Baru-baru ini, Ketua Polis Negara YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bersempena dengan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Jadi jika anda mempunyai saman yang masih belum dijelaskan, sila baca artikel panduan lengkap bayar saman guna atm ini dengan lebih lanjut bagi menyelesaikan saman anda.
BACA JUGA : MYBAYAR SAMAN ONLINE LOGIN : CARA CHECK DAN BAYAR SAMAN POLIS TRAFIK DAN JPJ 2022
Jika anda ingin menjelaskan saman, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan :
- Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
- Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
- Pejabat Pos Malaysia
- ATM Maybank
Jadi, di sini akan kami menjelaskancara-cara bayar saman guna ATM Maybank.
PANDUAN LENGKAP BAYAR SAMAN GUNA ATM
Untuk pengetahuan anda, cara bayar saman menggunakan atm sangatlah mudah. Ikuti 5 langkah mudah di bawah bagi membayar saman dengan ATM Maybank :
- TEKAN MENU PAYBILLS.
- PILIH TAB PEMBAYARAN SAMAN PDRM.
- MASUKKAN NO IC.
- PILIH SAMAN UNTUK DIBAYAR.
- TUNGGU NOTIFIKASI TRANSAKSI BERJAYA.
- SIMPAN RESIT SEBAGAI RUJUKAN ANDA.






SUMBER : https://www.facebook.com/masniza.degea/posts/10159369177058070