UOB MALAYSIA ONLINE : CARA PENDAFTARAN/INTERNET BANKING
Pada masa ini, internet banking telah ditawarkan oleh banyak bank di Malaysia, termasuk Bank UOB Malaysia.
United Overseas Bank Limited, sering dikenali sebagai UOB, ialah sebuah syarikat perbankan multinasional Singapura yang beribu pejabat di Singapura dengan cawangan kebanyakannya ditemui di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia.
Seperti bank-bank lain yang beroperasi di Malaysia, UOB turut menawarkan perkhidmatan online banking atau perbankan internet untuk setiap pelanggannya di Malaysia.
Dengan perkhidmatan seperti ini, pelanggan dapat menguruskan akaun mereka dan melakukan pelbagai transaksi kewangan secara dalam talian terus daripada telfon mudah alih anda.
Baca juga artikel lain : CARA TUKAR KAD CIMB SECARA ONLINE (DEBIT EXPIRED ATAU TAMAT TEMPOH)
KELEBIHAN INTERNET BANKING UOB
Beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh pihak bank UOB dibawah ini mesti Anda ketahui:
- UOB menawarkan kemudahan pengarkiban setiap penyata bank secara elektronik dalam tempoh 5 tahun sejak menjadi pelanggan UOB Bank.
- Boleh menjimatkan kos transaksi sehingga 50% apabila membeli barangan atau menghantar wang melalui online. Untuk mendapatkan kelebihan ini, hanya mendaftar sebagai pelanggan kad kredit atau pelanggan simpanan bank UOB.
- Perbankan internet bank UOB juga menawarkan kemudahan dalam setiap transaksi di mana Anda boleh membuat transaksi pembayaran di lebih daripada 300 peniaga yang telah bekerjasama.
- Transfer dan menerima duit instant.
- Boleh diakses selama 24×7.
- Limit transfer tinggi.
- Nikmati yuran percuma*.
- Anda boleh menetapkan transfer duit di masa depan dan berulang.
- Selamat dan boleh dipercayai.
SYARAT DAFTAR UOB INTERNET BANKING
Untuk mendaftar internet banking Anda hanya perlu memiliki 3 syarat saja, iaitu:
- Nombor telefon berdaftar dengan bank untuk menerima SMS-OTP
- Nombor Credit/Debit Card dengan PIN
- 18 Tahun keatas
CARA PENDAFTARAN UOB INTERNET BANKING
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara daftar UOB Online Banking
- Sila buka laman rasmi web UOB Internet Banking. (https://pib.uob.com.my/PIBLogin/Public/processPreCapture.do?keyId=lpc&lang=en_MY)
- Klik butang REGISTER NOW
- Sila masukkan maklumat yang dipaparkan pada skrin seperti:
- Identification Number Type
- Negara
- Tarikh lahir
- Introducer details (Optional)
- Introducer Branch (Optional)
- Check/centang agreement
- Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon Anda, klik Next.
- Masukkan NOMBOR CARD/DEBIT dan
- Maukkan PIN Anda, klik Next.
- Sila buat USERNAME dan PASSWORD yang Anda inginkan, klik
- Selesai
CARA LOGIN UOB ONLINE BANKING
UOB MALAYSIA LOGIN
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login UOB Online Banking
- Sila buka laman rasmi web UOB Internet Banking. (https://pib.uob.com.my/PIBLogin/Public/processPreCapture.do?keyId=lpc&lang=en_MY)
- Masukkan USERNAME anda pada ruangan kemudian tekan Enter.
- Masukkan PASSWORD anda tekan Enter
- Pada laman Maintain Secret Word. Klik Proceed.
- Masukkan perkataan keselamatan anda pada ruangan NEW SECRET WORD. Pastikan masuk kata keselamatan yang Anda inginkan, maksimum 5 sampai 25 alphanumeric characters, klik Save.
- Sahkan pada ruangan CONFIRM SECRET WORD. Klik save
- Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon Anda, klik Confirm.
- Jika semuanya berjalan lancar, proses aktifkan UOB Online Banking anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun anda.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH UOB ONLINE BANKING
Berikut merupakan antara perkhidmatan yang ditawarakan oleh UOB melalui sistem online bankin mereka:
- Pemindahan Dana UOB: Pindahkan dana dengan selamat dan serta-merta antara akaun UOB, sama ada antara akaun anda sendiri atau ke Akaun UOB orang lain.
- Pindahan Dana IBG: Pindahkan dana antara akaun UOB anda ke akaun di bank peserta lain dalam rangkaian PayNet.
- DuitNow (Bayar ke Nombor Akaun): Pindahkan dana dengan serta-merta antara akaun UOB anda ke akaun di bank lain yang mengambil bahagian dalam rangkaian PayNet.
- Pemindahan Mudah Alih: Hantar wang serta-merta dengan hanya nombor mudah alih penerima. Tiada nombor akaun diperlukan.
- Pemindahan Luar Negara: Perlu memindahkan wang ke luar negara? Selesaikan dalam talian sahaja.
- Pembayaran bil: Selesaikan bil anda dengan pantas dan tanpa kerumitan, sama ada bil kad kredit bulanan anda, pinjaman atau bil utiliti anda.
- E-penyata: Penyata bank tanpa kertas, mudah dan tanpa kerumitan hanya dengan beberapa klik sahaja.
- JomPAY: Alami pembayaran bil dalam talian terkini yang ditawarkan oleh JomPAY untuk membayar bil anda.
RUJUKAN
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan, sila hubungi:
- Kuala Lumpur: +6 03-26128 121
- Penang: +6 04-2401 121
- Johor Bahru:+6 07-2881 121
- Kuching:+6 082-287 121
- Kota Kinabalu:+6 088-477 121
- Anda juga boleh mendapatkan nombor Pusat Perhubungan kami di bahagian belakang Kad UOB atau dalam penyata bulanan anda.