GO BANK ISLAM : (CARA DAFTAR / GUNA / TRANSFER DUIT)
Sebelum ini, Bank Islam telah memperkenalkan perbankan internet iaitu bankislam.biz. Melalui perbankan internet pelanggan dapat membuat transaksi secara online. Terkini, aplikasi Go by Bank Islam telah diperkenalkan.
Apakah perbezaannya? Aplikasi yang baru ini membolehkan anda mengakses akaun perbankan anda dan melakukan transaksi ‘Favourite’ yang telah anda daftarkan melalui Perbankan Internet anda.
Aplikasi yang sebelumnya hanya untuk anda membuat pengesahan transaksi RM10,000 ke atas sahaja. Memandangkan aplikasi ini baharu sahaja dilancarkan, artikel ini akan berkongsi cara mudah untuk mendaftar. Silakan membaca.
Baca juga: CARA TUKAR KAD CIMB SECARA ONLINE (DEBIT EXPIRED ATAU TAMAT TEMPOH)
GO BANK ISLAM APP
Ia adalah aplikasi perbankan mudah alih yang ditawarkan untuk yang membolehkan anda mengakses akaun anda dan melaksanakan perkhidmatan tertentu dengan cepat dan selamat melalui peranti mudah alih anda 24 jam sehari.
CARA DAFTAR GO BANK ISLAM
Berikut adalah cara untuk mendaftar :
- Pelanggan perlu download Go Bank Islam online melalui App Store (untuk peranti iOS) atau Play Store (untuk peranti Android).
- Selepas memuat turun aplikasi, anda perlu membuat pendaftaran menggunakan ID Pengguna Perbankan Internet dan kata laluan anda serta nombor Kad Pengenalan / Dokumen Pengenalan untuk memaut telefon anda dengan ID Pengguna Perbankan Internet.
- Untuk pengguna Perbankan Internet sedia ada:-
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan
- Masukkan nombor Kad Pengenalan / Dokumen Pengenalan
- Masukkan kod IAC yang diterima melalui nombor telefon berdaftar anda
- Jika tiada ID Pengguna, anda perlu membuat pendaftaran Perbankan Internet terlebih dahulu melalui https://www.bankislam.biz.
CARA TRANSFER DUIT GUNA GO BANK ISLAM
CARA GUNA GO BANK ISLAM
Jika anda sudah memuat turun/install aplikasi dan ingin membuat transfer wang secara terus, berikut adalah langkah mudah:
- Buka aplikasi dan Login ke akaun Go Bank Islam yang telah anda daftarkan. Masukkan kata laluan anda.
- Pilih pada menu Tranfers. Tekan butang Other Account pada logo DuitNow.
- Pada paparan berikutnya, pilih New Transfer. Pilih Account Number dan buat pilihan bank.
- Masukkan jumlah wang, nombor akaun dan rujukan penerima. Setelah itu, klik kotak I agree to the Terms & Condition.
- Tekan butang Continue dan sahkan butiran penerima. Jika sudah betul, klik Transfer Now. Sahkan transaksi tersebut dengan menekan buang Approve.
- Klik butang Share untuk menghantar resit transaksi.
- Transaksi pemindahan wang anda selesai!
SENARAI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Penyata akaun untuk :
- Akaun simpanan / semasa
- Akaun Deposit Bertempoh & Akaun Pelaburan
- Kad Kredit-i
- Akaun Pembiayaan
- Akaun Tabung Haji
- Pindahan dana kepada senarai ‘Favourite’ anda
- Bayaran bil dalam senarai ‘favourite’ anda
- Bayaran kepada Kad Kredit-I dan akaun pembiayaan Bank Islam
- Kongsi resit transaksi kepada orang lain
- Pengesahan transaksi melebihi RM10,000 yang dibuat melalui Perbankan internet anda (pengesahan transaksi.
Apa yang akan berlaku jika saya memasukkan kata laluan yang salah sebanyak 3 kali berturut-turut?
ID Pengguna anda akan disekat.Untuk menyahsekat, sila hubungi Pusat Panggilan di talian 03 – 26 900 900.
Bolehkah saya menukar had transaksi?
Ya. Anda boleh menukar had transaksi perbankan mudah alih anda melalui Quick Menu > Settings > Transaction Limit.
Macam mana nak RESET PASSWORD online banking?
RESET PASSWORD GO BANK ISLAM
Sekiranya anda terlupa password anda, ikutilah langkah ini:
- Layari BankIslam.Biz : https://www.bankislam.biz
- Klik FORGET PASSWORD.
- Masukkan USER ID anda, tekan Next
- Silakan masukkan NOMBOR kad ATM/debit/credit
- Masukan PIN ATM card Debit/Credit Anda
- Masukkan KATA LALUAN BARU (New Password), dan sahkan password anda sekali lagi
- Masukkan NO TAC yang telah dihantar ke no telefon anda, Tekan Confirm
- Selesai
RUJUKAN
Bagi mengetahui secara detail mengenai maklumat di atas, anda boleh hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03 – 26 900 900 atau emelkan ke contactcenter@bankislam.com.my.