PERMOHONAN PASTI 2023 : CARA PENDAFTARAN ePASTI ONLINE & SYARAT KEMASUKAN TADIKA PASTI
Untuk pengetahuan para Ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk menghantar anak anda ke Tadika Pasti bagi sesi 2023, kini anda boleh mula membuat permohonan.
Permohonan boleh dibuat melalui atas talian ataupun online sahaja di pautan ePasti Online.
Bagaimanakah permohonan pasti 2023? Apakah cara pendaftaran Tadika Pasti melalui online di ePasti Online dan syarat kemasukan?
Baca juga : CARA SEMAK ATAU CEK TEMPAT MENGUNDI (PRU15) 2022 ONLINE
APA ITU PASTI
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakah satu organisasi pendidikan bawah pemilikan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Tadika Pasti menekankan elemen keagamaan di peringkat awal pembelajaran anak-anak.
SILIBUS PEMBELAJARAN PASTI
Antara silibus yang bakal diterapkan pada para murid PASTI adalah seperti berikut :
- Subjek Fardhu Ain teori dan amali
- Hafazan surah-surah pendek al Quran
- Hafal doa-doa harian dan baca hadis-hadis yang mudah
- Belajar asas bahasa Arab, Inggeris, Melayu
- Belajar asas tulisan Jawi & Matematik
- Praktikal solat & wuduk setiap hari
- Didikan adab dan cara hidup Islam secara menyeluruh.
YURAN TADIKA PASTI
Masih terdapat Pasti yang mengekalkan yuran pengajiannya serendah RM15 sebulan terutama di kawasan kampung. Secara purata khasnya sebelah utara yuran pengajian sekitar RM30 hingga RM40. Namun begitu ia berbeza mengikut keadaan setempat dan tanggungan pengurusan Pasti seperti sewa premis dan sebagainya.
PERMOHONAN PASTI
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN PASTI 2023 ATAU CARA DAFTAR PASTI ONLINE.
- Sila klik link rasmi Permohonan Pasti di sini : https://www.pastimalaysia.com/epasti-online/.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama ePasti Online.
- Kepada ibu bapa atau penjaga yang pertama kali daftar, sila klik [PENDAFTARAN MURID].
- Kemudian, ibu bapa dikehendaki masukkan [KOD PASTI].
Untuk makluman, Kod Pasti boleh dirujuk pada resit pendaftaran murid baru atau ibu bapa juga boleh mohon Kod tersebut pada Guru Pasti di Tadika Pasti yang dipilih.
- Peringatan kepada ibu bapa, sebelum mula mengisi borang, pastikan butiran Pasti yang ingin didaftarkan anak sebagai murid adalah tepat dan betul.
- Ibu bapa atau penjaga dikehendaki mengisi maklumat dengan menggunakan HURUF BESAR.
- Seterusnya, sila isi Maklumat Ibu Bapa/Penjaga dengan lengkap dan benar.
- Isi Maklumat Pasangan yang diperlukan.
- Sekiranya pemohon tidak mempunyai sebarang maklumat di bahagian tertentu, sila taip [TIADA MAKLUMAT].
- Jika semua maklumat yang diminta sudah di isi dengan lengkap, sila klik butang [SIMPAN] berwarna hijau.
- Seterusnya, isi Maklumat Murid yang ingin didaftarkan. Pastikan maklumat yang diisi lengkap dan betul.
- Klik butang [SIMPAN] jika Maklumat Murid sudah siap diisi.
- Klik [SIMPAN] untuk mendapatkan Resit atau Slip Permohonan Kemasukan Murid.
- Kepada ibu bapa yang pernah mendaftar anak di Tadika Pasti sebelum ini, anda boleh ikuti panduan di bawah cara untuk menambah pendaftaran anak yang seterusnya.
- Selesai.
CARA TAMBAH PERMOHONAN PENDAFTARAN ANAK TADIKA PASTI
Nota : Panduan ini hanya terbuka kepada ibu bapa yang ingin tambah permohonan pendaftaran anak kedua dan seterusnya sebagai murid baharu di PASTI yang SAMA.
- Sila klik butang Daftar Anak untuk mulakan pendaftaran anak yang seterusnya sebagai murid baharu.
- Kemudian, teruskan langkah yang sama.
- Setelah pendaftaran lengkap, cetak Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu dan hantarkan ke PASTI yang dipohon dengan kadar yang segera untuk tujuan pengesahan permohonan.
- Anda juga boleh hantarkan dalam bentuk gambar melalui aplikasi Whatsapp kepada Pengurus atau Guru Pasti.
- Setelah pengesahan permohonan diterima, ibu bapa / penjaga dikehendaki untuk merujuk kepada pihak PASTI berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran dan pembayaran.
SEMAKAN PENDAFTARAN PASTI 2023
PERKARA | PAUTAN |
Semakan Permohonan/Pendaftaran Pasti | https://www.pastimalaysia.com/epasti-online/ |
- Untuk semakan status pendaftaran/permohonan Pasti, sila klik pautan semakan di atas.
- Masukkan Nombor Kad MyKid anak anda yang ingin di check.
- Seterusnya, klik butang [SEMAK STATUS PERMOHONAN].
- Status Permohonan/Pendaftaran anak anda akan dipaparkan.
- Selesai.