CHECK BALANCE UMOBILE : CARA/MACAM MANA NAK
Pernahkah anda menghadapi masalah untuk periksa baki kredit di telefon anda? Contohnya, anda baru sahaja membeli pakej prabayar baru untuk telefon anda. Anda tahu memakainya, dan dapat hubungi serta menghantar mesej kepada kenalan anda, tetapi anda tidak tahu berapa banyak kredit telah anda gunakan.
Izinkan kami kongsikan cara check baki UMobile supaya anda boleh sentiasa maklum dengan jumlah kredit yang tinggal.
BACA JUGA:https://kerajaanonline.com/check-unifi-coverage-online-cara-nak-semak-line-ada-atau-tidak/
MENGENAI UMOBILE
UMobile ialah salah satu syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia dan sentiasa berinovasi untuk kemudahan para pelanggannya yang setia. Anda boleh memeriksa jumlah kredit yang telah anda gunakan dan juga jumlah kuota internet yang anda beli dengan kredit UMobile anda.
CARA CHECK BALANCE UMOBILE
Terdapat dua pakej yang boleh dilanggan pada UMobile, iaitu pakej prabayar (prepaid) dan juga pascabayar (postpaid). Jadi, cara untuk buat semakan juga berbeza.
Cara Check Baki U Mobile Melalui *118#
Prepaid
- Buka dialpad telefon pintar/bimbit anda.
- Kemudian, dial *118#*8. Tekan Call.
- Baki kredit anda akan tertera di skrin.
Postpaid (Semak Data Balance sahaja)
- Anda hanya boleh semak penggunaan data (data usage) di dialpad telefon anda. Pertama sekali, buka dialpadtelefon pintar/bimbit anda.
- Kemudian, dial *118#. Menu akan tertera.
- Pilih U Broadband.
- Kemudian, pilih <Check Usage>.
- Tunggu sehingga anda mendapat SMS. Anda akan mendapat SMS yang mengandungi data balance
Cara Cek Baki U Mobile Guna SMS
Prepaid
- Buka bahagian Text Message di telefon anda.
- Kemudian, taip BAL. Hantarkan ke 28118.
- Anda akan menerima SMS yang menunjukkan baki kredit anda.
Postpaid
- Buka bahagian Text Message di telefon anda.
- Kemudian, taip PLUS1. Hantarkan ke 28118.
- Anda akan menerima SMS yang menunjukkan maklumat baki bill postpaid
MACAM MANA NAK CHECK BALANCE UMOBILE MELALUI APLIKASI MYUMOBILE
Download Dan Daftar Nombor Telefon Pada Aplikasi
- Pertama sekali, pergi ke Play Store dan download aplikasi ini untuk Android, atau download aplikasi ini di App Store untuk iOS.
- Kemudian, buka aplikasi dan masukkan nombor telefon anda.
- Anda akan mendapat SMS daripada UMobile yang mengandungi kod pengesahan.
- Masukkan kod pengesahan tersebut.
- Hantarkan, dan pendaftaran nombor telefon anda pada aplikasi berjaya.
Cara Semak Baki
- Buka aplikasi.
- Kemudian, pergi ke Menu Bar di bahagian atas kiri skrin telefon anda.
- Anda boleh semak baki kredit untuk prepaid dan semak baki bil untuk postpaid, pada menu yang tertera.
Akhir kata
Kesimpulannya, UMobile menyediakan beberapa langkah yang sangat mudah untuk pelanggannya yang menghadapi masalah untuk semak baki kredit bagi yang menggunakan prepaid, atau untuk menyemak bil bagi yang menggunakan postpaid. Cubalah salah satu cara di atas.
Akhir sekali, jika dalam kecemasan dan terdesak, boleh guna SOS topup UMobile kalau langsung tak ada kredit. Boleh pinjaman kredit untuk buat panggilan.
Semoga bermanfaat.