PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN 2022 KELAS PERTAMA / KEDUA / DIPLOMA : PERMOHONAN / SYARAT / LOGIN / CARA MEMOHON / SEMAKAN
Sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022 yang lalu, YAB PM telah mengumumkan insentif pengecualian bayaran balik pinjaman bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Insentif ini diberi kepada semua peminjam tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.
Ia bertujuan untuk memberi dorongan kepada para peminjam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam bidang pengajian masing-masing. Permohonan ini dibuka kepada peminjam pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2022.
Baca juga : STOP AUTO DEBIT PTPTN : CARA BATALKAN/BORANG
PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN KELAS PERTAMA
Bagi peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau setaraf ditawarkan kepada semua peminjam PTPTN sebagai menghargai peminjam.
Kini permohonan boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi PTPTN.
Bagi peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau setaraf ditawarkan kepada semua peminjam PTPTN sebagai menghargai peminjam.Kini permohonan boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi PTPTN.NOTA: Untuk mendapat kepastian pangkat ijazah anda boleh tanya kepada unit pengijazahan akademik, kerana setiap universiti berbeza-beza grednya.
SYARAT PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN
Antara syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman kelas pertama adalah seperti berikut:
Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
- Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
- Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN
CARA MEMOHON PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN
Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Mudah, cepat & selamat!
- Layari laman web rasmi PTPTN di pautan https://www.ptptn.gov.my/ dan klik pada Bayaran Balik.
- Klik pada Pengecualian Ijazah Kelas Pertama.
- Masukkan nomnbor kad pengenalan dan nombor pinjaman.
- Kemaskini maklumat pengajian, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat ibu bapa dan lain-lain maklumat.
- Akhir sekali, muatnaik dokumen sokongan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah); dan
- Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).
UNTUK PERINGATAN
Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan :
https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama
SEMAKAN PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN
SEMAKAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN
Status permohonan boleh disemak dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah di bawah:
- Semak di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama)
- Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk mendapatkan No. Pinjaman atau;
- Surat makluman akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.
RUJUKAN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263