KEMASKINI SSM ONLINE : PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN SSM (EZBIZ)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyediakan satu portal EzBiz kepada para peniaga untuk mendaftar perniagaan secara online. Ia bertujuan untuk memudahkan para peniaga untuk berdaftar syarikat dan mengemaskini secara online tidak kira jenis perniagaan yang dijalankan.
Platform Ezbiz ini sudah boleh membuat pendaftaran lesen secara online dengan pantas dan mudah serta menjimatkan masa pengguna.
Baca juga : PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA 2022 : CARA MEMOHON/BORANG AGROPRENEUR MUDA
EZBIZ SSM
EZBIZ SSM ONLINE
EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk:
- melakukan pendaftaran baru;
- mendaftar perubahan;
- menamatkan perniagaan; dan
- membeli maklumat perniagaan.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERNIAGAAN GUNA EZBIZ
CARA KEMASKINI SSM ONLINE
KEMASKINI MAKLUMAT SSM
KEMASKINI MAKLUMAT SSM ONLINE
Untuk sistem ezBiz, anda seharusnya daftar ezBiz terlebih dahulu, sekiranya belum daftar rujuk panduan daftar ezBiz. Berikut adalah cara untuk kemaskini maklumat perniagaan anda menggunakan ezBIZ:
- Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Ezbiz ssm login dengan Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
- Klik bahagian ‘My Business Service’
- Pilih ‘Business Change’
- Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
- Sila pilih perniagaan dalam senarai ‘Select Business’.
- Berikut ialah perubahan maklumat perniagaan ssm yang boleh dilakukan:
- Perubahan Alamat Perniagaan (EZBIZ SSM TUKAR ALAMAT)
- Tandakan kotak (Changes of Principal Business Address)
- Isikan tarikh perubahan.
- Sila isikan alamat utama perniagaan yang baharu dan alamat surat-menyurat yang baharu.
- Perubahan Jenis Perniagaan
- Tandakan kotak (Changes in Type of Business)
- Isikan tarikh perubahan.
- Isikan semua jenis perniagaan yang terkini dalam kotak ‘Business Description’
- Klik ‘Add Business Code’ atau butang untuk memadam kod yang sedia ada.
- Perubahan Maklumat Cawangan
- Tandakan kotak (Changes of Particulars on Branches)
- Isikan tarikh perubahan.
- Isikan perubahan cawangan dan klik ‘Insert/Update’ atau klik untuk menutup cawangan yang sedia ada.
- Perubahan Maklumat Pemilikan:-
- Tandakan kotak (Changes of Business Ownership Information)
- Menambah rakan kongsi (TAMBAH NAMA DALAM SSM ONLINE)
- Isikan Mykad No. rakan kongsi dan klik ‘Add New Partner’.
- Mengeluarkan rakan kongsi
- Klik butang Action (simbol pensil)
- Kemaskini alamat (jika ada) dan pilih ‘PULL-OUT’ di bahagian ‘Amendment Type’. Isikan tarikh perubahan, kemudian klik ‘Update’.
- Mengeluarkan rakang kongsi (kematian)
- Klik butang (seperti dibawah).
- Kemaskini alamat (jika berkenaan) dan pilih ‘DECEASED’ di bahagian ‘Amendment Type’.
- Isikan tarikh kematian pada ruangan ‘Amendment Date’.
- Klik ‘Choose File’, muat naik Sijil Kematian sebagai dokumen sokongan pada bahagian ‘Supporting Document’ .
- Kemudian klik ‘Update’.
- Kemaskini maklumat pemilik (alamat kediaman dan nombor telefon)
- Kemaskini maklumat diri sendiri (Lodger). ➢ Isikan maklumat terkini pemilik dan klik ‘Update’.
- Kemaskini maklumat rakan kongsi. ➢ Isikan maklumat terkini dan pilih ‘UPDATE ADDRESS’ dan klik ‘Update’.
- Perubahan Alamat Perniagaan (EZBIZ SSM TUKAR ALAMAT)
RUJUKAN
Untuk sebarang rujukan dan pertanyaan mengenai cara kemaskini maklumat perniagaan menggunakan ezBiz, anda boleh:
Layari Portal SSM online: https://ezbizzonline.com/
Email: ezbizzonline@gmail.com (Monday – Saturday, 9.00 AM – 5.30 PM)