TUKAR NAMA KERETA TANPA KE JPJ : MELALUI ONLINE (HABIS BAYAR / JARAK JAUH)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TUKAR NAMA KERETA TANPA KE JPJ : MELALUI ONLINE (HABIS BAYAR / JARAK JAUH)

Penukaran nama kereta/kenderaan untuk ditukar hak milik boleh dilakukan melaui dua cara iaitu terus pergi ke kaunter JPJ atau boleh melakukannya secara online menggunakan aplikasi mySIKAP. Aplikasi ini dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) untuk memudahkan pelanggan membuat urusan secara online.

Berikut dikongsikan cara bagaimana untuk proses penukaran nama kenderaan.

Baca juga : KADAR KETELUSAN CAHAYA JPJ : SEMAKAN / CHECK

TUKAR NAMA KERETA HABIS BAYAR

CARA TUKAR NAMA KERETA PERGI KE JPJ 

Bagi cara yang pertama adalah untuk penukaran hakmilik kenderaan secara sukarela dan melalui pengesahan biometrik di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ terdekat.

SYARAT AM:

  1. Pemilik berdaftar(penjual) dan pemunya baharu(pembeli) bagi kenderaan persendirian individu hendaklah hadir sendiri bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik;
  2. Wakil hanya boleh dilantik bagi pihak pemilik berdaftar atau pemunya baharu bagi kenderaan selain milik persendirian individu;
  3. Dokumen asas:
    1. Pengesahan identiti individu: Pemilik berdaftar dan Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti:
      • myKad, myTentera, myPR dan passport.
    2. Pengesahan identiti Kerajaan / bank / syarikat kewangan / insurans / Pertubuhan / Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal / Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa:
      • Salinan Borang 49, Salinan Resolusi / Minit Mesyuarat Berkenaan Persetujuan Penjualan Kenderaan, Borang 9 Atau Borang 13 Yang Disahkan Oleh Setiausaha Syarikat Atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) (Mana-Mana Yang Berkenaan);Atau
      • Salinan Borang D Yang Disahkan SSM;Atau
      • Apa-Apa Dokumen Lain Yang Berkaitan Pengesahan Identiti (Yang Berkaitan);
      • Surat Persetujuan Penjualan Kenderaan Motor.
    3. Surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil;syarat di 1.a.i adalah juga terpakai ke atas wakil.
    4. Borang JPJK3 yang lengkap diisi;
    5. Perakuan pendaftaran kenderaan motor.
  4. Tiada sekatan kepada urusniaga THM seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya;
  5. Kenderaan motor kecuali motosikal hendaklah dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM;
  6. Permit kenderaan perdagangan bagi pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu;
  7. Fi dibayar seperti yang ditetapkan.

SYARAT KHAS / DOKUMEN KHAS

  1. Pemilik berdaftar yang berada di luar negara
    • Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada;
    • Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.
  2. Pemilik berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi
    • Perintah Mahkamah.
  3. Kenderaan milik syarikat / perkongsian yang telah digulungkan / dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh Receivers and Managers / Liquidators
    1. Surat persetujuan penjualan kenderaan;
    2. Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM;atau
    3. Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM;atau
    4. Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM;
  4. Kenderaan Perdagangan
    1. Khusus untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih dahulu;
    2. Khusus untuk kenderaan jentera / kenderaan bomba / trak tunda / kenderaan mayat / hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A / PG13B;
    3. Surat pembatalan permit / surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD / LPKP / Kementerian Pelancongan
    4. Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;
    5. Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled;atau
    6. Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;
    7. Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan / MITI / kastam yang disahkan (jika berkenaan).

TUKAR NAMA KERETA ONLINE

TUKAR NAMA KERETA TANPA KE JPJ

CARA TUKAR NAMA KERETA JARAK JAUH

Bagi cara yang seterusnya adalah menggunakan online melalui sistem online JPJ iaitu mySIKAP.

Untuk mendaftar id mySIKAP boleh merujuk video ini https://www.youtube.com/watch?v=R9TKXy7x8N8

  1. Pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar) melalui Transaksi / Tindakan:-
  2. Klik [OK];
  3. Masukkan No. Pendaftaran Kenderaan;
  4. Klik [Carian].
  5. Klik [Teruskan].
  6. Klik [Sah & Teruskan].
  7. Masukkan alamat E-mel di ruangan Makluman Melalui;
  8. Masukkan No. ID Pemilik Baharu dan alamat E-mel di ruangan Maklumat Pemilik Baharu;
  9. Klik [Seterusnya].
  10. Klik [Cetak].

Leave a Comment