CARA PANGKAH UNDI PRU 15 : UNTUK PENGUNDI KALI PERTAMA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA PANGKAH UNDI PRU 15 : UNTUK PENGUNDI KALI PERTAMA

Baru-baru ini, pengumuman Pembubaran Parlimen telah dibuat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri. Oleh itu, negara kita bakal mengadakan pilihan raya umum ke-15 tidak lama lagi iaitu pada 19 November 2022 (Sabtu).

Kepada pengundi Pru 15 yang mengundi untuk pertama kali, di sini dikongsikan cara untuk pangkah undi dengan betul dan disertakan panduan pada pilihan raya nanti.

Baca juga : KEPUTUSAN PRU 15 : SEMAKAN/CHECK

PENGUNDI PILIHANRAYA

PENGUNDI PRU 15 KALI PERTAMA MENGUNDI MALAYSIA

Bagi yang pertama kali ingin mengundi, anda mungkin tertanya-tanya cara pangkah undi yang betul untuk PRU 15 ini.

Sebagai persediaan PALING PENTING, sila bawa SALAH SATU dokumen pengenalan diri yang berikut:

  1. Kad Pengenalan
  2. Pasport
  3. Lesen Memandu
  4. Dokumen Pengenalan Sementara (JPN KPPK09)
  5. Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN KPPK11) (Disahkan JPN)

CARA PANGKAH UNDI SPR

BUANG UNDI

10 LANGKAH MENGUNDI

Berikut adalah langkah-langkah mengundi yang dikongsikan oleh SPR:

  1. Sila masuk apabila dibenarikan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk.
  2. Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Kemudian, tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
  3. Kerani Pengundian Pertama akan memberikan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pasti No. Kad Pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh kerani Pengundian Pertama adalah TEPAT.
  4. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua.
  5. Terima kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga. (Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya).
  6. Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.
  7. Maju ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA.
  8. Masukkan kertas undi dalam Peti Undi yang betul.
  9. Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.
  10. Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.
10 LANGKAH PENGUNDIAN

PERINGATAN : TELEFON BIMBIT TIDAK DIBENARKAN DI TEMPAT MENGUNDI 

Pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu infografik yang dimuat naik di platform social media mereka pada Rabu memasukkan perkara tersebut dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini.

Larangan itu yang disenaraikan sebagai langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa ia tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi.

Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.

CIRI-CIRI UNDI ROSAK/DITOLAK

Tahukah anda, istilah Undi rosak hanya terpakai kepada kertas undi yang TIDAKDIMASUKKAN dalam tempoh pengundian, manakala istilah KERTAS UNDI DITOLAK pulak berlaku semasa proses pengiraan kertas undi.

UNDI ROSAK VS UNDI DITOLAK

PERATURAN 21: PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

Contohnya kertas undi terkoyak secara tidak sengaja, itu istilahnya kertas undi rosak dan ia tidak dimasukkan ke dalam peti undi.

Ketika itu, pengundi boleh memohon kertas undi baharu dari Ketua Tempat Mengundi.

PERATURAN 25 (6) (7) PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

Ketua Tempat Mengundi atau orang yang diberikan kuasa olehnya hendaklah kemudiannya mengira kertas undi itu mengikut undian oleh pemilih bagi setiap calon dan hendaklah mencatatkan perkataan ‘ditolak’ pada mana-mana kertas undi yang ditolak sebagai tidak sah.

Ketua Tempat Mengundi hendaklah menolak sebagai tidak sah kertas yang berikut sahaja, iaitu mana-mana kertas undi:

  • Kertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmi
  • Undi diberikan lebih dari satu calon
  • Menulis perkataan pada kertas undi
  • Kertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak
  • Pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi

ADAKAH TANDA SELAIN PANGKAH DIKIRA SEBAGAI UNDI ROSAK?

SPR menjelaskan bahawa selain tanda pangkah ‘X’ pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga boleh diterima sebagai undi.

Menurut Pengerusi SPR, syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan.

“Tulis (perkataan) tak boleh, tapi kalau ‘dot’, ‘tick’ atau apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya ‘intention’ (niat) adalah untuk memilih calon itu. Dalam garis panduan kita, apa tanda pun diterima tak semestinya pangkah tetapi jangan buat di semua kotak.”

UNTUK RUJUKAN

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai perkembangan terkini mengenai pilihan raya umum ke-15, sila ikuti laman Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR.

Bagi tujuan semakan daftar pemilih serta calon pilihan raya, sila ke pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan

Leave a Comment