APPOINTMENT JPN : BORANG TEMUJANJI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA ONLINE DAN CHECK STATUS 2021
Untuk makluman anda, sebarang urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mestilah dibuat temujanji online JPN terlebih dahulu. Hal ini disebabkan, pihak JPN tidak mahu berlaku sebarang kesesakan yang boleh menyebabkan penyebaran jangkitan Covid 19 kepada staff dan terutama kepada pelanggan.
Oleh itu, jika anda ingin mempunyai urusan berkaitan JPN dan perlu hadir ke pejabat, anda harus membuat appointment secara online terlebih dahulu.
Di bawah ini kami berikan panduan lengkap cara untuk anda buat temujanji JPN online. Dapatkan borang online di panduan di bawah ini.
Sebelum itu, pastikan anda tahu senarai urusan kaunter yang disediakan di pejabat JPN seperti di bawah ini.
Berita gembira untuk anda jika anda ingin membuat penukaran kad pengenalan anda boleh lakukan hanya menerusi online sahaja tidak lagi perlu keluar ke kaunter JPN semata-mata untuk tukar ic anda. Caranya dapatkan di pautan ini : CARA TUKAR IC ONLINE.
SENARAI URUSAN KAUNTER YANG DITAWARKAN JPN
Berikut merupakan beberapa urusan yang boleh dibuat di kaunter JPN.
- Pendaftaran Kelahiran Anak.
- Permohonan Kad Pengenalan.
- Permohonan Warganegara Malaysia.
- Pendaftaran Meninggal Dunia Ahli Keluarga.
- Permohonan Anak Angkat.
- Permohonan Perkahwinan Bukan Islam.
- Permohonan Cerai Bukan Islam.
BORANG TEMUJANJI ONLINE JPN
Kepada anda yang ingin mendapatkan borang temujanji online JPN, boleh dapatkan di panduan lengkap cara buat temujanji JPN Online di bawah ini. Kami sertakan sekali dengan cara buat temujanji online JPN supaya urusan anda lebih cepat dan mudah.
CARA BUAT APPOINTMENT JPN ONLINE
Panduan Lengkap Cara Buat Appointment JPN Online.
- Sila layari laman web rasmi Appoinment JPN Online di pautan ini : https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/.
- Klik “OK” Notis Makluman.
- Anda akan dibawa ke paparan MyJanjiTemu.
- Klik “MULA TEMPAHAN”.
- Tick Kotak “Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan”.
- Klik “SETERUSNYA”.
- Pilih Negeri yang anda mahukan dan berdekatan dengan kediaman anda.
- Sila Pilih “UTC Semenanjung” sekiranya anda ingin berurusan di pejabat JPN di UTC.
- Sila Pilih Pejabat JPN yang berdekatan dengan anda atau yang anda mahukan.
- Sila Pilih Perkhidmatan yang anda mahu lakukan.
- Klik “SETERUSNYA”.
- Sila Pilih Tarikh yang anda mahukan dan availabe. Pastikan anda pilih yang berwarna HITAM sahaja kerana berwarna MERAH sudah penuh.
- Klik “Semak”.
- Pilih Masa yang anda mahukan. Jika penuh sila pilih tarikh lain dan masa lain.
- Klik “SETERUSNYA”.
- Sila masukkan Nama Penuh anda.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Masukkan Emel anda.
- Klik “HANTAR”.
- Slip Appointment JPN akan dipaparkan. Pastikan anda cetak/simpan/screenshot untuk tujuan rujukan semasa hadir di kaunter JPN.
- Selesai. Untuk Check Status Appointment anda sila lihat panduan di bawah ini.
CARA CHECK APPOINTMENT JPN
Ini adalah cara check atau semak status appointment JPN anda.
- Layari laman web rasmi Appointment JPN di pautan ini : https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/.
- Klik “OK” Notis Makluman.
- Klik “SEMAK/BATAL PERMOHONAN”.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Masukkan Emel anda.
- Klik “Semak Permohonan”.
- Tarikh dan Masa anda akan dipaparkan.
- Untuk pembatalan appointment JPN sila lihat panduan di bawah.
CARA BATAL APPOINTMENT JPN
Jika anda tidak dapat hadir pada tarikh dan masa Appointment yang anda telah buat, anda boleh memohon pembatalan temujanji tersebut. Sila lihat panduan di bawah ini untuk cara batal appointment atau temujanji anda.
- Layari laman web rasmi temujanji JPN di pautan ini : https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/.
- Tekan “OK” Notis Makluman.
- Tekan “SEMAK/BATAL PERMOHONAN”.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Masukkan Emel anda.
- Tekan “Semak Permohonan”.
- Paparan akan menunjukkan Tarikh dan Masa tempahan temujanji anda sebelum ini.
- Tekan Batal jika anda ingin membatalkan appointment JPN.
- Selesai.
RUJUKAN
Jika anda mempunyai persoalan dan pertanyaan berkenaan dengan Appointment atau Temujanji JPN online ini anda boleh hubungi pihak di link ini : Teknikal : myjanjitemu@jpn.gov.my Am: 03-8880 7077. Pihak kami hanya berkongsi maklumat dan panduan supaya memudahkan urusan mereka yang ingin membuat urusan ini. Semoga bermanfaat kepada semua.
Pin Maykad tidak boleh baca,,mahu tukar,,buat app janji temu,semua tarikh penuh
Semua tarikh temujanji penuh..macam mana ni.!!tarikh hari lahir anak saya dah lebih 30 hari ni macam mana ni??!!!!
Semua tarikh temujanji penuh..macam mana ni tarikh hari lahir anak saya dah lebih 40 hari ni macam mana ni??
Blm daftar lagi…