CARA PERMOHONAN TESP MARA 2022

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA PERMOHONAN TESP MARA 2022

Untuk makluman kepada pelajar lepasan Asasi atau lepasan STPM dan juga lepasan Diploma yang telah ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menawarkan Program Tajaan Pengajian Tertiari. Selain itu, pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

Program Tajaan Pengajian ini dikenali sebagai Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP).

Baca juga : CARA MEMBUAT RAYUAN UPU

TARIKH PERMOHONAN TESP MARA 2022

PERKARATARIKH
Tarikh Permohonan TESP MARA 202223 September 2022 – 25 Oktober 2022 (5.00 Petang)

APA ITU TESP MARA

TESP MARA adalah singkatan bagi Tertiary Education Sponsorship Programme. Ia merupakan program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA yang mana jumlah keseluruhan pembayaran balik pembiayaan boleh diubah suai mengikut syarat-syarat yang ditetapkan pihak MARA.

Pinjaman Boleh Ubah ini bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah cara permohonan TESP MARA 2022? Pemohon boleh rujuk di Panduan Lengkap yang disediakan di bawah.

CARA PERMOHONAN TESP MARA

PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN TESP MARA.

  1. Sila Klik Link Rasmi Permohonan TESP MARA di sini : https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login.

  2. Pemohon akan dibawa ke paparan MyEduloan Log Masuk.

  3. Untuk permohonan baru, sila klik [Daftar Sekarang].

  4. Pemohon dikehendaki membuat Daftar Pemohon Baru.

  5. Masukkan Nama Pemohon Seperti Dalam Kad Pengenalan.

  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

  7. Isi Alamat Emel pemohon.

  8. Cipta dan isi Kata Laluan untuk Login TESP MARA.

  9. Isi Kata Laluan sekali lagi.

  10. Klik [Daftar Akaun].

  11. Selepas berjaya mendaftar akaun, sila Log Masuk (di link langkah 1) menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

  12. Setelah pemohon berjaya Log Masuk, paparan Permohonan Online akan dipaparkan.

  13. Untuk memohon TESP, klik [KLIK DI SINI] di Borang Permohonan Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP).

  14. Pemohon akan dibawa ke Halaman Borang Permohonan TESP.

  15. Pemohon dikehendaki melengkapkan ke semua Butiran dan Maklumat yang dikehendaki oleh pihak MARA.

  16. Muat Naik/Upload Dokumen yang diperlukan oleh Sistem.

  17. Pada Bahagian Perakuan, pastikan anda menyemak kembali Butiran yang telah diisi adalah benar dan tepat serta sila Tick perakuan.

  18. Klik [Hantar] jika borang permohonan sudah lengkap diisi dan telah membuat pengakuan.

  19. Permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja akan diproses.

  20. Selesai.

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN TESP MARA

Keputusan TESP MARA akan diberitahu menerusi Emel pemohon. Pastikan pemohon sentiasa membuat semakan di emel yang didaftar semasa permohonan dibuat. Keputusan akan dihantar melalui Emel oleh pihak MARA kepada pemohon yang layak selepas tarikh tutup permohonan.

Sekiranya, anda tidak mendapat sebarang Emel selepas 3 (tiga) bulan dari tarikh tutup permohonan, maka permohonan tersebut dianggap Tidak Berjaya dan keputusan adalah muktamad.

BIDANG YANG LAYAK MENERIMA PENAJAAN TESP MARA

Bidang yang terpilih untuk menerima penajaan ini adalah :

  • Engineering and Environment
  • Build Professionals
  • Accounting and Finance
  • Medical Science
  • Food Security
  • Transport
  • IT and Computer Science
  • Creative Design
  • Marketing, Business, and Management

SYARAT KELAYAKAN UMUM TESP MARA

Berikut adalah beberapa syarat umum untuk mendapatkan penajaan ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera.
  • Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.
  • Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan.
  • Pengecualian syarat SES bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja.
  • Ibu atau bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  • Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.

SYARAT AKADEMIK

Di bawah ini merupakan beberapa syarat kelayakan Akademik yang perlu dipenuhi oleh pemohon untuk mendapatkan penajaan ini :

PERKARASYARAT AKADEMIK
Pelajar Baharu1. Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.00 dan ke atas di Peringkat Asasi/ Matrikulasi/ Persediaan/ STPM atau Setaraf.
2. Telah mendapat tawarandan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2022.
Pelajar Sedia ada1. Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.00 ke atas bagi semester terdahulu.
2. Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.
Lain-lain Syarat1. Lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM.
2. Kelayakan Akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan.
  • Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta Setaraf.
  • Diploma dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2022.
  • Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat
  • PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1
  • (satu) tahun.
  • Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat
  • SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar
  • perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan
  • Profesional yang berkaitan

SENARAI IPT YANG LAYAK MENERIMA PENAJAAN TESP MARA

BILSENARAI IPT TESP MARA
1.Universiti Awam (UA)
2.Institut Pendidikan MARA (IPMa)
-UniKL
-KUPTM
-GMI
-KPTM
3.Government Linked University (GLU)
-Universiti Teknologi Petronas
-Universiti Tenaga Nasional
-Universiti Multimedia
4.Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
-Asia Pacific University of Technology & Innovation
-Asian Institute of Medicine, Science and Technology
-Berjaya University
-City University
-Help University
-Infrastructure University Kuala Lumpur
-International Medical University
-Inti International University
-KDU University College
-Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
-Lincoln University College
-Mahsa University
-Management & Science University
-Nilai University
-Perdana University
-Segi University College
-Sunway University
-Tati University College
-Taylors University
-Twintech International University College of Technology
-UCSI University
-Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah
-Universiti Tunku Abdul Rahman
-University of Cyberjaya
-Curtin University Sarawak Malaysia
-Monash University Malaysia
-Newcastle University Medicine Malaysia
-Swinburne University of Technology Sarawak Campus
-University of Nottingham Malaysia
-Universiti Tun Abdul Razak

RUJUKAN

Jika pemohon mempunyai soalan dan masalah berkaitan dengan permohonan ini, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini :

Hotline Bahagian Pinjaman Pelajaran MARA : 03-2613 2051/2024/2518/2059/2100/2069/2070

Anda juga boleh Emel di :

Artikel lain : CARA TUKAR KAD CIMB SECARA ONLINE

Leave a Comment