STOP AUTO DEBIT PTPTN : CARA BATALKAN/BORANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

STOP AUTO DEBIT PTPTN : CARA BATALKAN/BORANG

Kepada yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali dengan nama PTPTN, semestinya membuat pembayaran balik pinjaman anda. Terkini untuk lebih memudahkan pembayaran anda, anda boleh membuat pembayaran secara auto debit.

Baca perkongsian di bawah untuk maklumat lebih lagi tentang Direct Debit ini :

Baca juga artikel lain: POTONGAN GAJI PTPTN : PERMOHONAN/CARA BUAT/BORANG

APA ITU PEMBAYARAN AUTO DEBIT

Terkini kebanyakkan bank mulai menerapkan sistem pembayaran yang disebut “Auto-Debit”. Auto Debit adalah pengurangan baki secara automatik kerana transaksi kewangan yang dilakukan oleh pelanggan. Jadi sistem pembayaran ini akan memudahkan pelanggan membuat transaksi tanpa perlu mengambil wang tunai terlebih dahulu. Sebagai gantinya, dia boleh menggunakan kad debit secara langsung yang akan ditolak secara langsung melalui simpanan pelanggan.

SYARAT PERMOHONAN PTPTN AUTO DEBIT

Kepada yang ingin membuat pembayaran auto debit, berikut adalah merupakan syarat-syarat yang perlu anda ketahui:

  • Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
  • Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan, amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
  • Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan Direct Debit mestilah berstatus Aktif.

CARA BAYAR PTPTN AUTO DEBIT

Untuk membuat pembayaran PTPTN secara auto debit, pemegang akaun boleh membuat bayaran melalui Internet Banking yang menggunakan platfrom FPX. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari Portal Rasmi PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/
  2. Pada menu utama klik pada menu Bayaran Balik
  3. Seterusnya klik pada Permohonan Direct Debit Pinjaman untuk membuat pembayaran secara auto setiap bulan.
  4. Masukkan no Kad pengenalan anda dan pilih samada:
  5. Penyata kira-kira pinjaman konvensional;Penyata kira-kira pembiayaan ujrah.
  6. Kemudian anda dikehendaki untuk Log Masuk akaun PTPTN anda
    -Masukkan Nombor Kad Pengenalan
    -Masukkan No Pinjaman. Sila hubungi Khidmat Pelanggan PTPTN untuk mendapatkan Nombor Pinjaman 03 – 2193 3000
  7. Klik pada Pendaftaran untuk Direct Debit
  8. Pada senarai potongan Direct Debit, pilih pada Permohonan Baru
  9. Seterusnya klik Mohon
  10. Isi maklumat yang diperlukan seperti :
    -No Telefon Bimbit
    -Emel peribadi
    -Amaun Bulanan
  11. Tandakan kotak pengesahan maklumat dan terma & syarat permohonan, Klik SIMPAN.
  12. Seterusnya Semak maklumat yang ada di paparan kemudian Klik pada Pengesahan Maklumat Akaun Bank.
  13. Pada bahagian PTPTN Online Payment Gateway, isikan:
    -Klik pada pilihan senarai bank untuk tujuan pembayaran.
    -Isikan maklumat emel peribadi.
    -Klik pada kotak pengesahan .
    -Klik pada Bayar dengan FPX.
  14. Paparan Resit setelah pembayaran FPX Berjaya dilakukan. Tekan Cetak untuk membuat Cetakan permohonan yang telah Berjaya.

NOTA: Penyata akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja selepas potongan Direct Debit berjaya dilakukan.

STOP AUTO DEBIT PTPTN

Untuk pengetahuan anda pembatalan secara automatik akan dibuat sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan di atas sebab-sebab lain adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.

BORANG PEMBATALAN AUTO DEBIT PTPTN

Muat turun : Borang-Permohonan-Pindaan-Pembatalan-Direct-Debit-Simpan-PINJAMAN

RUJUKAN

📍Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

☎️ 03 – 2193 3000
📠 03 – 2193 1263

Moga dengan pembayaran balik pinjaman mengikut jadual akan membolehkan pelajar lain untuk menikmati pinjaman pengajian yang sama tanpa sebarang masalah.

4 thoughts on “STOP AUTO DEBIT PTPTN : CARA BATALKAN/BORANG”

  1. Hi I would like to terminate my direct debit, how can I do that will you be able to send me the ptptn email and the forms for me to fill in. Thanks a lot.

    Reply
  2. Hi I would like to terminate my direct debit, how can I do that will you be able to send me the ptptn email and the forms for me to fill in. Thanks a lot.

    Reply

Leave a Comment