KADAR KETELUSAN CAHAYA JPJ : SEMAKAN / CHECK
Anda ingin memasang tinted kereta di kenderaan anda? Berapa peratuskah kadar ketelusan cahaya yang diluluskan oleh JPJ? Tinted cermin kereta dipasang untuk menghindari dari kepanasan, kecurian, keselamatan dan sebagainya.
Di sini kami kongsikan jumlah peratusan tinted spec JPJ 2021 mengikut peraturan JPJ & Puspakom.
Baca juga : TUKAR NO PLAT KERETA / MOTOR / LAMA KE BARU : CARA DAN HARGA
SEMAKAN KADAR KETELUSAN CERMIN GELAP 2022
CHECK KADAR KETELUSAN CERMIN GELAP
TINTED KERETA YANG DIBENARKAN
JPJ KADAR KETELUSAN CAHAYA
KETULUSAN CAHAYA CERMIN KERETA JPJ
TAHAP KETULUSAN CAHAYA JPJ
Berikut adalah merupakan jumlah peratusan kadar ketelusan cahaya JPJ 2021 dan mengikut peraturan JPJ & Puspakom:
Bahagian Cermin | Kadar Ketelusan Cahaya Tampak |
Cermin hadapan | 70 Peratus |
Cermin sisi pemandu | 50 Peratus |
Cermin Sisi Belakang | Tiada had (dengan syarat kenderaan dilengkapi side mirrors) |
Cermin sisi belakang penumpang | Tiada had (dengan syarat kenderaan dilengkapi side mirrors) |
- Pindaan baharu ini membenarkan lapisan cermin gelap bagi cermin sisi belakang di bahagian penumpang dan cermin utama belakang kenderaan mempunyai VLT yang tiada had kadar peratusan. Namun syaratnya kenderaan tersebut hendaklah dilengkapi dengan side mirrors (cermin sisi pandang belakang) di kedua-dua belah kenderaan.
- VLT untuk cermin hadapan dan cermin sisi kanan serta kanan bahagian pemandu masih sama seperti dahulu.
- Namun begitu, peraturan bagi kenderaan motor yang didaftarkan untuk pengangkutan awam serta barangan adalah berbeza. Ia hanya dibenarkan untuk memiliki kadar ketelusan cahaya tampak yang tidak kurang dari 70%.
PERMOHONAN CERMIN GELAP
Bagi individu yang ingin membuat permohonan pengecualian menggunakan cermin yang lebih gelap hendaklah merangkumi faktor keselamatan atau faktor kesihatan:
Permohonan | Fi/Bayaran |
Permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan | RM 50 |
Permohonan yang diluluskan | RM 5, 000 untuk tempot sah laku dua (2) tahun |
- Kepada individu yang telah mendapat kelulusan untuk penggunaan cermin lebih gelap, permohonan hendaklah dilakukan semula setelah tempoh sah laku tamat. Jumlah fi yang sama juga akan dikenakan pada setiap permohonan.
- Sekiranya ingin memohon pengecualian disebabkan faktor kesihatan, individu tersebut hendaklah memperoleh pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan. Jika mereka berbuat demikian, mereka tidak akan dikenakan sebarang fi.
TAWARAN SAMAN JPJ/POLIS TERKINI
Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ/Polis menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
- Tarikh Tawaran: 9 -31 Disember 2021
- Cara Bayaran: Kaunter JPJ/Trafik, Kiosk JPJ/Polis, Portal JPJ/MyBayar Saman & di Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia KLCC
RUJUKAN
Untuk rujukan dan pertanyaan lebih lanjut mengenai kadar ketelusan cermin gelap dan peraturan baharu JPJ, anda boleh:
Layari laman web Rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my
Hubungi talian umum: +60 3 8000 8000