CHANGE PAC PUBLIC BANK : CARA TUKAR NO HP
Public Bank telah memperkenalkan satu sistem keselamatan bagi urusan perbankan internet anda yang dikenali sebagai PAC. PAC ini sama sahaja dengan TAC yang digunakan oleh bank lain seperti Maybank dan CIMB. Kod PAC akan dihantar ke nombor telefon pelanggan yang didaftarkan dalam sistem Public Bank setiap kali membuat transaksi perbankan internet.
Sekiranya nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi tidak aktif, hilang, disekat atau telefon bimbit dicuri, anda dinasihatkan untuk perlu segera menukarnya. Ini bagi membolehkan anda menerima kod PAC Public Bank yang akan di hantar melalui nombor HP baru anda.
Baca juga: CARA LOG MASUK BKM : SEMAKAN BAYARAN FASA 4 2022 BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
APA ITU PAC?
PAC ialah kod pengesahan enam digit yang dihasilkan oleh sistem.
Setiap PAC adalah unik dan bertindak sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi akaun perbankan anda.
Anda akan menerima PAC melalui Public Bank SMS notification apabila anda melakukan transaksi dalam talian Public Bank dan ini hanya berlaku selepas anda berjaya log masuk ke PBe atau PB engage.
Sebaik sahaja anda berjaya mendaftarkan nombor telefon mudah alih anda, butang “Request PAC Now” akan tersedia kepada anda apabila anda membuat transaksi perbankan internet.
KEPERLUAN PAC
PAC diperlukan untuk transaksi berikut:
- Pemindahan dana ke akaun PBB yang lain
- Interbank GIRO (IBG) / DuitNow Transfer / RENTAS
- Pembayaran bil
- Pelaburan
- Transaksi eFD / eTD-i
- Tambah nilai prabayar
- Ejen debit/pembayaran terus
- FPX
- Kiriman wang asing
- Pemindahan dana ke akaun sendiri dengan agregat harian melebihi RM5,000.00
- Pemindahan wang melalui Western Union
- JomPAY
- DuitNow
- Bayaran Pinjaman / Pembiayaan PB
- Pembayaran Kad PB
- PB Visa Direct
- Bayaran Lain (termasuk Bayaran KWSP / Bayaran Cukai Pendapatan / Lembaga Tabung Haji / Zakat / Wakaf)
- Beli / jual Akaun Pelaburan Emas
BAGAIMANA PAC BERFUNGSI?
- Pilih transaksi yang ingin anda buat
- Di halaman pengesahan, klik pada “Request PAC Now”
- Setelah menerima SMS, masukkan nombor pengesahan 6 digit. Pastikan nombor siri yang ditunjukkan di skrin sesuai dengan nombor siri dalam SMS anda.
- Setelah memeriksa nombor siri, masukkan nombor PAC yang ditunjukkan dalam SMS anda ke skrin transaksi.
- Klik “Confirm” untuk mengesahkan transaksi anda.
CARA TUKAR PAC PUBLIC BANK
Untuk change PAC Public Bank, penukaran no handphone anda diperlukan dan berikut adalah caranya:
CARA TUKAR NOMBOR TELEFON PUBLIC BANK ONLINE
CARA TUKAR NO HP PUBLIC BANK
- Buat masa kini penukaran nombor telefon tiada tersenarai dalam Perkhidmatan Pbe Bank
CARA TUKAR NOMBOR TELEFON DI ATM PUBLIC BANK
Antara cara termudah adalah melalui mesin ATM Public Bank di mana-mana sahaja.
- Masukkan kad ATM anda
- Masukkan Pin
- Pilih “Register / Change PAC Mobile” pada menu
- Masukkan nombor telefon baru anda
- Lakukan pengesahan penukaran
- Ambil resit sebagai bukti
CARA TUKAR DI CAWANGAN PUBLIC BANK
- Sila pergi ke cawangan Public bank berdekatan,
- Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
- Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
- Maklum pegawai bank bahawa anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru untuk penerimaan PAC dari Public Bank.
- Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon.
CARA TUKAR MELALUI KHIDMAT PELANGGAN
- Hubungi Public Bank Customer Service di talian 03-2179 9999
- Maklum kepada pegawai bank bahawa anda ingin kemaskini no handphone bagi urusan perbankan internet.
- Pihak bank akan tanya maklumat peribadi Anda.
- Tunggu beberapa minit, kemaskini nombor telefon anda berjaya dilakukan.
MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON PUBLIC BANK
Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan PAC (PUBLIC BANK PAC NOT RECEIVED) selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi Pusat Panggilan Public Bank di talian 03-2179 9999
RUJUKAN
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara tukar no HP PBE Bank, anda boleh layari web rasmi Public bank di pautan https://www.pbebank.com/