DAFTAR KELAHIRAN ANAK ONLINE JPN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

DAFTAR KELAHIRAN ANAK ONLINE JPN

Untuk warga Malaysia yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda kini boleh membuat pelbagai urusan secara atas talian. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca artikel di bawah mengenai cara daftar kelahiran anak secara online.

BACA JUGA : APPOINTMENT JPN : BORANG TEMUJANJI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA ONLINE DAN CHECK STATUS 2021

CARA PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN ONLINE JPN

  1. Layari Portal JPN : https://www.jpn.gov.my
  2. Pemohon boleh klik di bawah menu Perkhidmatan “Dalam Talian” (anda boleh terus scan QR code di poster di bawah).
  3. Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
  4. Pemohon boleh melakukan pendaftaran di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk ke sistem.
    • Klik pada butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar kali pertama atau boleh juga;
    • Klik Log Masuk jika anda sudah mendaftar
  5. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
  6. Pengguna baru mesti mengisi dengan lengkap dan tepat kesemua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran
    • Isi nama penuh dan lengkapkan dengan nama yang sama seperti di kad pengenalan &;
    • Alamat emel yang di berikan mestilah wujud bagi tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun anda.
  7. Pengguna akan menerima emel dari mygovernment@malaysia.gov.my.
  8. Untuk aktifkan akaun sila klik pada butang tertera.
  9. Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang telah diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  10. Sekiranya berjaya sila klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
  11. Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  12. Kemudian pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk. daftar-kelahiran-online-jpn

DAFTAR KELAHIRAN ANAK ONLINE JPN

CARA ISI BORANG PENDAFTARAN KELAHIRAN ONLINE JPN

  1. Pengguna perlu membaca kesemua terma & syarat yang telah disenaraikan oleh JPN.
  2. Jika pengguna setuju dengan terma & syarat yang disenaraikan, klik pada butang
  3. JIka pengguna setuju untuk meneruskan permohonan.
  4. Sila melengkapkan borang tersebut, dan tekan butang “Seterusnya”.
  5. Teruskan dengan klik butang pada “Daftar”.
  6. Lengkapkan status Taraf Perkahwinan anda dan tekan butang “Daftar”.
  7. Pengguna akan dipaparkan Paparan berjaya didaftarkan dan sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
  8. Maklumat penting bagi pemohon, sila hadir dalam masa 60 hari ke pejabat JPN berdekatan setelah mendaftar online.

NOTA : Jika anda kurang jelas dengan langkah di atas, anda boleh rujuk manual yang disediakan oleh pihak JPN serta muat turun untuk panduan masa hadapan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut cara pendaftaran kelahiran secara online JPN atau sistem perkhidmatan online yang lain, anda boleh hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di nombor berikut:

Talian Pejabat : 03-8000 8000

Layari : https://www.jpn.gov.my

Leave a Comment