POTONGAN GAJI PTPTN : PERMOHONAN/CARA BUAT/BORANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

POTONGAN GAJI PTPTN : PERMOHONAN/CARA BUAT/BORANG

Kebanyakkan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan lain-lain peringkat pengajian semestinya akan membuat pinjaman PTPTN.

Bagaimana ingin membuat pembayaran balik selepas habis penggajian? Semestinya tidak mempunyai masa untuk pergi ke pejabat PTPTN. Di sini kami kongsikan cara permohonan pemotongan gaji PTPTN untuk membayar pinjaman guna pemotongan Gaji. Semoga membantu.

Baca juga artikel lain : CARA LOG MASUK BKM : SEMAKAN BAYARAN FASA 4 2022 BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

PERMOHONAN POTONGAN GAJI PTPTN

  • Pembayaran balik pinjaman bagi penjawat awam yang menerima pinjaman PTPTN telah diwajibkan untuk membuat pembayaran semula melalui pemotongan gaji mulai September 2015.
  • Pihak PTPTN akan mengurusan untuk bayaran balik pinjaman melalui pemotongan gaji dan tidak lagi melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Jadual Bayaran Balik (JBB) telah ditetapkan dan pemotongan gaji akan mengikut jadual tersebut.
  • Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain
  • Baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan pemotongan gaji ialah 6 bulan dan jumlah pinjaman minimum untuk permohonanpemotongan gaji adalah RM500.00

CARA BUAT POTONGAN GAJI PTPTN

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui pemotongan gaji:

  1. Tindakan Peminjam
  • Peminjam dikehendaki melengkapkan Borang Kebenaran Pemotongan Gaji Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN
  • Borang boleh didapati di portal Rasmi PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/.
  • Serahkan borang di mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran.Tindakan MajikanKemukakan data Borang Potongan Gaji PTPTN oleh Majikan yang lengkap mengandungi
  1. Maklumat Majikan
  • Maklumat pembayaran
  • Maklumat pekerja (No Kad pengenalan, Nama, Jumlah Pemotongan,gaji/pekerja)
  • Borang tersebut perlu dikemukakan kepada PTPTN dalan bentuk softcopy (Ms Excel) atau serahan tangan ke pejabat PTPTn berdekatan.
  1. Tindakan Selanjutnya
  • Pihak PTPTN akan kemaskini rekod potongan gaji ke dalam sistem.
  • Pihak PTPTN akan kemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap akhir bulan (sekiranya ada)
  1. Majikan akan melakukan porongan Gaji.
  • Majikan akan kemukakan data dan bayaran potongan Gaji kepada PTPTN sebelum 15 haribulan pada bulan berikutnya.
  • PTPTN akan kemaskini maklumat pembayaran dan penyata peminjam.
  • Peminjam boleh membuat semakan rekod bayaran balik yang telah dikemaskini di Penyata Pinjaman

BORANG KEBENARAN POTONGAN GAJI PTPTN

Pemohon boleh muat turun/download borang kebenaran di bawah ini :

Download Borang Kebenaran Potongan Gaji PTPTN di sini : BORANG

Perlukah saya menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?

Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN. Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.

TARIKH BAYARAN BALIK PTPTN

Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

CARA BAYARAN BALIK PTPTN

Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:

  • Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
  • Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
  • Melalui MypayPTPTN

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan atau soalan, anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini :

Talian khidmat pelanggan : 03-2193 3000
Laman Rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/

Leave a Comment