CARA SEMAK ATAU CEK TEMPAT MENGUNDI (PRU15) 2022 ONLINE
Untuk makluman semua rakyat Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telahpun mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada hari Isnin 10 Oktober 2022 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pengumuman Pembubaran tersebut telah disiarkan secara langsung melalui beberapa saluran televisyen tempatan serta media digital pada jam 3 petang hari tersebut, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Datuk Seri Ismail Sabri juga telah mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa negeri sudah telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.
Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain memastikan kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.
Susulan pembubaran Parlimen itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menetapkan tarikh pilihan raya yang akan diadakan.
Baca juga : CARA TUKAR KAD CIMB SECARA ONLINE (DEBIT EXPIRED ATAU TAMAT TEMPOH)
TARIKH MENGUNDI PRU 15 2022
PERKARA | TARIKH |
Tarikh Undi PRU-15 2022 | Belum Diumumkan Lagi |
CARA SEMAK ATAU CEK TEMPAT MENGUNDI
PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK ATAU CEK TEMPAT MENGUNDI PRU 15 2022 MELALUI ONLINE.
- Klik Link Rasmi Semak Tempat Mengundi di sini : https://mysprsemak.spr.gov.my/.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Portal MySPR Semak.
- Untuk cek status tempat mengundi, pengguna perlu klik pada butang [Semakan Daftar Pemilih].
- Sekiranya pengguna telah berjaya masuk ke Laman Semakan Daftar Pemilih, pengguna dikehendaki memasukkan maklumat yang diminta untuk membuat semakan.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan Pengguna.
Sila masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak).
- Salin [CAPTCHA] yang diberikan diruangan yang Aksara Captcha.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Skrin akan memaparkan Maklumat Peribadi Pemilih dan Maklumat Daftar Pemilih Yang Telah DiSahkan.
- Di bahagian ini, maklumat Lokaliti, Daerah, DUN, Parlimen tempat mengundi pengguna akan dipaparkan.
- Sekiranya pengguna ingin membuat simpanan atau salinan, sila klik butang [CETAK].
- Semakan Tempat Mengundi bagi PRU 15 2022 telah berjaya dilakukan.
- Selesai.
CARA SEMAK TEMPAT MENGUNDI MELALUI SMS
Sila hantar pesanan ringkas (SMS) anda ke nombor yang tersenarai di bawah ini untuk mendapatkan lokasi mengundi terus di telefon bimbit anda. Caranya adalah seperti di bawah :
PERKARA | PESANAN SMS |
Semakan Tempat Mengundi Melalui SMS | Taip SPR SEMAK<JARAK>Nombor Kad Pengenalan anda dan hantarkan ke nombor 15888. |
SYARAT KELAYAKAN MENGUNDI PRU 15 2022
Berikut adalah beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk layak mengundi bagi PRU 15 ini.
- Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pemohon mestilah tinggal atau bermastautin di kawasan pilihanraya yang ingin didaftarkan, sebagai contoh tinggal di Kota Bharu dan tempat mengundi di daerah Kota Bharu.
- Pemohon juga tidak hilang kelayakan di bawah undang-undang pilihanraya.
UMUR MENGUNDI PRU 15 2022
Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, had umur pengundi yang layak mengundi bagi rakyat Malaysia adalah 22 tahun dan ke atas.
Namun, pada 16 Julai 2019 dalam persidangan Dewan Rakyat, pihak kerajaan telah menetapkan bahawa had umur layak bagi pengundi yang sah adalah bermula 18 tahun dan ke atas.
- Kerajaan berpendapat bahawa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun merupakan golongan belia yang layak untuk berfikir secara baik untuk memilih wakil negara dan negeri mereka dalam urusan pentadbiran negara serta mewakili kepentingan mereka sebagai rakyat.
- Mengikut Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21) membenarkan belia berumur 18 tahun dan ke atas untuk membuat keputusan penting dalam kehidupan seperti berkahwin, bekerja, mendapatkan lesen dan sebagainya.
- Oleh itu, kerajaan menetapkan pendaftaran undi automatik untuk had umur baru iaitu 18 tahun mengundi di pilihanraya.
- Jadi kepada pengundi 18 tahun ke atas yang baru, sila buat semakan daftar pemilik diri anda sekarang.
- Dengan pertambahan pengundi berumur 18 tahun ini, penyertaan golongan muda cukup tinggi selaku pengundi pada pilihanraya kali ini.
RUJUKAN
Jika pengguna mempunyai sebarang soalan dan pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah ini.
Pautan Aduan MySPR Semak : https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan
atau jika mempunyai masalah berkaitan sistem MySPR Semak, sila emel kepada pentadbiraduan@spr.gov.my atau hubungi talian 03-8892 7200.