CARA MOHON PAMPASAN LPPSA : CARA MOHON PAMPASAN LPPSA KEROSAKAN RUMAH AKIBAT BENCANA
Kepada pelanggan LPPSA yang terjejas akibat bencana banjir agar boleh membuat tuntutan pampasan insuran bencana alam kepada panel insuran/takaful LTHO anda masing-masing.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang takaful dan insurans LTHO LPPSA dan cara membuat tuntutan bagi kediaman yang mengalami kerosakan atau kerugian akibat banjir.
BACA JUGA : BANTUAN WANG IHSAN BANJIR : CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000-RM1500
APA ITU LTHO PPSA?
LTHO adalah Perlindungan Insurans atau Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang. Ia merupakan perlindungan kepada rumah kediaman persendirian terhadap kerugian atau kerosakan mengikut skop perlindungan yang diambil sebagai contoh kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik. Selain itu anda juga boleh dapatkan manfaat tambahan lain seperti:
- Gempa bumi dan letusan gunung berapi
- Banjir
- Pemecahan atau limpahan tangki peralatan atau paip air rumah
- Penggelaman dan pengelinciran tanah
- Ribut dan taufan
- Kerosakan oleh pokok tumbang atau dahan atau objek daripadanya.
CARA MOHON PAMPASAN LPPSA : CARA MOHON PAMPASAN LPPSA KEROSAKAN RUMAH AKIBAT BENCANA
Berikut adalah cara membuat tuntuan mengikut panel insurans dan takaful yang terlibat:
- Etiqa General Takaful
- Takaful Malaysia
- Butiran diperlukan
- Nama, No MyKad, No Sijil Takaful, No Telefon, Email, Anggaran Kerosakan, Alamat Rumah Yang Terjejas Akibat Banjir
- Hantarkan butiran anda melalui saluran berikut:
- Portal pelanggan mytakaful
- csu@takaful-malaysia.com.my
- 1-300 88 252 385
- NOTA: Pihak takaful akan menghubungi anda dalam amsa 48 jam untuk membuat temujanji penilaian tuntuan
- Kelulusan segera
- Butiran diperlukan
- Takaful Ikhlas Malaysia
- Hubungi
- Pusat panggilan Takaful Ikhlas: 03-2723 9696
- Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
- Kunjungi cawangan Takaful Ikhlas
- Temujanji Pelaras
- Pelaras akan menghubungi anda dalam masa 24 jam dari tarikh notis pemberitahuan
- Penialain kerugian melalui panggilan video atau perbincangan atas talian Whatsapp atau lawatan di tempat kejadian
- Bayaran Tuntutan
- Hubungi
PERINGATAN: Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baikpulik kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans / takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai tuntutan pampasan kerosakan rumah LPPSA akaibat banjir, anda boleh
- Hubungi Pusat Panggilan LPPSA: 03-888 01 600
- Layari Portal pertanyaan / Aduan Rasmi LPPSA: https://etiket.lppsa.gov.my/