BELI RUMAH DUIT KWSP : CARA BUAT PENGELUARAN KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BELI RUMAH DUIT KWSP : CARA BUAT PENGELUARAN KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH

Tahukah anda sebenarnya ada lagi satu alternatif untuk beli rumah sebagai salah seorang warganegara Malaysia tercinta dan penduduk tetap di sini. Adakah anda tahu yang caruman Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan untuk membiayai pinjaman perumahan? Artikel ini akan menjelaskan kepada anda cara buat pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah..

BACA JUGA : CARA MOHON i-LINDUNG KWSP UNTUK BELI INSURANS HAYAT 2022 

SYARAT PENGELUARAN KSWP UNTUK BELI RUMAH

  • Beli/bina rumah pertama (atau kedua; dengan syarat rumah yang pertama dah dijual, atau dalam proses nak dilupuskan). Kalau nak beli hartanah guna Akaun 2, anda kena tunjuk bukti yang dah bayar bayaran tempahan (booking fees) dan downpayment, sekali dengan yuran peguam dan duti setem untuk SPA.
  • Kurangkan atau tebus balik pinjaman untuk rumah pertama atau kedua.
  • Tolong pasangan kurangkan atau tebus balik pinjaman rumah.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN

  • Warganegara Malaysia
  • Warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan dah pilih untuk menyumbang balik pada KWSP
  • Bukan Warganegara Malaysia yang:
    • Dah jadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
    • Dah dapat status penduduk tetap (PR) Malaysia.
  • Belum sampai umur 55 tahun masa KWSP terima permohonan anda.
  • Kena ada baki simpanan minimum RM500 dalam Akaun 2.
  • Hartanah yang nak dibeli tu untuk kediaman je.
  • Permohonan kena buat dalam masa 3 tahun lepas tandatangan SPA.
  • Anda sudah mengeluarkan carumah untuk perumahan sebelum ini atau hartanah dibeli dengan carumah sudah dijual/dilupuskan
  • Pinjaman anda diluluskan oleh pembiayaan diiktiraf atau pembiayaan sendiri

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C(AHL)].
  • Salinan original SPA.
  • Salinan pengenalan (myKad atau passport).
  • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.
  • Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.
  • Bukti perhubungan
    • Ini untuk pembelian bersama yang melibatkan pasangan anda atau keluarga terdekat, ibu bapa atau adik-beradik. Untuk pembelian bersama dengan saudara terdekat, anda kena hantar sekali surat penerangan untuk beritahu kenapa buat pembelian bersama .

BELI RUMAH DUIT KWSP : CARA BUAT PENGELUARAN KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH

MOHON PENGELUARAN MENGGUNAKAN I-AKAUN KWSP

Untuk memudahkan anda, mohon pengeluaran secara atas talian dengan menggunakan i-Akaun :-

  1. Daftar i-Akaun kat mana-mana kiosk atau kaunter KWSP yang berdekatan. Nanti anda akan dapat ID pengguna dan kata laluan sementara.
  2. Dalam masa 30 hari, pergi ke laman web http://www.kwsp.gov.my/ms/. Tekan pada “Log Masuk” kat sebelah atas kanan dan pilih “AHLI (I-AKAUN)”.BELI RUMAH DUIT KWSP
  3. Masukkan ID pengguna yang dapat masa daftar tu pada “ID PENGGUNA”. Lepas itu tekan “Teruskan”.BELI RUMAH DUIT KWSP
  4. Masukkan kata laluan yang dapat masa daftar pada “Kata Laluan”. Lepas itu tekan “Log Masuk”.BELI RUMAH DUIT KWSP
  5. Lepas tu anda akan nampak Terma & Syarat dia. Pilih “Setuju” dan tekan “Teruskan”.
  6. Page seterusnya ialah “Pengaktifan i-Akaun” yang mana kena letak kata laluan sendiri. Untuk tujuan keselamatan, kena juga pilih gambar dan ungkapan rahsia. Pastikan anda ingat dua-dua benda ni tau
  7. i-Akaun anda sudah berjaya didaftar dan diaktifkan!
  8. Apabila dah daftar masuk, pergi ke laman “Withdrawal” dan tekan pada “New Application” untuk memulakan proses permohonan.

Rujuk PDF di bawah untuk info lebih lanjut :-

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KWSP di pautan berikut:

Laman Web Rasmi : https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Leave a Comment