Jadual waktu peperiksaan UPKK sebagai panduan buat murid tahun 5 dan ibu bapa/ penjaga murid yang ingin mengetahui bila tarikh dan jadual peperiksaan UPKK 2022 (Ujian Penilaian Kelas KAFA) , tarikh Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2022.
Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK pada tahun 2022 yang memaparkan tarikh, masa, hari dan mata pelajaran.
Baca juga artikel lain : MAIK IPT 2022 : SEMAKAN/CHECK KELULUSAN/PERMOHONAN/BANTUAN
APA ITU UPKK
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu
- Amali Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
- Tilawah Al-Quran
- Pelajaran Jawi dan Khat
- Sirah
- Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
- Adab (Akhlak Islamiah)
- Lughah Al-Quran
Jadual waktu peperiksaan UPKK terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Ujian Amali, Lisan dan Bertulis. Mengikut tarikh tahun lepas, bagi kertas soalan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat .
SYARAT KELAYAKAN
- Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Mengikut Kurikulum KAFA.
- Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
- Berdaftar untuk menduduki UPKK.
MATA PELAJARAN YANG DINILAI UPKK
Bidang pengajian yang dinilai dalan UPKK adalah:
- Al-Quran
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
- Sirah
- Asas Lughatul Quran
- Amali Solat
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Penghayatan Cara Hidup Islam
- Jawi dan Khat
Kaedah serta bentuk untuk dinilai melalui Peperiksaan UPKK adalah:
- Secara Lisan – Al-Quran
- Bentuk Amali – Amali Solat
- Bentuk Lisan & Pemerhatian – Penghayatan Cara Hidup Islam
- Penulisan Bertulis
- Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
KELEBIHAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN UPKK
UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.
Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.
Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.
JADUAL PEPERIKSAAN UPKK 2022 (Ujian Amali,Lisan dan Bertulis)
ntuk panduan semua, dikongsikan Jadual Waktu Peper1ksaan UPKK 2022 sebagai rujukan. Dapat di lihat melalui Jadual peperiksaan UPKK ini mengenai tarikh dan masa untuk Peperiksaan amali, lisan dan bertulis secara terperinci.
Berikut dikongsikan jadual UPKK 2022 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.
Amali : 9 Mei hingga 30 September 2022
- Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam
Lisan : 10 hingga 31 Oktober 2022
- Ujian Lisan Tadarus & Tilawah
- Hafazan
- Tafsir
Ujian Bertulis : 14 November hingga 17 November 2022
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
- Sirah
- Jawi dan Khat
- Adab
- Lughatul Quran
Berikut adalah kenyataan rasmi oleh JAKIM: https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/366603575510619
PEMARKAHAN GRED UPKK
Pencapaian gred markah untuk UPKK adalah berdasarkan kepada skala markah berikut :-
- A (Tahap Cemerlang) 80-100%
- B (Tahap Baik) 60-79%
- C (Tahap Memuaskan) 40-59%
- D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39%
* Tertakluk kepada sebarang perubahan
TARIKH PEPERIKSAAN UPKK 2022
PINDAAN TARIKH UPKK (BERTULIS) TAHUN 2022
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk meminda tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) seperti yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November 2022 seperti berikut:
TARIKH ASAL | TARIKH BAHARU | SUBJEK |
14 November 2022 (Isnin | 28 November 2022 (Isnin) | Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah) |
15 November 2022 (Selasa) | 29 November 2022 (Selasa) | Sirah Jawi Dan Khat |
16 November 2022 (Rabu) | 30 November 2022 (Rabu) | Adab |
17 November 2022 (Khamis) | 1 Disember 2022 (Khamis) | Lughah Al-Quran |
KENAPA UJIAN UPKK (BERTULIS) DIPINDA
Pindaan ini dibuat bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan Pilihanraya Umum ke 15 yang berlangsung pada 19 November 2022.