SKIM SARAAN BERCAGAR SSB : CARA MEMOHON SKIM CAGARAN RUMAH BAGI PENDAPATAN BULANAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SKIM SARAAN BERCAGAR SSB : CARA MEMOHON SKIM CAGARAN RUMAH BAGI PENDAPATAN BULANAN

Para pesara di Malaysia bakal ditawarkan penyelesaian pembiayaan pertama di pasaran melalui Skim Saraan Bercagar (SSB) yang diperkenalkan oleh Cagamas Berhad. Untuk makluman, SSB diperkenalkan untuk membantu warga emas berusia lebih 55 tahun ke atas menyara persaraan masing-masing menerusi cagaran rumah.

Skim ini dirasmikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan dana permulaan yang diperuntukkan menerusi skim ini adalah RM10 juta.

BACA JUGA : BELI RUMAH DUIT KWSP : CARA BUAT PENGELUARAN KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH

APAKAH SKIM SARAAN BERCAGAR (SSB)

Skim Saraan Bercagar (SSB) adalah satu produk pembiayaan yang mana pemilik rumah warga emas yang layak boleh mencagarkan rumah kediaman mereka bagi mendapat pendapatan bulanan secara tetap sepanjang hayat, yang mana ia tidak mempunyai tempoh matang.

Sebagai contoh :

  • Jika, rumah kediaman pemohon dimiliki secara persendirian atau bersama, pendapatan tetap secara bulanan akan terus dibayar kepada mereka sehingga akhir tempoh hayat pemilik yang terkemudian.
  • Sekiranya berlaku kematian, pihak Cagamas Berhad akan menjual rumah yang dicagarkan untuk melunaskan jumlah kumulatif pinjaman yang telah diambil pemilik berkenaan.
  • Jika terdapat sebarang lebihan dari penjualan tersebut, pihak Cagamas Berhad akan memulangkan lebihan hasil jualan kepada pewaris layak.
  • Tetapi, sekiranya hasil penjualan kurang daripada jumlah kumulatif pinjaman yang telah diambil, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Cagamas Berhad.

TARIKH PELAKSANAAN SSB

  • Dijangka akan bermula pada pertengahan Januari 2022
  • Pada peringkat permulaan, skim ini akan dilaksanakan di Lembah Klang terlebih dahulu sebelum dibuka di kawasan-kawasan yang lain.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SSB

[NOTA] BUAT MASA INI MASIH BELUM DIBUKA LAGI PERMOHONAN. PIHAK KAMI AKAN UPDATE DARI MASA KE SEMASA.

MAKLUMAT LANJUT 

Menerusi SSB, pihak Cagamas Berhad berharap dapat membantu menangani jurang dalam pasaran berikutan keperluan warga emas yang terkesan situasi kekurangan simpanan dan sumber pendapatan di umur persaraan.

Untuk maklumat lanjut mengenai SSB, sila layari laman web https://www.cagamas.com.my/

 

 

Leave a Comment