KULIM SMART PARKING APP : CARA DAFTAR / GUNA / BAYAR

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

KULIM SMART PARKING APP : CARA DAFTAR / GUNA / BAYAR

Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melancarkan sistem pembayaran tempat letak kereta baharu iaitu Aplikasi Kulim Smart Parking. Ia merupakan hasil kolaborasi antara MPKK bersama Syarikat Heitech Padu Berhad. Kulim Smart Parking App yang diperkenalkan ini telah menjadikan MPKK sekaligus sebagai majlis berkuasa tempatan pertama di negeri Kedah yang menggunakan aplikasi sistem meletak kereta pintar.

Aplikasi ini adalah inisiatif majlis perbandaran bagi menambah baik serta meningkatkan taraf mutu perkhidmatannya daripada segi tadbir urus, operasi dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, khususnya melalui pengurusan tempat letak kereta. Kulim Smart Parking App boleh di install di platform Apple App Store, Huawei App Gallery dan Google Play dan penggunaan penuh aplikasi itu bermula pada awal Oktober ini.

Aplikasi ini akan memudahkan lagi para pengguna dengan membolehkan transaksi dibayar menggunakan e-dompet sekaligus menjimatkan masa pengguna.

Baca juga: MAIK IPT 2022 : SEMAKAN/CHECK KELULUSAN/PERMOHONAN/BANTUAN

CARA GUNA KULIM SMART PARKING

BAYARAN MENGGUNAKAN E-DOMPET

Satu perkara menarik mengenai sistem Kulim Smart Parking App ini adalah segala urusan pembayaran parking boleh dilakukan secara terus melalui aplikasi yang dibangunkan menggunakan e-dompet.

Kemudahan ini sememangnya memudahkan kebanyakan pengguna kerana sebahagian besar daripada kita sememangnya sudah menggunakan kemudahan e-dompet untuk pelbagai urusan pembayaran.

Maka, anda tidak lagi perlu membayar menggunakan duit tunai untuk membeli kupon parking setiap kali meletakkan kenderaan anda di petak-petak parking berbayar.

CARA BAYAR TEMPAT LETAK KERETA

SMART PARKING PAY ONLINE

SMART PARKING PAY BY PHONE

Setelah anda mendaftarkan akaun, setiap kali meletakkan kenderaan anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah berikut untuk membayar tempat letak parking:

  1. Klik butang “Park N Pay”
  2. Masukkan nombor lot tempat parking kereta – setiap lot parking berbayar akan mempunyai nombor lot
  3. Pilih nombor plat kereta dan jumlah masa
  4. Tekan butang “Proceed”
  5. Sahkan maklumat dan klik butang “Pay Parking” untuk membuat bayaran

CARA BELI PAS BULANAN

Sekiranya anda kerap meletakkan kenderaan di petak meletak kenderaan berbayar di sekitar Kulim, lebih jimat sekiranya anda terus beli pas bulanan berbanding bayaran secara harian atau jam.

Dengan sistem baru ini, anda boleh beli pas bulanan untuk setiap kenderaan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi
  2. Klik butang “Monthly Pass”
  3. Pilih nombor plat kenderaan untuk pembelian pas bulanan
  4. Pilih pas bulanan yang dikehendaki
  5. Klik butang “Proceed to Payment” untuk membuat pembayaran

Nota: Penggunaan setiap pas bulanan adalah terhad untuk satu kenderaan sahaja kerana anda perlu memasukkan nombor plat kenderaan untuk pembelian pas bulanan ini.

RUJUKAN

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi ini atau ada sebarang pertanyaan , sila rujuk link di bawah ini:

https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-perbandaran-kulim/

Leave a Comment