CARA MEMBUAT RAYUAN UPU (LEPASAN STPM 2022/2023)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA MEMBUAT RAYUAN UPU (LEPASAN STPM 2022/2023)

Untuk makluman para pemohon UPU, hebahan semakan keputusan permohonan kemasukan ke UPU bagi lepasan STPM/Setaraf telahpun diumumkan. Semakan keputusan akan dibuka kepada capaian umum bermula pada 25.9.2022, jam 12.00 tengah hari.

Tahniah pihak kami ucapkan kepada calon yang telah berjaya melanjutkan pengajian anda ke Universiti Awam pilihan anda. Dan kepada calon yang tidak berjaya, anda masih lagi mempunyai peluang yang kedua iaitu melalui rayuan UPU yang telahpun dibuka.

Untuk pengetahuan calon rayuan UPU lepasan STPM, Permohonan rayuan UPUOnline boleh dibuat bermula pada :

PERKARATARIKH
Tarikh Permohonan Rayuan UPU Lepasan STPM25.9.2022, jam 12.00 tengah hari sehingga 4.10.2022 (Selasa), jam 5.00 Petang.
tarikh rayuan upu

Permohonan Rayuan ini hanya calon yang tidak mendapat sebarang tawaran pada hebahan perdana sahaja yang layak membuat permohonan rayuan.

Baca juga : AMBILAN MYPOLYCC EDU MY : SEMAKAN KEPUTUSAN POLITEKNIK DAN SURAT TAWARAN

Bagaimanakah cara membuat rayuan upu?

CARA MEMBUAT RAYUAN UPU

PANDUAN LENGKAP CARA MEMBUAT RAYUAN UPU.

  1. Sila Klik Link Rasmi Rayuan UPU di sini : https://upu.mohe.gov.my/.

  2. Anda akan dibawa ke Laman Web Rasmi UPU.

  3. Untuk permohonan Rayuan, calon dikehendaki Klik Link Rasmi di sini : https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.

  4. Anda akan dibawa ke Laman Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar.

  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan disediakan.

  6. Kemudian, masukkan Kata Laluan/Password untuk Log Masuk.

    Sekiranya anda terlupa kata laluan UPUONLINE, anda boleh rujuk panduan yang disediakan dibawah untuk dapatkan balik password.

  7. Link ini Khas bagi Calon Lepasan STPM 2022. Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan malalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA).

  8. Klik [Log Masuk].

  9. Setelah Berjaya Log Masuk, Pemohon akan ditujukkan kepada paparan Laman Utama Dashboard.

  10. Calon dikehendaki Permohonan/Rayuan.

  11. Pastikan Nombor Kad Pengenalan adalah betul dan Klik [Seterusnya].

  12. Pastikan Maklumat Peribadi yang diisi adalah lengkap dan benar. Buat semakan beberapa kali supaya maklumat yang diberikan adalah sah dan benar.

  13. Kemudian, sila isi di Bahagian [Maklumat Pilihan].

  14. Pemohon WAJIB mengisi 4 (Empat) Pilihan Program mengikut keutamaan. Senarai pilihan program terdiri daripada Universiti Awam dan Politeknik.

  15. Sekiranya pemohon memilih program pengajian bertemuduga, pastikan pemohon memilih zon temuduga yang disediakan.

  16. Terdapat Nilai Purata Merit pada setiap senarai pilihan. Nilai purata ini adalah berdasarkan tempoh 5 tahun.

  17. Seterusnya, pemohon hendaklah menyelesaikan butiran yang dikehendaki di bahagian [Maklumat Penyata & Maklumat Pengesahan].

