MAXIS HOTLINK PREPAID : CARA NAK TOPUP & ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

MAXIS HOTLINK PREPAID : CARA NAK TOPUP & ONLINE

Kepada pengguna Maxis Hotlink Prepaid, terdapat banyak cara atau kaedah untuk topup kredit anda.

Berbeza dengan plan postpaid, pengguna prepaid perlu memastikan akaun Hotlink mereka mempunyai kredit untuk menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan seperti membuat panggilan, penghantaran khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya.

Nak topup Maxis Hotlink tidaklah sukar, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda cuba:

Baca juga artikel lain : CHECK UNIFI COVERAGE ONLINE : CARA NAK SEMAK LINE ADA ATAU TIDAK

CARA NAK TOPUP MAXIS PREPAID

CARA NAK TOPUP MAXIS  HOTLINK PREPAID ONLINE

1. TUNAI

Hotlink topup 111

Paling mudah, pergi sahaja ke kios stesyen minyak, supermarket, rangkaian kedai runcit (tidak semua), 7-eleven dan ejen-ejen yang menjual kad kopup.

Kemudian, dial *111* dari telefon mudah alih anda dan masukkan 14 digit PIN yang diberikan oleh penjual dan diakhiri dengan #.

Pastikan anda menyimpan 14 digit PIN topup yang diberikan kepada anda dan tidak berkongsi di media sosial kerana ianya mungkin digunakan orang lain.

2. MAXIS PAY

Anda juga boleh topup secara online melalui perkhidmatan Maxis Pay.

Dengan beberapa klik sahaja, anda boleh topup kredit Maxis Hotlink anda di mana sahaja.

Perkhidmatan Maxis Pay ini disediakan melalui aplikasi Hotlink yang boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:

Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit, perbankan internet, GrabPay, Touch ‘N Go dan Boost.

Selain kemudahan topup, aplikasi Hotlink ini turut mempunyai beberapa lagi kemudahan lain untuk semua pengguna Hotlink.

MAXIS TOPUP ONLINE

Kepada penggemar cashless, ini adalah platform yang paling tepat untuk anda kerana melalui kaedah ini anda cuma perlu log-in ke dalam akaun bank anda dan ikuti langkah-langkah seperti dibawah untuk menambah nilai kredit Hotlink anda. Selain dari Maybank2u dan CIMB Clicks.

Maybank2u

  • Log-in ke dalam akaun Maybank2u anda;
  • Pilih Pay & Transfer, kemudian tekan butang Reload di hujung kanan atas;
  • Kemudian di ruangan Reload To, pilih Mobile Prepaid dan pilih telco anda;
  • Anda dikehendaki mengisi ruangan Mobile Number, Reload Amount dan akhir sekali tekan butang Reload untuk proses tambah nilai.

CIMB Clicks

  • Sebelum log-in kedalam akaun CIMB Clicks anda, pilih pautan Top Up dalam ruangan I want to;
  • Kemudian isi ruangan To (nombor anda), From (dari akaun mana) dan Amount (jumlah tambah nilai);
  • Akhir sekali, lengkapkan proses tambah nilai anda.

MOBILE

Terdapat pelbagai cara yang boleh diguna pakai melalui kaedah ini antaranya adalah melalui PosAid Top Up, Ask-A-Top Up, Share-A-Top Up, SOS Top Up dan Hotlink Red App. Dan kami akan kongsikan 3 cara yang paling popular dan selebihnya anda boleh semak senarai lengkap di sini.

PosAid Top Up – Meminta bantuan pengguna postpaid Maxis yang lain untuk proses tambah nilai anda melalui *100#. Cara-caranya seperti dibawah:

  1. Hubungi *100# dan pilih Top Up (nombor 4)
  2. Masukkan 10/11 nombor digit Hotlink anda and kemudian tekan Send/ Call;
  3. Masukkan jumlah yang ingin ditambah nilai dari RM 2 hingga ke RM 100 dan tekan butang Send/ Call;
  4. RM 0.50 servis caj akan dikenakan ke atas akaun anda, tekan 1 untuk teruskan
  5. Taraa, dah siap! Dan kedua-dua pengguna akan mendapat info pengesahan melalui pesanan ringkas SMS.

Ask/ Share-A-Top Up – Terdapat 3 cara iaitu:

  1. Melalui Red App yang boleh di muat turun melalui App Store atau Google Play anda dan pilih pautan Top Up untuk memasukkan kredit kemudian pilih butang Share/ Ask, tekan butang Send Todan isikan nombor penerima, pilih amount, tekan butang Send Credits, dan akhir sekali anda akan menerima pesanan ringkas SMS sebagai pengesahan;
  2. Cara berikutnya dengan mendial *100*4*3#, selepas itu, masukkan nombor si penerima, kemudian pilih jumlah yang ingin di kongsikan dan tekan 1 untuk meneruskan proses Share-A-Top Up. Anda akan mendapat pesanan ringkas SMS sebagai pengesahan transaksi;
  3. Untuk share-credit melalui SMS pula, anda perlu taip SHARE diikuti dengan nombor penerima, jumlah tambah nilai dan akhir sekali, hantarkan kepada 22121. Setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 0.50 dan notis pengesahan transaksi yang dihantar melalui pesanan ringkas SMS.

MESIN ATM

Ramai yang tidak tahu bank-bank seperti Maybank, CIMB, BSN, Public Bank dan banyak lagi bank turut menyediakan perkhidmatan topup kredit prepaid Maxis Hotlink terus melalui mesin ATM mereka.

Jumlah kredit yang di tambah nilai pada Hotlink anda akan ditolak terus daripada akaun bank anda.

PERKHIDMATAN AUTO TOP UP

Melalui servis ini anda kini boleh menguruskan proses tambah nilai anda untuk setiap bulan mengikut butiran yang telah anda tetapkan. Auto Top Up akan menambah nilai secara automatik kepada nombor Hotlinkanda seperti ketetapan yang telah ditetapkan. Akan tetapi, setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50 untuk setiap tambah nilai yang berjaya.

AKHIR KATA

Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang mudah untuk proses tambah nilai yang telah direka khas agar ianya bersesuaian dengan kehidupan seharian kita. Oleh itu, tagline Top Up, Anytime, Anywhere itu sangat relevan dengan keadaan kehidupan seharian yang bergerak pantas kini.

 

Leave a Comment