EKASIH ICU GOV MY DAFTAR : SEMAKAN DAN PERMOHONAN
Kemiskinan merupakan perkara penting yang perlu dibendung oleh setiap negaa di dunia. Di Malaysia, satu sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin dikenali sebagai sistem “eKasih” iaitu portal pembasmian kemiskinan telah diwujudkan di dalam membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Kesimpulannya, bantuan eKasih ini adalah untuk mereka yang miskin tegar. Bagi mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih 2021 berserta cara memohon bantuan ini, baca info selanjutnya di bawah.
BACA JUGA : SKIM SARAAN BERCAGAR SSB : CARA MEMOHON SKIM CAGARAN RUMAH BAGI PENDAPATAN BULANAN
APA ITU eKasih?
eKasih merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari maklumat individu, program dan bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program dan bantuan yang diterima.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Untuk memohon bantuan eKasih 2021, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 untuk penduduk bagi kawasan bandar atau RM1,000 untuk penduduk di kawasan luar bandar sebulan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri masing-masing :
PROSES UNTUK PERMOHONAN
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAFTAR
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu dan orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui
- Telefon
- Surat
- E-mel rasmi
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON
Untuk memohon eKasih 2021, pemohon perlu memberi 9 komponen maklumat bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu :
- Butiran Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan
- Pendapatan
CARA SEMAKAN STATUS eKasih 2021
- Semakan status eKasih boleh dibuat secara online di pautan: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
- Hubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
BANTUAN-BANTUAN YANG TERDAPAT DALAM EKASIH
1. Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021
Kepada yang ada dalam sistem online, anda juga layak terima bantuan prihatin rakyat bpr semakan status 2021 yang diumumkan kerajaan Malaysia baru baru ini
2. Pendaftaran Ekasih Bantuan Sara Hidup 2021
Jikalau nama anda tersenarai dalam senarai portal pembasmian kemiskinan anda layak mendapat bantuan e kasih melalui semakan bantuan sara hidup bsh 2021 sehingga RM1,200 setahun. Dan setiap anak-anak, anda juga dapat tambahan Rm120 setiap seorang.
3. Bantuan iSuri KWSP
Ada berita baik untuk anda, jika anda tersenarai dalam pengkalan data semakan kwsp suri rumah, secara automatiknya anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI).
4. Ekasih Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas
Sepanjang tempoh PKP & juga pasca PKPB serta PKPD, banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem ini
5. Ekasih Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim
Setiap kali kerajaan mengumuman secara one off kepada bantuan oku dan bantuan anak yatim, biasanya kerajaan akan merujuk kepada senarai nama dalam pengkalan data portal pembasmian kemiskinan untuk diberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan terlebih dahulu.
6. Daftar E Kasih Bantuan Persekolahan
Menjelang pembukaan sekolah, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana nama ibu bapa sudah tersenarai dalam portal pembasmian kemiskinan, ekasih.icu.gov.my daftar menerima bantuan persekolahan
7. Bantuan Prihatin Nasional BPR
Anda semestinya diberikan keutamaan untuk turut menerima pengumuman bantuan ini oleh kerajaan Malaysia
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2020, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.