  18. Pastikan pemohon klik butang “Saya Setuju” untuk memastikan maklumat anda dihantar dan selamat diterima oleh sistem.

  19. Pemohon digalakkan untuk mencetak Slip Permohonan untuk rujukan masa hadapan.

  20. Klik butang “Cetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar” untuk mencetak slip.

  21. Selepas mengemukan permohonan, TIADA HAD ditetapkan bagi pengemaskinian maklumat permohonan sehingga tarikh tutup permohonan. Transaksi akhir permohonan akan diambil kira sebagai permohonan sebenar.

  22. Selesai.

LUPA KATA LALUAN UPU ONLINE

Sekiranya, anda terlupa kata laluan/password UPUONLINE untuk buat rayuan upu, anda boleh rujuk di panduan di bawah ini untuk dapatkannya :

PERKARAPAUTAN
Cara Dapatkan Kata Laluan UPUONLINE/Reset Passwordhttps://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/psswd
  1. Pemohon dikehendaki klik pautan Reset Kata Laluan UPUONLINE di atas.
  2. Anda akan dibawa ke Laman Utama Lupa Kata Laluan.
  3. Masukkan Nombor IC pemohon.
  4. Pilih Soalan Keselamatan dan Jawab soalan tersebut dengan Jawapan yang anda berikan sebelum ini.
  5. Isi Kata Laluan yang baru.
  6. Dan isi sekali lagi Kata Laluan baru untuk pengesahan.
  7. Setelah itu, Tekan Butang [Simpan] dan notifikasi “Kata Laluan berjaya dikemaskini” akan dipaparkan.
  8. Pemohon boleh Log Masuk menggunakan Kata Laluan baru yang telah dibuat.
  9. Selesai.

TARIKH KEPUTUSAN RAYUAN UPU 2022/2023

Kepada pemohon lepasan STPM/Setaraf yang BUAT RAYUAN UPU bagi sesi akademik 2022/2023, tarikh semakan keputusan Rayuan UPU akan diumumkan pada :

PERKARATARIKH
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan UPU 2022/2023 Lepasan STPM/SetarafBelum Diumumkan Lagi

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU

Pemohon yang buat rayuan upu boleh membuat semakan keputusan di pautan yang disediakan di bawah ini :

PERKARAPAUTAN
Semakan Keputusan Rayuan UPU 2022/2023 Lepasan STPM/Setaraf1. https://jpt.umt.edu.my/upu/
2. https://jpt.unimas.my/indexstpm.jsp.
3. http://jpt.uum.edu.my/
4. https://jpt.ums.edu.my/
5. https://jpt.utm.my
  • Semakan Keputusan Rayuan UPU boleh dibuat di pautan yang disenaraikan di atas.
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Keputusan akan dipaparkan jika berjaya permohonan rayuan yang telah dibuat.

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU MELALUI UPUPOCKET

Untuk pengetahuan pemohon, semakan keputusan juga boleh dibuat menerusi aplikasi di telefon bimbit anda iaitu melalui aplikasi UPUPOCKET.

Apa yang pemohon harus buat adalah download/muat turun aplikasi UPUPOCKET ini di link yang disediakan di bawah ini :

PERKARAPAUTAN
Download UPUPOCKET (Pengguna Android)https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.upupocket&hl=en&gl=US
Pengguna IOShttps://apps.apple.com/my/app/upupocket/id1341991394
Pengguna HUAWEIhttps://appgallery.huawei.com/app/C102527081
  1. Klik pautan dan download apps UPUPOCKET di atas berdasarkan jenis telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka apps tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan paparan UTAMA.
  4. Untuk Semakan Keputusan Rayuan UPU, anda boleh klik [Semakan].
  5. Kemudian, klik [Semakan Keputusan].
  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  7. Pilih Program Pengajian, jika anda lepasan STPM/Setaraf sila pilih pilihan tersebut.
  8. Klik [Semak].
  9. Paparan akan menunjukkan Keputusan Rayuan UPU pemohon.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan dengan informasi di atas, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini :

Nombor Hotline UPU : 03-8870 8200

Laman Web Maklum Balas UPU : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

Leave a Comment