i-AKAUN KWSP APPS : CARA DOWNLOAD/LOGIN/CHECK BAKI/SEMAKAN PENGELUARAN DAN PENYATA DI TELEFON
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan i-Akaun bagi membenarkan ahli serta majikan membuat urusan secara dalam talian atau online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP.
BACA JUGA : CARA MOHON i-LINDUNG KWSP UNTUK BELI INSURANS HAYAT 2022
i-AKAUN KWSP APPS : CARA DOWNLOAD/LOGIN/CHECK BAKI/SEMAKAN PENGELUARAN DAN PENYATA DI TELEFON
APA ITU i-AKAUN?
i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer
MUAT TURUN APLIKASI i-AKAUN KWSP
Sekarang anda boleh memuat turun (download) aplikasi i-akaun dalam hanphone anda bagi memudahkan urusan. Berikut adalah pautan muat turun aplikasi :-
- Google Play Store – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.epf.main&hl=en&gl=US
- Apple App Store – https://apps.apple.com/my/app/i-akaun/id915682756
- Huawei App Gallery – https://appgallery.huawei.com/app/C101623123
CARA DAFTAR I-AKAUN KWSP
Anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kaunter KWSP. Anda dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diterima selepas pendaftaran. Pengaktifan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari. Berikut adalah cara daftar i-Akaun.
- Selepas pendaftaran, ahli akan menerima kata laluan melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun.
- Layari pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pada menu utama pilih Ahli > Pendaftaran > Daftar & Aktif I-Akaun > Aktifkan I-Akaun
- Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan
- Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk
- Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan . Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya
- Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna. ID Pengguna boleh dipinda sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
- Sila cipta kata laluan yang baharu dan masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan
- Pilih Imej Online yang anda ingin
- Sila isi Frasa Rahsia anda kemudian klik Seterusnya
- Akan terpapar skrin pengaktifan berjaya. Ahli boleh terus login ke i-Akaun anda
CARA SEMAK BAKI GUNA APLIKASI i-AKAUN KWSP
- Buka aplikasi i-Akaun ini untuk semak KWSP secara online
- Anda akan tiba di paparan untuk Login. Bagi anda yang telah mendapat kod pengaktifan (USER ID & password), anda boleh mula mendaftar akaun anda.
- Pada paparan login, lihat ke bawah skrin telefon pintar anda, dan tekan Daftar i-Akaun.
- Akan tertera apa yang perlu dilakukan untuk mengaktifkan akaun i-Akaun.
- Scroll ke bawah dan tekan butang AKTIFKAN I-AKAUN ANDA.
- Pilih view untuk anda buka ke laman yang seterusnya.
- Pengaktifan akaun anda untuk kali pertama tidak disediakan dalam aplikasi i-Akaun.
- Pengaktifan akaun untuk kali pertama hanya boleh dibuat di portal rasmi sahaja.
- Pada laman seterusnya, untuk paparan i-Akaun (Member), terdapat ruang untuk diisi. Pada ruangan USER ID, masukkan USER ID yang anda telah dapat semasa membuat permohonan di kaunter atau di kiosk KWSP.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Seterusnya, masukkan password yang anda peroleh juga secara SMS dengan USER ID, pada ruangan PASSWORD.
- Tekan butang Login.
- Pada laman seterusnya, baca terma & syarat yang tertera.
- Kemudian, tick pada kenyataan di bawah tanda anda bersetuju dengan terma & syarat.
- Tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisi di bawah seksyen First Time Login.
- Pada ruangan User ID, masukkan USER ID baru
- Pada ruangan New Password, masukkan password baru
- Pada ruangan Confirm New Password, masukkan semula password
- Pada Online Image, pilih satu gambar
- Pada ruangan Key in your Secret Phrase, masukkan satu perkataan
- Kemudian, tekan butang Next.
- Pendaftaran kali pertama anda berjaya. Login ke akaun anda dengan memasukkan USER ID dan PASSWORD yang baru.
- Setelah anda berjaya login, paparan penyata KWSP anda akan tertera, di mana baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 tertera di skrin.
- Semakan anda berjaya.