RENEW KAD HIJAU CIDB : SEMAK GREEN CARD ONLINE
Kad Hijau CIDB dah tamat tempoh? Anda ingin renew kad hijau CIDB anda? Di sini dikongsikan cara untuk membuat pembaharuan kad hijau CIDB anda secara online dengan mudah dan pantas. Anda juga boleh semak green card CIDB anda melalui portal rasmi CIDB Malaysia.
Baca juga : CARA PANGKAH UNDI PRU 15 : UNTUK PENGUNDI KALI PERTAMA
KAD HIJAU CIDB
Berikut adalah maklumat mengenai CIDB green card yang diambil dari therohani.
CIDB
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu CIDB merupakan sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengawal selia pematuhan piawaian bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan.
Ia juga berfungsi untuk memajukan dan menggalakkan jaminan kualti dalam industri pembinaan di Malaysia.
Di antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi kontraktor, mengenakan sebarang syarat pendaftaran, pembaharuan lesen CIDB dan akreditasi kontraktor.
Ia juga mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan, menghalang pembaharuan lesen CIDB dan menggantung lesen kontraktor sekiranya didapati gagal mematuhi piawaian dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh CIDB serta mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor.
RENEW CIDB
CARA RENEW KAD HIJAU CIDB ONLINE
Terdapat cara yang mudah untuk anda renew Kad Personel Binaan (Kad Hijau/Green Card) anda.
Sila ikuti langkah di bawah:
- Mula-mula, layari laman web https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml.
- Anda akan dibawa ke portal rasmi CIDB.
- Pada laman web ini, pergi ke bahagian login, dan login akaun anda dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Setelah berjaya login, ada terpapar menu untuk anda pilih.
- Pilih Construction Personnel.
- Kemudian, pilih Construction Personnel Module, dan pilih pula Personnel Card.
- Akan ada ruangan untuk anda mengisi maklumat yang diperlukan.
- Isi kesemuanya.
- Kemudian, anda diberi pilihan untuk membayar secara online banking, atau anda hanya perlu hadir ke kaunter CIDB di daerah yang menjadi pilihan anda.
- Anda juga diberi pilihan, sama ada untuk mendapatkan green card anda secara pos terus ke alamat surat menyurat anda, atau anda boleh mengambil kad anda di kaunter CIDB.
- Anda berjaya renew green card anda.
- Walau baagimanapun, proses renew green card ini akan mengambil masa minimum sebulan. Jadi, anda boleh cetak green card yang sementara di laman web rasmi CIDB. Anda akan dimaklumkan sekiranya green card anda telah siap dikemas kini.
UNTUK RUJUKAN
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembaharuan kad hijau CIDB atau anda ingin semak green card online, anda boleh layari laman web rasmi CIDB Malaysia di bawah: