PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA 2022 : CARA MEMOHON/BORANG AGROPRENEUR MUDA
Berita baik buat golongan belia, Geran Agropreneur Muda telah dibuka ini melalui Program Agropreneur Muda yang diadakan di bawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).
Baca juga artikel lain : BMT : SEMAKAN / BANTUAN RISDA / BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
APA ITU GERAN AGROPRENEUR MUDA
Program ini merupakan inisiatif Kementerian terhadap golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
Fokus utama GERAN AGROPRENEUR MUDA diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti :
- Tanaman
- ternakan
- perikanan
- industri makanan termasuk pemasaran
- penyediaan perkhidmatan sokongan
- input pertanian
- agropelancongan
OBJEKTIF GERAN AGROPRENEUR MUDA
Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :
- Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :Menarik golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang agromakanan.
- Mengubah persepsi golongan belia terhadap sektor agromakanan sebagai industri yang berdaya maju.
- Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
- Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020).
KUMPULAN SASARAN
Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 – 40 tahun.
JENIS BANTUAN @ KEMUDAHAN
Terdapat Tiga jenis bantuan ataupun kemudahan yang ditawarkan bagi program ini iaitu :
- Geran Agropreneur Muda (GAM)
Geran Agroprenuer Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.
Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan
Geran Agroprenuer Muda (GAM) tidak perlu dibayar balik.
- Pembiayaan
Pakej Pembiayaan dengan caj kewangan sebanyak dua peratus (2%) setahun. Skop pembiayaan adalah bagi peluasan projek (Projek Expansion) pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
Had maksima Agensi Pembiaya seperti berikut:
- TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
- Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
- Khidmat nasihat teknikal dan kursus / latihan teknikal secara insentif
Khidmat nasihat teknikal, konsultasi dan latihan yang bersesuaian turut disediakan melalui Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.
PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat bagi kelayakan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
- Boleh membaca, mengira dan menulis;
- Individu yang baru memulakan projek WAJIBmengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah MAFI atau yang diiktiraf oleh MAFI;
- Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MAFI berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal; dan
- Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.
Syarat Tambahan Permohonan Geran
Bagi individu yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MAFI adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.
Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan
- Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
- Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran; dan
- Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiaya.
* pemohon layak menerima geran sekali seumur hidup sahaja.
CARA MEMOHON GERAN AGROPRENEUR MUDA
Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MAFI atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen yang dikongsikan seperti senarai berikut :
- Borang Pendaftaran UAM berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport (rujuk Lampiran 1);
- Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk Lampiran 2);
- Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Pendaftaran UAM (Lampiran 1) perlu disertakan anggaran Sebut Harga;
- Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MAFI; atau
- Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).
BORANG AGROPRENEUR MUDA
MUAT TURUN BORANG
Peringkat Pendaftaran ( asas )
- Lampiran 1 – Borang Pendaftaran UAM
- Lampiran 2 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
- Lampiran 3 – Borang Penilaian Permohonan Geran
Peringkat Pendaftaran dan Permohonan (Pembiayaan)
- Lampiran 1 – Borang Pendaftaran UAM
- Lampiran 2 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
- Lampiran 4 – Borang Penilaian Permohonan
Peringkat Pembekalan
Peringkat Pembayaran
Peringkat Pemantauan
RUJUKAN
Bagi yang berminat dan ingin mengajukan pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak kementerian melalui:
Laman web : www.moa.gov.my
Emel : uam.agropreneurmuda@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/AgroyouthMOA/
Twitter : @agroyouthmoa
Instagram : @agroyouthmoa