kenderaan kelas 1).
KELEBIHAN RFID TOUCH N GO
Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/main.