CARA TUKAR KAD CIMB SECARA ONLINE (DEBIT EXPIRED ATAU TAMAT TEMPOH)
Terkini, pihak CIMB Bank Malaysia telah mengumumkan bahawasanya sesiapa yang ingin tukar kad debit yang telah tamat tempoh atau akan tamat tempoh boleh di lakukan secara online. Pelanggan CIMB Bank tidak perlu lagi beratur di kaunter atau kiosk semata-mata untuk renew kad debit yang telah expired.
SYARAT TUKAR KAD DEBIT CIMB SECARA ONLINE
Untuk makluman anda, syarat untuk memperbaharui melalui online mestilah kad debit yang anda miliki telah tamat tempoh atau bakal expired dalam masa 3 (tiga) bulan.
Baca juga : CARA TUKAR KAD MAYBANK ONLINE JIKA ROSAK DAN EXPIRED
Bagaimanakah cara tukar kad cimb secara online jika kad debit expired atau tamat tempoh? Anda boleh rujuk di panduan yang disediakan dibawah ini.
CARA TUKAR KAD CIMB SECARA ONLINE
PANDUAN LENGKAP CARA TUKAR KAD CIMB SECARA ONLINE.
- Sila Klik Link Rasmi Tukar Kad CIMB Online di sini : https://apply.cimb.com.my/dcrform/#/
- Pelanggan akan dibawa ke Laman CIMB Debit Card Renewal Form.
- Pertama, sila isi 6 (Enam) Digit Nombor Akhir Kad Pengenalan pemohon.
Contohnya, jika No. IC anda 123456-78-9101 jadi masukkan di ruangan tersebut 789101.
- Kedua, sila isi 4 (Empat) Digit Nombor Akhir Kad Debit CIMB Lama anda.
- Seterusnya, klik [Proceed].
- Anda akan dipaparkan Notifikasi “We have sent an OTP (One-Time-Password) to your mobile number”. Sila semak di Telefon Bimbit anda Nombor OTP yang telah dihantar.
- Masukkan Nombor OTP tersebut diruangan yang disediakan dan klik [CONFIRM].
- Kemudian, anda dikehendaki memilih 2 pilihan yang disediakan.
Pilihan 1 adalah anda renew secara online dan kad debit tersebut akan dihantar ke alamat kediaman yang telah di daftar di CIMBCLICKS anda. Pilihan 2 adalah anda ke Cawangan CIMB untuk tukar kad debit berkenaan.
- Untuk tukar atau renew kad debit CIMB secara online, sila Tick [Pilihan 1].
- Kemudian, klik [PROCEED].
- Alamat Penghantaran akan dipaparkan di bahagian ini. Semak Alamat Penghantaran tersebut.
Jika alamat tersebut bukan kediaman anda sekarang sila klik butang berwarna merah [Mailing Address] dan masukkan Alamat Penghantaran yang baru untuk tujuan pengeposan.
- Jika Alamat Penghantaran yang dipaparkan adalah betul dan tepat, klik [PROCEED].
- Anda akan menerima Notifikasi “Please confirm if you wish to proceed with the application”.
- Klik [YES] jika anda setuju.
- Paparan skrin akan menunjukkan Proses Penghantaran Kad Debit CIMB baru anda dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Klik [DONE].
- Selesai.
TEMPOH PENGHANTARAN
Penghantaran atau Pengeposan mengambil masa 14 hari bekerja.
JENIS KAD DEBIT CIMB YANG TIDAK BOLEH RENEW SECARA ONLINE
- CIMB PETRONAS Debit Mastercard
- CIMB MyDebit Mastercard (sebelum ini dikenali sebagai CIMB Tesco Debit Mastercard)
- CIMB Preferred Debit Mastercard
- CIMB Octo Debit Mastercard.
SOALAN LAZIM
PERKARA | JAWAPAN |
1. Bolehkah saya memasukkan alamat lain pada eBorang, dan adakah ia akan mengemas kini alamat surat-menyurat berdaftar saya dengan CIMB? | Ya, anda boleh memasukkan alamat lain pada eBorang dan ia hanya akan digunakan untuk tujuan penghantaran Kad Debit CIMB baru anda. |
2. Adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen? | Tiada dokumen diperlukan. |
3. Adakah saya perlu mengaktifkan kad debit baru saya? | Ya, anda mesti mengaktifkannya di mana-mana Mesin ATM. |
4. Saya mempunyai lebih daripada satu Kad Debit CIMB, adakah permintaan ini akan terpakai untuk semua atau hanya Kad Debit CIMB terpilih? | Pihak CIMB akan meminta anda membuat penyerahan berasingan untuk setiap Kad Debit CIMB anda, yang telah tamat tempoh atau akan tamat tempoh dalam tempoh 3 bulan akan datang. |
5. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak menerima kad debit saya dalam tempoh 14 hari bekerja? | Sila hubungi CIMB atau kunjungi mana-mana cawangan CIMB untuk mendapatkan bantuan. |
RUJUKAN
Sebarang soalan dan pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan pihak berwajib di bawah ini :
Nombor Hotline Pelanggan CIMB : +603 6204 7788