RFID : CARA DAFTAR ATAU GUNA DAN PASANG DI KERETA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

RFID : CARA DAFTAR ATAU GUNA DAN PASANG DI KERETA

Untuk makluman anda, bermula 15 Januari 2022, transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, di mana 2 kaedah pembayaran iaitu Touch n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat.

Dengan pelaksanaan ini, seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan loronga khas bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.

Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam sebuah kenyataan media bertarikh 16 Disember 2021. Menurut kenyataan tersebut, transaksi Radio Frequency Identification adalah langkah mengurangkan kesesakan di plaza tol dan selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR.

Dengan penggunaannya, pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j. Ia juga boleh ditambah nilai melalui Touch n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Buat masa ini, kutipan tol menggunakan kad Touch n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan, namun kedua-dua kaedah ini akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong di lebuhraya.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara daftar, guna dan pasang di kereta.

Baca juga : i-AKAUN KWSP APPS : CARA DOWNLOAD/LOGIN/CHECK BAKI/SEMAKAN PENGELUARAN DAN PENYATA DI TELEFON

CARA DAFTAR RFID

PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR RFID.

  1. Buka App/Aplikasi TNG eWallet anda.

    Pastikan anda download app/aplikasi TNG eWallaet terlebih dahulu di laman web rasmi Touch n Go : https://www.touchngo.com.my/.

  2. Tekan Menu (More).

  3. Tekan (RFID).

  4. Jika anda masih belum mempunyai RFID boleh tekan (Order RFID Tag).

  5. Anda akan dibawa ke Order.

  6. Tekan (+).

  7. Harga bagi 1 Unit ialah RM25.00. Dan kos Penghantaran RM4.00.

  8. Tekan (Buy Now).

  9. Masukkan Maklumat dan Alamat yang anda ingin dihantar.

  10. Buat Pembayaran.

  11. Jika anda sudah mempunyai RFID. Anda boleh tekan (Activate RFID Tag).

  12. Isi Maklumat dan Butiran anda yang diminta.

  13. Daftar Nombor Kenderaan anda.

  14. Masukkan Nombor Tag 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian.

  15. Buat Pengesahan dan Verifikasi.

  16. Selesai. Untuk pasang dan guna boleh rujuk di panduan di bawah.

CARA PASANG RFID

Pelanggan yang sudah aktifkan dan juga daftar boleh membuat pemasangan RFID di kereta berdasarkan panduan berikut :

  1. Bersihkan lampu dan cermin kiri kereta anda.
  2. Biarkan ia kering selama 2-3 minit.
  3. Buka pelekat Tag anda.
  4. Tampal Pelekat Tag anda (Jarak 5cm daripada permukaan besi)
  5. Tag anda akan diaktifkan dalam masa 2 jam.
  6. Selepas itu, anda sudah boleh menggunakannya. (Cara Guna boleh rujuk di bawah).

VIDEO

Anda boleh ikuti Cara Pasang berdasarkan video berikut :

CARA GUNA RFID

Untuk anda yang ingin tahu bagaimana cara penggunaannya boleh lihat di bawah ini.

  1. Pastikan balance di dalam RFID anda cukup.
  2. Semasa berada di Exit Tol pilih laluan Signboard bertanda (RFID) berwarna Putih.
  3. Perlahan kenderaan anda apabila berdekatan dengan Exit Tol.
  4. Dan sistem akan membaca dan palang Tol akan dinaikkan secara automatik.
  5. Dan jalan terus menuju ke destinasi impian anda.
  6. Selesai. Cepat dan Mudah.

Leave a Comment